Wednesday, May 20, 2026

BANGKOK : Day 3



Hi semua,

Last day in Bangkok, semalam penat berjalan sampai nak buka mata pon dah tak boleh. Siap mandi dan solat I lepak dalam bilik tunggu diorang balik dari massage. I dah ngantuk tapi diorang ajak makan lauk tapau dalam bilik. Pastu gatal nak makan jugak sleeping candy yang beli tadi haaa terus menguap mengantuk amat. Makan dinner pun sambil menguap tahan mata.

I terjaga pukul 5pagi, bestnya tidur lena semalam. Awal pagi kami dah bersiap dan check out 7am kerana flight pulang 12pm.

Semua dah tak sabar untuk makan pagi di Saila Muslim Food Pratunam, dekat je dengan hotel kami stay tak sampai 5mins jalan kaki. 

Kedai Muslim food ni kecik meja tak banyak, nasib cukup untuk kami berlapan. Owner kedai sangat peramah dan servis laju. Pls standby cash sebab QR tngo tak boleh detect QR diorg (katanya cuma boleh pakai QR bank thai). I order beef noodles & thai tea, fuhhhhh sedak do'oh.HAHA

 Ingatkan beef noodles sook siam dah sedap tapi ini lagi sedap. Semua yang kami makan sedap lah. Ahh rindu thailand. 

Selesai makan kami terus bergerak ke Indra Square, malas berjalan bawa luggage so naik tuktuk. Dalam pukul 9am kami dah depan bus stop menunggu airport bus ke DMK. 

Kena gerak awal kerana traffic di pratunam sangat jammed, bus pun sangkut dalam jammed. Perjalanan dari pratunam ke DMK kurang 30mins tapi bila jammed hmmm 1jam ye.

Bas turunkan kami betul di entrance departure Don Mueng International airport.

Sampai je departure hall terus I print boarding pass dan uruskan form untuk emi yang pregnant di counter. Sempat la singgah 7E untuk borong jajan sebelum masuk ke departure gate. Waktu lalu customs ada yang kena spotcheck handcarry sebab bawa cecair lebih 100ml. Customs DMK strict dan penumpang juga turut kena body check. Untuk yang berhijab diminta ke lane yang ada officer wanita.

Muka happy sebab dah puas melantak dan shopping. Settle je terus gerak ke gate airasia, I perasan ada Boots selepas melepasi customs counter. Pasni boleh beli situ je kalau tak muat handcarry 7kg.lol



Flight return AK tak ada delay dan berlepas seperti masa yang dijadualkan. Cuma lama betol kena tunggu giliran naik bas dari boarding gate tu. Flight pulang semua ahli dapat seat random, itulah semua taknak beli seat.HAHA


Awal-awal dah prebook meals, I pilih Uncle Chin's chicken rice. Tak mengecewakan~


Alhamdulilah setelah 2jam kami selamat tiba di Senai Airport. Disebabkan musim tengkujuh di pantai timur so ada sedikit turbulance. Seram la jugak. Idk why trip ke thailand sentiasa buat I senyum sampai telinga. I really enjoy the trip dan rasa tak bosan untuk repeat lagi Thailand. I target nak pergi Krabi, Phuket, Chiang Mai dan Ko Samui. Trip paling smooth untuk tahun 2025 - Bangkok. Alhamdulilah Allah mudahkan urusan kami pergi dan balik.


With love,

YayaDoe



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.