Tuesday, June 3, 2025

Japan Travelog - Osaka Part 3


Ohaiyo gozaimassuuu semua,

Sambungan hari pertama di Osaka, selepas simpan luggage di airbnb kami terus bergerak ke Namba menggunakan JR line. JR mini pass harus digunakan sebaik mungkin. Hari pertama kami nak santai-santai menikmati suasana. Sementara menunggu check in pukul 4pm kami decide untuk meronda di area Dotonburi. I selaku ketua rombongan yang akan navigate ke setiap destinasi sebab itinerary dah hadam dalam kepala. Tapi kadang pening juga sebab first timer dan I tak sihat sangat.



Imamiya neighbourhood sunyi sepi mungkin semua dah pergi kerja kot. Perumahan dekat sini bersih dan teratur. Turun di Station JR Namba kami terpaksa jalan kaki dalam 700meter untuk ke Dotonburi.


 Dari Namba kami ikut google maps je untuk sampai sini. First impression: It is a good walkable city for pedestrians. I saw lots of tourists dragging their luggage. Most tourists love to stay near this area, but the price is quite high. Setelah berjalan kaki selama 10mins kami sampai di Dotonburi. Kalau malam mesti cantik.


Kawasan hotspot untuk bergambar. Ada banyak kedai with huge 3D banner. This area always crowded with tourists termasuklah kami. 


Kami hanya berjalan cuci mata dan tanpa sedar dah sampai di Glico Sign. Tempat wajib bergambar tanda hadir. Alhamdulillah cuaca cantik harini.



Gambar ni je yang ada sebab I masih batuk selsema.



10yen coin waffle, isinya cheese. Rasa biasa je harga 500yen. Nak beli jajan dekat sini kena standby duit kecil sebab diorg order pakai mesin. Mesin tu boleh accept 1000yen & coin je.



Jalan-jalan di Shinsaibashi shopping street. Ada banyak sangat kedai tax free duty dan branded shops. The street was quite crowded at that time. Adik-adik I kalau boleh semua kedai diorg nak masuk. Kami singgah souvenirs shop, naik tangga keatas terus nampak banyak coklat-coklat yang viral. Sebelum masuk bakul scan dulu di HalalJapan apps. Ni untuk makan disini sebab lambat lagi nak balik. Masing-masing peminat coklat so banyak juga kami beli.



Jauh kami mencari cheesecake viral ni, akhirnya jumpa juga. Hampir give up sebab penat nak jalan kaki. Anyone yang nak pergi japan pls latih tubi atau merentas desa dulu. Penat oii kena jalan beribu steps so make sure pakai kasut yang best. Boleh moody kalau kasut makan kaki. Kawasan ni tersangat lah besar dan ada banyak lorong-lorong kedai untuk di explore. Cheesecake ni mama beli 2 biji sebab sedap sangat. Ada 2 line, que depan kedai untuk fresh bake dan que dekat dalam untuk cake yang dah sejuk.


Yeayy, strawberry mochi. I pilih inti red beans, harga 500yen satu dan tak menyesal sebab strawberry dia manis terok. Ada pelbagai inti seperti custard, chocolate, red beans, dan matcha.



Gatcha is everywhere.


POV from the Dotonburi's bridge. Nampak panas tapi serius sejuk angin dia. Waktu ni dah pukul 4.30pm kami penat sangat nak sambung jalan sebab tak cukup rehat.


Sebelum pulang ke airbnb kami singgah ke pasaraya Tamade di shin-imamiya. Ada banyak pilihan untuk groceries dan harga affordable. Kami beli beras, buah, sayur, seafood dan jajan halal. On the way balik boleh pula sesat naik turun train sebab masih confuse dengan laluan train yang pelbagai ni. Nasib pakai JR mini pass so tak risau pokai jika salah naik turun train. Malam tu kami semua rehat di airbnb tapi adik 2 orang sambung berjalan di area Tsutenkaku Tower nak merasai nighlife. I rasa sejuk nya rumah ni macam mana nak survive, I pakai stokin dengan baju berlapis dan tertidur. Diorg on heat warmer sampai I mengigau dalam mimpi punca kepanasan pakai heatech berlapis plus batuk selsema.



With love.

Yaya doe


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.