Bab 1 : Sumpahan si Puteri
Adam Zuhair.
“Lepas ni kau nak buat ape?” Soal Paih.
Matanya tak lepas memandang sepinggan goreng ubi dihadapannya.
Ni entah kali ke berapa aku kena jawab
soalan sama dari org berbeza. Kadang malas aku nak jawab.
“Cari kerja la hoi, sampai bila nak
mengganggur makan duit mak bapak” balas Adam yang separuh tergelak mendengar
soalan Paih.
Paih tersengih.
“Sekarang nak dapat kerja yang betul-betul
kena dengan kelayakan ijazah yang kau belajar bukan senang bai. Jangan memilih
sangat.”
Adam mengangguk mengiyakan realiti yang
sering menghantui mahasiswa lepasan universiti. Masa belajar memanglah tak
terasa sangat beban yang kena pikul, tapi lepas 2 minggu Majlis Konvo terus mak
kat rumah membebel suruh mula cari kerja.
Yelah sampai bila nak mengharap duit mak
ayah. Tu belum kira hal adik-adik. Muaz
yang sekarang tengah sambung belajar di tahun kedua jurusan Satistik, Helyana
kat nun matrik Kedah yang hari-hari merengek telefon cakap environment kat sana
tak best. Amboi banyak cantik. Aisar yang
tengah nak SPM.
“Kawan aku ada offer jawatan kosong kat
tempat dia kerja. Tapi part time aa kat KL nun. Aku ingat nak cari kerja
dekat-dekat sini je.”
“Haa okey la tu, dari kau melangguk basuh
pinggan kat warung mak aku ni baik
terima offer tu. Eh perempuan sekarang ni memilih tau, nak pandang lelaki yang
kerja dekat bandar-bandar besar je. Hampeh” Paih tarik muka masam.
Kecewa agaknya, pinangannya ditolak oleh
anak dara Makcik Renah anak JKK kampung minggu lepas. Tapi betul jugak. Mak kat rumah tak habis-habis
puji cikgu Maisarah yang mengajar Aisar depan aku.
Cikgu tu tinggal selang 3 rumah je selalu
hantar kuih lompat tikam petang-petang. Sedap jugak. Eh banyak pulak aku
merepek pasal cikgu manis tu.
Tapi mak, sorrylah bukan taste orang.
“Eh dah nk maghrib aku chow dulu, kang
lewat pulak pi surau. Malam ni turn aku mengajar budak-budak tu mengaji.”
“Hah, jangan lupa bawak rotan lejen Haji
Ismail sekali ye pak ustaz” Paih gelak.
“Along!! Handphone along dari tadi bunyi
nih. Angkat lah cepat. Kang mengamuk awek tu haa”
Mulut Aisar memang tak boleh senyap, ikut
perangai mak la tu. Nyaris terlatah Pakcik Lan tok siak surau mendengar jeritan Aisar, yang masa tu
tengah lalu depan rumah.
Mak yang tengah lipat baju sambil mengadap
drama pun boleh lagi balas jeling dengan aku.
“Kawan laki la mak, Aisar tu mulut kepoh”
Aku menyambut smartphone ditangan Aisar yang tersengih.
“Tak tanya pun.” Balas Puan Zailan.
Muncung. Mak memang tak berkenan sangat
perempuan bandar. Macam-macam lah
alasan, nanti queen control tak bagi balik raya kat kampung, makan memilih, tak
reti masak.
“Assalamualaikum?”
“Adam Zuhair ke ni?” Suara dicorong sana
kedengaran mendatar.
“Ye saya siapa ni?”
“Ni saya, Prof Nizam. Takkan dh tak kenal
suara saya kot”
Secara automatik tangan kanan menepuk dahi.
“Ya Allah, ye Prof ada apa Prof telefon
malam-malam ni?” Tak pernah-pernah pun call aku. Dulu masa last semester bukan
main aku call dia sebab Prof Nizam tersalah key in carrymarks aku. Tak pernah
berjawab. Hangin pulak kalau ingat balik.
“Er…saya ada hal nak bincang dengan awak.
Awak boleh datang fakulti tak petang Isnin?” Ya Allah Professor ni ingat
Batu Pahat dengan fakulti dia kat KL tu sejengkal.
“Hal penting ke prof? Sebab saya sekarang ada dekat
kampung. Kalau Prof nak jumpa jugak saya boleh ambil bas pagi Ahad esok.”
“Er okey boleh, saya jumpa awak kat bilik saya
petang Isnin esok.” Terus talian terputus. Cuak pulak aku. Ke dia nak tarik
balik ijazah aku sebab 2 assignment dia aku suruh budak junior buat.
Profesor Nizam tu pensyarah psikologi aku.
Sebab dia terlampau best lah aku berjaya tamatkan ijazah sarjana muda
psikologi. Aku tergolong dalam top student dia, tapi at the end aku masih
merempat kat kampung walau pointer aku tiap kali exam 3.5 above. Orang lain
dengar citer dah mula kerja.
Tu orang cakap rezeki ditangan Tuhan. Aku
tak kesah bila orang kampung persoalkan kenapa aku pilih kos psikologi. Nak
rawat orang gila ke? Atau bercita-cita nak jadi cikgu kauseling sekolah rendah?.
Hahaha. Aku gelak je. Biar orang nak kata apa pun.
Tapi bila dah grad, mula terasa terbeban
bila surat ptptn sampai petang semalam. Tawaran kerja dari Joe bermain di
setiap sel saraf.
Tiba-tiba pesanan ringkas naik di
notification.
‘Beb apa citer? Takkan lama sangat fikir’-
Joe
‘Okay jadi. Malam esok aku jumpa kau.’
Alang-alang dah jumpa Prof Nizam esok.
Hakuna Matata,
Yaya Doe :)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.