“Okay yang ni last. Aku janji.”
Tapak tangan kanan disua ke muka Jee.
“Last kepala kau. Ni dah masuk mangkuk ke sembilan kau bedal
air cendol pulut. Kau call aku suruh datang sini sebab ni je ke?”
“Kau tak pernah faham aku.”
Jee diam sejenak.
Matanya berkaca semula. Straw didalam mangkuk cendol di
kacau bersama air batu.
“Ye aku nak cuba faham la ni. Ahh sudah. Wei kesat air mata
kau, orang tengok lah bingai.” Jee menoleh kiri kanan.
“Dik bak semangkuk lagi!” Laungnya.
“Habis nak cerita ke tak ni? Kalo tak aku blah.” Jee bangun
dari kerusi warung.
“Jee please.” Tangannya memaut lengan Jee. Matanya
seolah-olah merayu mengharapkan Jee kembali duduk dihadapannya.
Jee melepaskan keluhan berat sebelum kembali duduk.
“Tell me. Kau takkan minum air cendol Cik Renah
berliter-liter kalo saja-saja. Sebab kau tu cerewet nak mampus bila bab makan
minum tau. Tak suka manis. Tak suka bau pencuci pinggan. Tak suka flush toilet.”
Sera tergelak.
“Tak sangka kau ingat lagi ek.”
‘Aku tak akan pernah lupa Sera’ jawab Jee dalam hati.
“Kau ingat kan mamat yang tumpahkan kuah kacang kat baju
kurung lip lap aku masa majlis reunion sekolah kita akhir tahun lepas?”
Jee garu kepala. Cuba untuk ingat balik peristiwa yang sudah
6 bulan berlalu.
“Lelaki tu kerja offshore kan? Apa nama dia Rizan? Rakwan?
“Ridhuan lah ngok”
“Kenapa dengan dia ngok?”
“Aku baru lepas dump dia depan public.”
Jee ternganga.
“Since when? Tak cerita pun”
“Entah tak ingat.” macam mana aku nak cerita kat kau Jee
sedangkan keadaan sekarang dah berubah. Kau…
“Habis kalo kau yang dump dia, patutnya dia yang menangis
meratap sambil minum air cendol Cik Renah tepi simpang sekarang ni bukan kau.”
Sera angkat bahu. Dia kembali menyisip straw dalam mangkuk
cendol. ‘Sebab dia tak sama macam kau
Jee’ balas Sera dalam hati.
“Taknak tanya why on Earth aku dump dia depan orang ramai?”
“Huh kenapa?”
“Mamat tu pyscho. Dia
buat gila pi propose aku depan kolam air pancut depan mall. Siap ada
beberapa orang pakcik orchestra main violin lagu O Sole Mio. Heh gila ke apa?
Otak dia campak kat mana?”
‘Maksudnya aku suka
style kau Jee. Tak over, humble dan...’
“Kahkahkah.”
“Hah gelak lah. Memang aku cerita ni nak bagi kau gelak
puas-puas.”
“Lepas tu apa jadi?” Jee semakin tertarik dengan cerita
Sera.
“Aku senyum je la wei, ramai kot orang tengok masa tu kan
semalam hari sabtu. Bodoh betul. Lepas tu dia melutut dan cakap “Will you marry
me Sera?”.
Jee telan air liur. ‘Sera paling benci gaya propose macam
tu!’
“Gi-la. Hahaha. Habis kau jawab apa?”.
“Ramai orang kat situ menjerit ‘Yes.Yes..Yes’. Lebih-lebih
lagi girls yang baru keluar TGV dan makcik-makcik yang layan drama Melayu
petang-petang. Aku suruh dia bangun tapi dia berkeras jugak, aku pun lempang
muka dia pakai Swarovski handbag kat tangan. Mana tau dia mabuk kena rasuk dengan
jinn Ifrit ke masa tu. Lepas tu terus aku blah.”
“Peh sakit sial. Tak berperikemanusian la kau ni.” Jee
ketawa. Dulu pun Jee selalu jadi tempat Sera melepaskan perasaan
marah,kecewa,SEDIH.
“Tu nama dia lempang ‘Back to the Earth’. Banyak telan air
paip gamaknya.”
“Ahaha. Aku tak nak komen lebih but that guy really deserves
that kind of treatment.”
“Rantai apa pulak kau pakai kat leher tu? Macam rantai orang
asli Zimbabwe je.” Tak minat betul Sera bila lihat orang lelaki memakai rantai
atau gelang.
“Sakinah bagi kat aku minggu lepas. Dia cakap souvenir dari
Bali. Aku pakai je la kan membebel pulak cakap aku dah tak sayang dia.”
“Eh kau cakap dah dump dia dalam tong sampah kaw-kaw ni apa
kes kutip balik seh?”
“Dia dah insaf dan nak mulakan kehidupan baru yang jauh
daripada fitnah-fitnah dunia. Alhamdulilah dia pakai tudung balik. Dia nak aku
berada disisi dia dan bimbing dia kearah kebenaran. Syukur.” Jee tersenyum
bangga.
Sera mencebik. Tolonglah sedar wahai Muhammad Jefri. Tak
salah aku ni kali ke-3 aku dengar dialog sama dari kau.
Sakinah tu cam ye ye je. Hari tu masa sekolah kemain lagi
menonggeng ikut mamat motor Kawasaki. Tudung
tu tumpang letak kat ekzos agaknya.
Lepas mamat tu pakai dia baru terhegeh cari Jee. Menangis
cakap dia kena game, pukau apa tah.
Mengarut.
“Baguslah kalau dah bertaubat. Tapi kau pun move on lah.
Cari yang lebih baik. You don’t deserve her. Kau dah buang dia then kutip
balik. Are you mad?” Balas Sera. Nak aje aku humban kepala kau Sakinah dalam
lubang jamban masa kau mempergunakan Jee dulu.
Jee angkat bahu.
“Alang-alang kau tengah feeling down meh ikut aku balik
kampung hujung minggu ni.” Jee sengih.
“Tak boleh. Mak dan abah nak naik KL this weekend.”
Jee mengangguk faham.
___________________**
“Bae”
“Hmm apa?” Matanya fokus memandu Toyota Camry.
“You memang selalu lepak dengan Sera ke?” Soal Sakinah.
Cemburu.
“Tak la kerap sangat. Tapi memang I selalu lepak dengan dia.
Why?”
“I tak suka!” Bentak Sakinah.
Panas betul telinganya ketika rakan-rakan sepejabat
dengannya terserempak dengan Jee dan Sera sedang bergelak ketawa di sebuah
restoran. Macam-macam yang diumpat oleh mereka. Sakinah tak pandai jaga boipren
la, Jee curang dengan awek cun dan ada juga yang melebih-lebih memuji
kecantikan Sera. Menyampah.
“Dia kawan I Ina. Kawan dari kecik. Lagipun dia dah
bertunang sekarang.”
“Tapi dia bekas isteri you!”
Jee tersentap.
Betul kami pernah berkahwin. Dan ia satu kesilapan. Kami
terlalu muda untuk melayari alam perkahwinan. Ia tak semudah yang disangka.
Lepas peristiwa Sera separuh mabuk minum air cendol Cik
Renah, selang seminggu dia dapat berita yang Sera sudah bertunang. Mak cakap
bakal menantu bekas besan dia bau-bau bacang dengan kerabat diraja. Hamboi
kemain Sera.
Dan tentu korang semua ingat aku dengan Sera cool nak mampus
atau dua-dua sakit mental level nak mapus sebab
still lepak and contact each other lepas cerai. Bergelak ketawa sakan
macam tak ada apa yang pernah terjadi.
Kalau orang tanya kenapa bercerai? Tak sehaluan. Tak sesuai.
Tak sependapat. Tak sukalah!
Tapi kes aku dengan Sera ialah tak boleh hidup bersama.
Selepas setahun kami kahwin. Mak aku buatlah majlis doa
selamat mudah-mudahan Sera cepat-cepat pregnant. Nampak tak bertapa gelojohnya mak aku nak
timang cucu
.
Lepas tu Alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar dan
meriah. Boleh dikatakan sekampunglah datang, siap panggil pelajar-pelajar agama
pondok lagi bernasyid Ya Hanana.
Tiba-tiba ada seorang nenek bersuara keras ditengah orang
ramai.
“Ya Allah Sarimah!(Tu nama mak aku) apa yang dah kau buat
ni. Kau tak ingat hukum Tuhan ke?”
Seluruh tetamu senyap.
Mak aku yang tak tahu apa-apa cuit bahu Puan Hasnah (Ibu
Sera). Kemudian aku nampak muka ibu pucat lesi.
“Ya Allah mak kenapa tak cakap nak datang!”
“Mak Wan apa khabar? Kenapa nak marah-marah ni mak.” Puan Sarimah memaut lengan nenek tu.
Aku dengar orang-orang kampong berbisik cakap yang perempuan tu mak angkat
mak aku dan mak Sera. Dia jaga mereka dari kecik sampai la dah menikah. Lepas
tu dia berhijrah ke Singapura ikut anak kandung dia. Tapi masa tu aku kecik lagi jadi tak sempat kenal.
“Kenapa aku kena buat appointment dulu ke kalau nak datang
sini. Ni aku nak tanya kamu berdua, betul ke Jefri dah menikah dengan Maserah?”
Mak aku mengangguk laju.
“Astaghfirullahalazim! Ya Allah kamu nak kena laknat ke?!”
Suara Nek Wan bergema satu khemah luar rumah.
“Apa yang mak mengarut ni? Kenapa pulak nak kena laknat
dengan Tuhan kami mana ada buat salah apa-apa.” Balas Puan Sarimah tak puas
hati.
Puan Hasnah hanya diam menunduk lantai.
“Mak jom kita berbincang dalam rumah, tak elok bising-bising
tengah orang ramai ni.”
“Hei aku datang ni nak bagitau kebenaran. Kalau tak sekali
dengan aku menanggung dosa.”
“Imah tak fahamlah. Kak Hasnah apa yang mak cakap ni?”
“Jefri dengan Maserah tak boleh kahwin sebab mereka adik
beradik susuan!”
Panggg.
Mak akhirnya diam terduduk.
Ibu hanya mampu menangis di bahu abah.
Sera pulak ternganga tak percaya disebelah Farah (adik aku)
Tetamu pula tak jadi bangun nak tambah nasi hujan panas.
“Mak ingat lagi lepas seminggu kau lahirkan Jefri, anak Hasnah,
Khairi (abang Sera) masuk wad kes denggi. Jadi dia terpaksa tinggalkan Sera
(waktu tu baru sebulan). Jadi kau ada susukan dia masa tu. Mak tak sangka
blablabla..”
Begitulah lebih kurang. Jadi aku dan Sera tak tahulah nak
salahkan siapa.
Adakah salah mak aku yang main aci bagi je neneng dia waktu
tu?
Adakah salah ibu yang terlupa tentang hal sepenting itu?
Adakah salah Khairi yang terkena denggi waktu itu? Kalau tak
aku masih lagi bersama dengan Sera!
Atau mungkin salah aku dan Sera yang masa tu merenyam
bercinta monyet sampai ke pelamin.
Padahal masa tu baru umur 18. Nak ikut trend
la konon kahwin muda.
Boleh dikatakan sebulan kisah kami jadi bedtime/daytime
story kat warung-warung kampong. Kampung sebelah kanan, kiri, depan belakang pun tau.
Jadi terpaksalah aku melepaskan Sera dengan talak satu.
Dan aku kembali menjadi anak bujang mak yang selalu terbabas
waktu subuh. Kbai
Hakuna Matata,
Yaya Doe.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.