Friday, November 9, 2012

Dear Mr. Future


























p/s : My-fake-partner aka sy NajuaNajat said : Enjoy your life. Do what you want and be what you like. One fine day, your Mr Forever'll arrive at the right time and right place. Just keep calm and love yourself. Iheartyou.


Networking at Imtiaz K.Trg (KONSPINT)


Pertukaran pelajar-pelajar form F4 SAIS ke seluruh sekolah elit diserata pelosok 3 negeri di semenanjung M'sia ( Terengganu-Kelantan-Selangor). Objektif program ini ape-ntah aku tak ingat tapi yg pasti ia agak menyeronokkan dan mendebarkan sebab dia main hentam je letak nama kitorang ke mana-mana sekolah seperti SBP School -Elite School-Imtiaz School. Tapi bebudak yg top ranking dah sah boleh gi Selangor. Untunglha -,-

Finally aku dapat Imtiaz Kuala Terengganu (konspint). Cehh...punya lha berangan nak pi sekolah yg jauh, Hurmm konspint? bleh je... :)) 10 boys 5 girls dicampak oleh bas sekolah ke sana. Memula keluar dari tembok besar SAIS punyer lha hepy memanjang siap lambai kat pok guard lagi... "Babai...jgn rindu kitorang yep".perangai cam hampeh >,<. Satu bas terpaksa hantar bebudak-sais-yg-hensem-comel ke 3 buah sekolah bermula dari BRAINS---> SESMA--->KONSPINT :))) 
Lambaian keresahan bebudak yg dicampak di Brains dan Sesma dibalas dengan thumbs down dengan senyuman jahat dari atas bas. Masing-masing dah  kecut perut-tahap-oktet-duplet apabila bas sekolah meninggalkan pagar sekolah Brains dan Sesma.. ;pppp

And now, here we are... School of Excellence

Sekolah ni mengingatkan aku dekat sebuah sekolah agama elit, hurm ape nama sekolah tu ek?rindu la pulak,HAHA. cik najat please jgn terase . 

Cikgu Rizal : "Ok. Cikgu serahkan awak semua kat pengurusan sekolah ni. Jumpa lagi minggu depan.Jaga nama baik sekolah Sains Setiu.Good Luck!". *Telan air liur lepastu tangan menggeletar pegang beg baju apabila melihat senyuman cikgu. waaaa~

 What the..? kena duduk sini selama seminggu???Great!, tadi duk buat troll face kat geng-geng num, last sekali Cikgu Rizal ngam pakcik bawak bas pulak yg troll kitorang.Baguih sgt. >..<. Masing-masing dah telan air liur apabila melihat budak2 sekolah sana  yg tersengih melihat muka kitorang yg serius pucat... kalau toreh komfem xde haemoglobin. 

Bermula lha kehidupan kitorang kat sana...

 Pemandangan dari tingkat 4 Aspuri. *Giler besh pelajar2 kat sini be'kezz diorang dgn rela hati nak angkut aku punyer bagasi yg damn-berat-nak-mampos-tu sampai tingkat 4 aspuri. :))) kerek punyer olang.



Hari first duduk sini dah kena jawab exam sebab sekolah diorang baru je start minggu exam. 1st day/Physic/History/berehhh lalu. *genggam pensel 2B and then letak kepala atas meja, tak lama lepastu mengigau. Tapi apa yg best kelas aku ada air-cond!! hailoh-jakun-yg-amat

 Info menarik: Tiap2 pagi diorang akan minum susu dutchlady-kurma-kismis-madu selepas habis sesi tasmi' Al-Quran.


Dan pada pukul 12.30 sampai pukul 2 ptg boleh balik hostel untuk TIDO. diulangi TIDO. 
Short nap may help. 
Klinik Al-Fatihah


 Main chess kat Balai Catur. Cool gilerr skolah korang!!

Hari ke-4, outing bersama geng MPP












Singgah Masjid Terapungg jap, then kite pi lumba kuda polo...yeahhh. Kelab Kuda Diraja.




Kuda kat sana semua diimport daripada Argentina. Seekor hampir mencecah 100 ribu hengget m'sia. o,O
Kuda yg aku naik nama dia CHELO. Debar siot 1st time naik kuda lumba...makk aihh nak balekk.waaaaa~ Sensorang yg duk tepi pagar bajet suruh aku buat cool...hampeh aku yg kat atas ni dah nak meraungg...
Tak bleh blah, sempat lagi aku duk usha mamat yg heret kuda aku, heh. Takcaya aku kuda ni mandi setiap hari, satu lagi kalau nak kamceng dgn kuda korang kena mandikan kuda tuh. 

Last day di Konspint...babai we'll miss u a lot.










Friday, October 26, 2012

Rindu ke tak?



Hi, rindu saya takkkk? ko ingat ko tu Hanis Zalikha Mad Market ker? sampai org nak rindu bagai, >..< Lama gila tak update.  Nak kata busy sakan tu, teramatlah sangat. Sampaikan tak cukup kaki tangan nak bereskan segala macam hal yang berlaku...Ingat cool sangat ke jadi boarding skull student huh?. (Ade lha riak siket ;pp). lol. Lepas raya terus senyap xsentuh blog, beraya sakan la kononnya...Bila tiba masa untuk pulang ke 'kampus' Sais, mula lha memuncung mulut membebel sambil menggosok baju batik asrama. 

Sorry entri ni xde byk sgt background pic, xde mood nak copypaste. :pp, but i'll do my best. Tapi kalau bosan sila click button 'x'. Minggu  final exam sudah berlalu...habis sudah sesi memekak dengan anak-anak buah kamar merah5 tiap2 malam peperiksaan be'kezzz KD diorang nak pasang lampu minyak tanah nak studi ilmu kimia. Nak aje aku sidekick sorang2, hurmm last sekali ngam aku2 join event gile2 diorang. Esok pekse fizik tapi malam tu boleh lagi duk main 'true or dare' dengan budak2 form 1. Dah la tanya soalan yang bukan2.

Sebelum pekse, masa prep petang diluangkan dengan workshop teknik menjawab soalan exam, dah tak boleh nak bergosip dibawah kipas siling sambil menikmati aiskrim split seperti kebiasaan. Modul tu tak payah sibuk nak tanya, bertingkat-tingkat kat atas meja study num. Ingat jadi budak sekolah ni tak busy ke?. Alah boleh lagi gi redah tengok bola ATM VS KLATE, padahal esok luse paper PAI. Mau sakit urat tekak duk melalak sakan depan tv kat dewan makan sambil kedaroh burger.wahahaha.. Anak jati ganu ofkozz sokong ATM! Dah la kena kepung ngam sek2 klate :) bile atm gol, aku ngam iedo je yang semangat duk sorak. penyokong klate semua terkesima habes..love that face! Aish, tak lama lepas tu klate gol aku pulak duk main aci nyorok bawah meja. malu wehh kena boooo~haaha

 Habes je last paper iaitu subjek kegemaran nenek aku...biologi. hah jangan tanya senang ke susah, meh try jawab sekali aku nak tengok :p.Terus malam tu gi godek2 meraikan kemerdekaan dengan megi siam. lol. Tu baru final exam kalau spm ntah ler, enth2 dengan lori megi dibakar. hoho