Assalamualaikum semua,
Hari ke-4 di Madinah, aktiviti harini free and easy. I bangun lewat sebab tak dapat solat, agak sedih juga tapi nak buat macam mana I pun tak ambil pil tahan haid. Pukul 6 lepas dah mandi, I turun sorang ke dewan makan. Menu makan pagi nasi lemak telur rebus, I orang terawal makan untuk elak dari berebut dengan jemaah lain yang balik dari solat subuh. I suka teh O sejuk dan roti arab sapu jem strawberry dekat dewan makan. Siap tapau lagi roti tu untuk makan dalam bilik.
My parents ajak shopping lepas breakfast, kami pun berjalan santai ke kedai Ahmad Albab. I tanya Kak Pzah nak ikut sekali tak boleh cuci mata dan tambah ole-ole. Sempat singgah Bin Dawood di area Taiba Center, I beli beberapa jenis coklat untuk dibawa pulang.
Semalam I try cari kedai madinah yang famous dekat tiktok, ramai yang recommed kedai di dalam Souq Al Saha. Kami pun berjalan dari gate 338 dan sampai di depan pintu masuk bangunan, tiba-tiba ada seorang lelaki datang bertanya adakah kami berminat untuk beli coklat dubai 1 riyal? Macam tau-tau je niat kami.HAHA
Kami pun decide untuk follow je promoter tersebut ke kedai coklat dia, kalau mahal kami tak beli. Sampai je depan kedai di 2nd floor kami disambut dengan baik oleh owner kedai, Hafiz nama owner ni. Rupanya kedai dia famous dalam kalangan jemaah Indonesia—Toko Hafiz Madinah.
Rambang mata kami nak pilih pelbagai jenis coklat dan manisan. Harga pun jauh lebih murah berbanding kedai-kedai lain. Mama dan Kak Pzah sambung memborong lagi di Toko Hafiz. Tak sampai 5 minit kami masuk, kedai Hafiz sudah penuh dengan jemaah dari Malaysia dan Indonesia.
On the way balik hotel, kami singgah beli Karak Express. I lupa harga berapa sebab ayah yang bayar.
Kami beli set nasi briyani dan ayam goreng. Sos putih dia sedap, ayam goreng pun sedap dari Al baik, crunchy dan cukup rasa. Tapi tetap takleh lawan ayam kfc.Huhu
Dah boleh hafal laluan balik hotel, InsyaAllah tak sesat. Penat juga la nak tawaf kawasan luar masjid, setahu I ada buggy disediakan sekiranya malas berjalan. Tapi tak jumpa pula masa kami disana.
Ustaz bertanya dalam group siapa nak join program makan nasi arab selepas zohor. Kami tak join sebab dah penat tawaf kedai pagi tadi. Lagipun dah kenyang makan ayam karak express. Kami juga tak sempat untuk mencuba makanan di restoran Shariq Qurban, mungkin kena datang lain kali. Lepas zohor sampai malam I cuma berehat dalam bilik, kak pzah dan kak anies ada bagi ubat demam dekat I sebab dah teruk sangat. Lepas makan ubat I terus tidur.
Sambungan hari terakhir di Madinah 04/11, bangun pagi mama dan kak pzah dah gerak ke masjid untuk solat subuh. Kak anis pula tengah bersiap dan mengemas kelengkapan kerana lepas zohor kami akan berangkat ke airport Madinah (MED. I mandi dan turun breakfast, tak ramai pun orang sebab baru masuk azan subuh. Menu semua makanan indonesia, Alhamdulilah I tak cerewet makan. Sebelum datang umrah doa banyak-banyak semoga apa yang disajikan kita dapat makan. Badan perlu banyak tenaga untuk 12 hari di Makkah dan Madinah, makan je semua jangan cerewet.
Lepas subuh ustaz inform akan ada ziarah wada', I pun berjalan seorang turun ke kawasan masjid menuju gate 303. Tengah jalan tiba payung terbuka, berhenti kejap ambil gambar kenangan.
Menuju ke kawasan pintu 1 Bab As Salam. Ziarah wada' adalah ziarah perpisahan yang dilakukan sebelum meninggalkan kota Madinah sebagai adab terakhir kepada Rasulullah. Ia boleh dilakukan di kawasan Raudah atau dimana-mana kawasan masjid. Jemaah juga disarankan berdoa untuk dijemput kembali ke Madinah dan mendapat umrah/haji yang mabrur.
Suasana pagi di sekitar Masjid Nabawi. Masing-masing menunggu payung dibuka, I tengah berjalan pon berhenti jap hmm sedihnya. Ziarah Wada' melambangkan kerinduan yang mendalam kepada Rasulullah SAW dan penutup perjalanan ibadah di Madinah.
Saya balik dulu Ya Rasulullah, ada rezeki saya datang ziarah lagi, InsyaAllah.
Waktu pagi askar akan memasang pagar area kubah hijau bagi mengawal laluan jemaah wanita untuk masuk ke Raudah.
Berjalan pulang melalui gate 310 menuju ke hotel. Lepas ziarah wada' terus bergegas balik bilik sebab kak anis dah menunggu. Kad bilik cuma ada satu jadi agak susah untuk kami bergerak solo.
Selepas makan tengahari I masuk bilik untuk kemas bagasi. Beg I dah penuh dengan barang-barang shopping dan baju-baju. Kalau datang lagi dah tau apa yang perlu dan apa yang takpayah bawa. Mama dan Kak Pzah solat zohor di Masjid, I cuma mampu tengok menara Masjid Nabawi dari dalam jendela bilik.
With love.
Yaya doe
.jpeg)


.jpeg)

.jpeg)




.jpeg)

.jpeg)


No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.