Hi semua,
Selesai solat subuh, kami sempat solat jenazah dan mengaji dulu. Semalam ustaz inform 9.30am dah kena tunggu dekat lobby untuk ziarah dalaman Masjidil Haram. Mama ajak I tawaf sunat selepas subuh. Walaupun tak tidur tapi I masih bertenaga. Alhamdulillah dapat tawaf sunat 7 pusingan dengan bantuan mama, selesai tawaf mama nak bawa I sentuh hijr ismail dan makam Ibrahim. Orang ramai sesak sangat sampai I give up, risau la semua main siku dekat situ.
Kami pulang ke hotel untuk breakfast, best stay di hotel Safwah sebab banyak lift dan tak perlu berebut. Sempat la berehat sebelum turun ke lobby semula. Jemaah group I semua punctual dan bersemangat nak follow ustaz untuk ziarah sekitar masjidil haram.
Ustaz menerangkan kawasan-kawasan dalam masjidil haram bermula dari Mataf gate. Kami turun ke area mataf ke arah Kaabah, cuaca pagi dah panas terik. Ustaz cerita tentang sejarah hajarul aswad yang berada disebelah kiri Multazam. Tempat mustajab doa pula di depan Multazam iaitu dinding kaabah diantara hajarul aswad dan pintu kaabah. Banyak info dan sirah yang diceritakan, semua jemaah fokus betol sebab nanti mesti ustaz akan tanya soalan.Huhu Hajarul aswad merupakan batu daripada syurga yang diturunkan oleh malaikat Jibril kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ketika kaabah dibina.
Kemudian kami ke area saie, disebabkan ada rakan jemaah yang berkerusi roda jadi kami perlu menunggu kerana kawasan masjidil haram banyak tangga dan escalator. Saie merupakan ibadah berulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah dan ia rukun wajib dalam haji dan umrah. Saie dilakukan selepas tawaf dan tidak perlu wuduk. Ibadah ini untuk mengenang kecekalan Siti Hajar mencari air untuk anaknya Nabi Ismail ditengah padang pasir.
Kami turut mendengar beberapa sirah seperti perjanjian hudaibiyah pada tahun 6 hijrah dan pembukaan Kota Mekah yang berlaku pada tahun ke 8 hijrah. Pada tahun 6 Hijrah, Rasulullah dan pengikutnya pergi ke Mekah untuk menunaikan umrah dan menziarahi keluarga disana. Sampai di Hudaibiyah Baginda mengutus Uthman bin Affan untuk menyampaikan maksud kedatangan mereka ke Mekah. Namun Uthman ditahan oleh kaum musyrikin dan tersiar berita palsu tentang kematian Uthman bin Affan. Baginda terus mengambil janji setia (bai'ah) muslimin untuk memerangi kaum quraisy hingga kemenangan dicapai. Janji setia tersebut ialah Bai'ah Ridhwan, ia telah menggentarkan kaum musyrikin Mekah pada ketika itu maka berlakulah Perjanjian Hudaibiyah.
Ustaz masih kekal bertenaga, jemaah lain termasuk I sudah lemau sebab tak cukup tidur.Huhu Selepas itu semua bersurai untuk solat zohor, I dan mama dapat solat dalam masjid tapi tak dapat view kaabah tapi view tong air zamzam. Sedih huhu. I cakap mama duk sebut nak minum air zamzam sebelum zohor, Allah terus bagi solat zohor dekat depan deretan tong air zamzam.HAHA.
Lantai masjidil haram sejuk je, tapi keadaan agak berhabuk sebab ada construction dalam masjid. I pula malas nak pakai mask sebab risau terpakai waktu dalam ihram. Ramai berebut nak solat dekat spot tertentu tapi kena halau selagi tak penuhkan kawasan yang askar buka. Tapi sekejap je dah penuh saf-saf, seronok sangat solat dekat masjidil haram semua berlumba-lumba nak beribadah. Seusai solat kami pun bersesak dengan ramai orang untuk keluar ke dataran, kalau tak sabar memang boleh rengsek.HAHA Banyakkan istigfar walaupun kena tolak dengan acik-acik negara lain.
Kami lunch di dewan makan hotel, makan sama-sama dengan mama. ayah dan adik sambil bersembang pasal ujian masing-masing di tanah suci.HAHA Makanan yang disediakan banyak pilihan dan kena dengan selera orang asia, sambal indo dia sedap makan dengan keropok indo.fuhh Lauk-pauk semua menu indonesia, kalau pesen tak memilih makan okey je. Kalo suka makan pakai tangan, tisu basah dan sarung tangan plastik tolong la bawa banyak sebab sini tak ada sinki basuh tangan. Overall I puas hati makanan buffet di Safwah under TA, tak perlu makan luar dan masuk bilik terus boleh rehat.
Balik bilik, I terus rehat dan tertidur. Penat tak tidur satu hari. lena betul sampai tak mimpi apa pon. Setan tak ada kot dekat sini nak mengacau dalam mimpi. Mama kejut bangun bila dah nk masuk asar, terus bangun ambil wuduk dan capai telekung. Kami turun ke dataran, banyak pula kawasan askar-askar sekat so kami berjalan jauh untuk masuk ke masjid. Ramai yang dah menunggu nak solat di dataran tapi askar akan buka bila area dalam dah penuh.
Solat maghrib dan isyak malam ni di atas bumbung, bila salah masuk pintu memang haa bersesak la naik escalator sampai tingkat atas.HAHA Alhamdulilah dapat view cantik, walaupun tak nampak kaabah. Dapat solat dalam masjidil haram pun dah syukur. Lepas isyak mama ajak jalan-jalan dekat clock tower untuk dinner. Lama juga menunggu ayah dan adik datang, sempat la I masuk sephora Makkah tower dengan telekung macam baru balik terawih. Semua orang la pakai macam tu so tak malu pon.lol
Masing-masing dah penat tapi nak juga explore foodcourt tingkat 4, tapi yang sadisnya meja dan kerusi full. Ramai yang tapau sebab malas nak berebut meja kerusi, so kami pun decide untuk ke Safwah foodcourt je. Alhamdulillah ada table kosong untuk kami, untuk dinner malam ni nasi beriani kambing dan fries garlic sauce.fuhh sedap.
With love & Happy New Year 2026
Yaya doe






.jpeg)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.