Wednesday, October 22, 2025

Japan Travelog - Bye Osaka - KUL Day 6

 



Ohayo people,

Akhirnya kisah last day kami di Osaka, tak sabar nak habiskan siri Osaka sebab nak sambung kisah travel seterusnya. Hehe

Perasaan last day di jepun? Sedih hmmm tak sangka secepat itu masa berlalu. Walaupun semalam stress gila, idk why maybe penat plus I masih tak fully recover.

Today kami bangun 4 pagi, our flight 10 pagi so we need to catch the earliest train to airport. Mama bangun awal masakkan our bekal untuk breakfast di airport. Kami dah kemas luggage semalam dan berat semua beg masih di bawah 23kg.Fuhhh.



Pulangkan kunci airbnb dekat key box waktu check out. Airbnb ni murah pastu area sini tenang je tak bising, kitorang pun slow je bercakap risau kena complain. Tapi rumah agak sempit untuk kami ber tujuh dan ambil masa juga untuk kami faham cara guna alat elektronik dalam rumah.


Matahari pun tak terbit lagi, around 5.00am kami dah keluar heret beg ke JR station. We're gonna miss this neighbourhood, kalau ada rezeki kami bakal kembali. InsyaAllah


Topup card ICOCA untuk naik train ke airport. Kami stay di Imamiya station so kena ambil train Osaka loop line ke Shin-Imamiya dan transfer ke Nankai line (airport express train). So total cost untuk sorang around 1120yen one way to the airport.


Angin pagi ni sejuk yer, last day kami macam berat hati nak tinggalkan bumi sakura. Macam tak percaya berjaya sampai ke sini dan explore places yang kami memang nak pergi. Di shin imamiya kami kena angkat beg berat tu naik tangga sebab tak ada escalator.



Perjalanan mengambil masa 1jam, train Nankai line berhenti dekat banyak stesen juga. Kami masih mengantuk, so sepanjang perjalanan we sadly say goodbye to our last city view & pokok-pokok sakura di tepi railway. Sampai di airport, kami ke kaunter JR office dulu untuk refund baki dalam ICOCA dan singgah ke familymart untuk habiskan duit syiling.


Kami bergegas ke International departure dan cari our counter untuk check in. Urusan check in and drop off luggages dipermudahkan. Alhamdulilah tanpa buang masa terus masuk ke departure hall sebab barisan customs check panjang gila.



Semalam kan kitorang beli banyak air botol pastu masa customs check kena buang. sobs sobs Ingat boleh lepas haa terus beg handcarry yang ada liquid lebih 100ml diasingkan. Officer kaunter I tak banyak bunyi terus buka beg then buang botol tu semua dalam tong sampah. Officer dekat kaunter adik I pula suruh minum air familymart tu depan dia sampai habis kalau tak dia buang, I pun turut sama tolong dia habiskan HAHA. 

Pasni jangan buat perangai bawa air minuman banyak-banyak dalam handcarry. Sebelum sampai ke gate ada banyak free duty shops so ayah I beli lagi jam g-shock, dari situ kami baru tahu yang semua jam g-shock made in China/Thailand tak ada made in japan. 


Flight kami terbang mengikut jadual. Selepas sejam crew ada datang untuk confirmkan our MOML meals. Kami ada request MOML meals untuk both flights so tak ada la kelaparan. Crew distribute our meals first and surprisingly meals Osaka - HCM sedap I makan sampai habis, waktu makan berlaku pula air turbulence yang agak teruk. Serius cuak, gegaran tu sampai air pun tumpah. Tak pernah setakut itu, flight macam tiber jatuh then naik balik, jantung dah kat bawah oii. Cabin crew muka relax je settlekan meals untuk penumpang. I tak dapat recline seat sebab passenger belakang I matsalleh, kaki panjang la pulak.



Alhamdulilah, selamat sampai di Ho chi minh pada pukul 2.37pm. Seat kami di hujung ekor pesawat dan sudah ada 2 bas menanti untuk bawa kami ke main building. Our transit time sekejap je 1 jam, so kami terus ke laluan transit dan cari our boarding gate. Waktu ni peak hours so waiting area full, kami dah barai so tak explore pon airport HCM. 



Around 3.30pm kami dibenarkan untuk boarding flight HCM - KUL. Kami dapat seat area depan pesawat, legroom besar dan selesa tapi tak ada inflight entertaiment. Bye Ho chi minh, semoga tahun hadapan ada rezeki untuk explore Vietnam.


Flight tak ada delay, Alhamdulillah. Setelah sejam, crew bagi MOML meals. I makan sampai licin, beef spagetti tu sedap betul makan waktu tengah lapar. Selamat sampai di KLIA pukul 6.30pm, pastu kami rushing nak collect luggages, nak qadar solat dan nak kejar bas balik Johor/Terengganu. HAHA 

Nasib ada tiket bas pukul 8 malam. Bas I sampai terminal pasir gudang pukul 1.30 pagi dan yang sadisnya tayar kereta sam bocor on the way nak pickup I. Kami yang noobs ni blur nak tukar tayar, nasib ada sorg lelaki sabah tolong kami tukarkan. HUHU tenkiu


Hasil tangkapan sewaktu di japan, masih di bawah bajet. I suka coklat kapal, lepas ni teringin nak makan boleh beli dekat family mart. Semoga ada rezeki untuk repeat japan, sebab dah rindu nak pergi lagi. Tokyo dan Hokkaido masih dalam bucketlist, I nak bawa my parents datang jepun lagi sebab diorang happy sangat dekat sana. Betul la orang cakap jepun ni berhantu, rasa tak puas walaupun kaki penat. 

Totally recommended untuk sesiapa yang masih ragu-ragu untuk DIY jepun, pilih la jepun anda akan balik dengan hati yang gembira. Orang jepun sangat sopan, disiplin dan beradab. My parents cakap rasa selamat jalan-jalan dekat sini sebab tak risau kena scam. InsyaAllah lagi beberapa hari I akan terbang ke tempat baru, negara idaman I dari kecil. Kali ini I cuba untuk cerita semua secara details, walaupun ada juga yang I akan lupa.HAHA

Doa kan travel kali ni dipermudahkan pergi dan pulang dengan selamat.

With love.

Yaya doe


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.