Wednesday, June 7, 2023

UNSPOKEN WORDS

 



Tanpa sedar sudah 10 tahun berlalu. Aku termenung seketika, cuba untuk mengimbas kembali segala apa yang berlaku. Kosong. Seolah-olah aku ditimpa amnesia dan dicampak ke dalam dunia baru dimana aku dengan rela hati mengikut arus manusia menjalani kehidupan.

Kadang aku tertanya-tanya dimana semangat aku yang dulu? Adakah ini dinamakan krisis umur 20an. Aku kembali membaca oldest posts sambil berbisik ‘mana kau belajar melantun kata-kata cringe ni?!’. Sumpah jari jemariku yang sekarang sudah kaku untuk berkerjasama kembali dengan imaginasi mindaku. Seolah-oleh pintunya sudah dikunci rapat dan kunci dibaling jauh ke dalam Laut China Selatan.

Sungguh rasa terkilan kerana pada awal 20an, aku hilang ditelan pusaran taufan katrina tanpa sebarang posts. Jelas sekali aku leka dalam dunia yang sia-sia tanpa memikirkan kesan terhadap masa depan aku. Kata orang, setiap yang hadir dalam hidup kita takkan hadir tanpa kebenaranNYA. Itu yang cuba aku ingatkan setiap kali ada manusia cuba untuk mencabar tahap kesabaranku yang jelas senipis kulit bawang.

Satu kebetulan atau suratan? Dia hadir saat jiwaku nyaris mati. Tuhan mengerti isi hati hambaNYA yang mati rasa untuk melayan karenah manusia. Muak dengan kata-kata manis manusia yang tersembunyi beribu kebohongan. Kedua kakiku seolah-olah patah, maka hati memujuk diri yang sudah tidak terdaya, berjalan perlahan mengikuti gerak langkah si dia ke ruang yang baru.

Tanpa dia sedar, aku kembali menyayangi diri sendiri tanpa sebarang jangkaan. Dia seakan diam mengerti bahawa aku pekak badak untuk mendengar suaranya maka  hanya perbuatannya mencuri perhatianku. Sekiranya aku batu, dia adalah kayu. Sumpah, dia too impossible to read. Tanpa sebab yang kukuh dia tetap setia bersama dengan aku. Kerana dia, aku pula tanpa sedar menggali aksara-aksara afeksi bagi menambat hatinya.

Seandainya dia tahu, perbuatan tersebut amatlah mustahil untuk aku lakukan kerana sifat kurang keyakinan dalam hal chenta dan takut kepada rejection sangat menebal dalam diri aku. Dia sering menguji sejauh mana kepribadianku. Kadang aku pun tertanya-tanya ‘Adakah aura kamanya mengubah aku menjadi versi yang berbeza?’ Mungkin.

Namun semakin lama aku memendam perasaan, makin terasa sakit. Aku bukanlah seorang yang teragak-agak untuk berkata-kata apabila ingin mengemukakan sesuatu. Tetapi apabila berdepan dengannya, susunan ayat bagai hilang dihembus angin Monsun Timur Laut. Cliché

Akibatnya, aku kembali on prescription sambil melangkah dengan perlahan menyusuri terowong hatinya. 

With love & Hakuna Matata,

Yaya Doe

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.