Hi semua,
Hari terakhir di Makkah, berat betul hati ni mengenangkan lepas zohor nanti dah bergerak keluar dari sini. Awal pagi kami dah turun ke dataran masjid dan masuk area mataf untuk mencari tempat solat. Menurut jemaah lain kami perlu solat subuh dia area Umrah Gate/Fatah Gate, selepas subuh ada askar-askar yang akan bawa para jemaah wanita untuk ke 2nd checkpoint. Waktu azan subuh, mama bagitau dia nak kena ambil wuduk. Disebabkan jarak jauh so mama tak dapat solat subuh bersama kami di area Umrah gate. Sebelum solat subuh ada acik dari timur tengah bagi roti sebesar muka dengan jem stoberi, thankyou acik kalau tak saya dah lembik berlapar. Selepas solat subuh I dan Kak pzah pula nak ke tandas, adoii dugaan betul.HAHA. Waktu kami settle urusan ke tandas on the way balik askar-askar dah tutup jalan ke Fatah Gate. Ah sudahhh panikk. Dah macam kucing hilang anak kami ni mencari 2nd checkpoint.
Mama dan Kak Anis sudah dibawa ke 2nd checkpoint yang tersorok, kami ni sehelai sepinggang dan hanya ada hp dan selipar ye. Dugaan nak mencari 2nd checkpoint hanya Allah yang tahu, pekerja-pekerja masjid pula tak faham sangat apa yang kami cakap. I cuba istigfar banyak-banyak, kalau rezeki kami InsyaAllah akan ada jalan.
Kami berulang alik dari Fatah Gate ke Umrah Gate melalui jalan mataf, dan akhirnya I macam nampak ada satu group jemaah di bawah bumbung bertentangan dengan bucu hajarul aswad. Berkejaran lah kami kesana sebelum askar tutup jalan, kami berhimpit dengan jemaah negara lain selama sejam sampai sesak nafas sebab ruang sempit dan panas. Diorang akan tolak dari kiri kanan depan belakang untuk tunggu giliran dari askar, I dah give up tau bersesak tanpa tau ada ke kesempatan untuk I.
Keadaan ketika itu Allah nak tunjuk begini keadaan di masyar kelak, hanya ruang yang ada cuma tapak kaki kita berdiri. Bila nampak kesungguhan Kak pzah untuk masuk ke hijr ismail I simpan je hasrat nak give up tu walaupun orang tolak dan siku waktu itu.
Saat gate dibuka, Alhamdulilah kami dapat mencelah masuk dalam barisan untuk ke checkpoint ke 3. Kami berdua pegang tangan sama-sama untuk masuk ke barisan di area depan mataf. Tak silap I ada 10-15 group untuk sesi pagi. Pukul 8.30am baru askar akan random pick mana-mana group untuk dibawa ke Hijr Ismail.
Kawasan Hijr Ismail sudah dikosongkan, memang lengang untuk bagi laluan wanita-wanita. Disebabkan jam baru pukul 8am, askar-askar wanita suruh kami untuk duduk dalam barisan. Sementara menunggu I sempat habiskan surah yaasin, bersyukur sangat dapat ke 3rd chceckpoint sampai menangis kami berdua.
Tiba-tiba tekak rasa perit dahaga, I nampak tong-tong air zamzam nun jauh di sebelah sana. I beranikan diri tanya askar garang yang jaga group kami, boleh tak nak minum air zamzam sebab kami sehelai sepinggang. Pastu askar tu tunjuk belakang kami ada tong air zamzam, minum je situ apasal nak minum yang jauh. Alahaii Wallahi kami tak nampak, huhu Betul la pertolongan Allah tu dekat je cuma kadang manusia tak sabar.
With love.
Yaya doe
.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)

.jpeg)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.