Sinopsis
Aku bukan puteri raja yang sering menemani mimpi malammu
tapi aku tak ubah seperti makhluk jadian
yang perlu dikurung dan disisih dari dunia luar.
Kau pernah dengar penyakit DID? Tak pernah? Dah pi google
sekarang!
Kerana aku penghidapnya!
Tanpa kira masa dan tempat ‘mereka’ akan muncul. Amber Si
Kaki Nightclub. Ainul Mardhiah Pejuang Muslimah Terkini. Shasha pula mengaku
dirinya setaraf dengan adik-beradik Kardashians. Akhir sekali Tiara, wanita
berumur pertengahan yang dikatakan terperangkap di dalam tahun 90-an, sering
meraung dan bercakap seorang diri.
“Oh shit! Hoi celaka siapa bagi kebenaran kau sentuh kereta
aku hah?!” – Amber
“Mak Tun, ana kat bawah meja ni. Cepat selamatkan keaiban
ana. Allahu akhbar!” – Ainul Mardhiah
“You!! I tak boleh makan lauk-lauk kampung macam ni. Nanti kulit I keluar jerawat, jeragat dan
bintik-bintik merah.” – Shasha
“Bagi balik pisau tu aku nak kelar leher orang yang dah
bunuh anak aku!” Pekik Tiara.
‘Mereka’ semua telah terperangkap didalam badan aku.
Seperti Puteri Fiona yang dikurung oleh Ayahandanya sendiri
disebabkan sumpahan yang menyebabkan dirinya bertukar menjadi hodoh pada malam
hari, begitu juga seperti nasib aku. Namun sekurangnya Puteri Fiona hanya
perlukan ciuman sejati untuk menghapuskan sumpahannya.
Aku? Nak cium siapa?
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.