Hi people,
Hari kedua di Bangkok, siap awal sebab semalam tidur tak lena. Hotel okay je, aircond sejuk pastu bilik luas tapi I dan nissa tak lena tidur. Banyak fikir kot. Kami decide untuk keluar 7am sebab dah lapar nak breakfast. Jauh juga nak menapak keluar dari hotel ke jalan besar jadi kami ambil 3 tuktuk, harga tuktuk okeyla. Tuktuk sini muat 3 orang je kalau dia cakap muat 5 orang jangan percaya.HAHAHA macam tin sardin kami berhimpit pastu driver bawa laju sampai kami terjerit-jerit haaa risau kut tergolek tengah jalan.lol
Pakcik ni asyik gelak je dengan gelagat kami yang dok ghisauu jatuh tergolek.lol
Destinasi pertama kedai makan Rotinis, kedai baru nak buka dan kami adalah pelanggan pertama. Area Phetchaburi ada banyak pilihan makanan halal dan peniaga ramai dari orang muslim thai-patani. Tuktuk turunkan kami di depan jalan besar, dekat je dengan kedai. I order kopi ais dan nasi khaomok daging, sedap tapi kena tunggu lama sebab diorang baru nak start bakar daging. Kawan-kawan I cakap tak sedap nasi goreng dia terlebih manis. Pad Thai dan roti canai sedap tapi kuah dia sama juga manis. Bagi I ada makanan yang sedap dan ada juga hmmm biasa je nyahh.
Nasi khaomok daging takleh lawan kaitod meena.Huhu
french toast kawan i cakap sedap boleh repeat.
Nasi goreng udang ni je sedap yang lain semua komen nasi goreng diorang dapat terlebih manis.
Sebelah kedai Rotinis ada Masjid Darul Aman, kami tak sempat masuk cuma ambil gambar dari depan. Kawasan ni banyak pilihan makanan halal. Waktu petang jalan depan masjid akan penuh dengan penjaja muslim.
Kemudian kami book grab ke Tha Tien pier. Masa ni I salah pin location pickup, pastu lama gilaa nak tunggu driver sampai sebab jalan jammed depan Platinum Mall. Dah kena lintas jalan besar pastu ada construction site, huru hara laa. Yang best driver grab ni sabar dan friendly sangat, banyak la kami berkongsi cerita.
Dah sampai jetty terus blur nak masuk dekat celah mana sebab driver kata jetty ni under construction. Kadang I ni cepat blur bila kena buka maps pastu kena jalan kaki nak cari pintu masuk, end up call nissa suruh cari kitorang sebab dia sampai dulu. Rupanya kena masuk dalam bangunan depan temple, ada je tuktuk dekat depan bangunan tu tapi tak terdetik nak tanya.hmmm
Lama juga nissa, farah dan zamza tunggu kami, gini la kalau split naik 2 kereta grab. Untuk ke Wat Arun kita kena menyeberang sungai chao phraya menggunakan boat tongkang sorang 20baht.HAHA
Kami nak menyeberang ke sebelah sana. Laluan perairan sungai sibuk dengan pelbagai jenis pengangkutan, untuk elak jammed kami sarankan naik boat. Boleh la merasai suasana warga local commute from place to place, harga pun murah.
Tak sampai 5mins dah sampai Wat Arun, dekat jer. Sebelum masuk kami nak sewa traditional costumes untuk bergambar. Ada sale girl yang approach kami untuk gunakan servis costumes 150baht tanpa deposit. Kedai dia agak jauh sekiranya jalan kaki jadi diorang dah standby tuktuk untuk hantar dan ambil kami ke sana. Berbaloi dengan harga sebab aksesori pun banyak dan costume pon pelbagai jenis.
With love,
YayaDoe


.jpeg)

.jpeg)

.jpeg)






.jpeg)




.jpeg)



.jpeg)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.