POV - Diana
'Tokk..tokk..' Diam.
Pintu bilik dibuka perlahan. Adam masih lagi terbaring tidak sedarkan diri di atas katil biliknya. Diana memeluk tubuh sambil bersandar di sebelah pintu yang terbuka. Entah apa yang bermain di kotak fikiran.
Rakaman cctv diulang tayang di kepalanya. Adam dengan santai mengajak Amber untuk turun makan pagi. Amber hanya mengikut gerak langkah Adam seakan ada sesuatu yang membuatkan alter itu kekal tenang disamping Adam. Kakinya ringan dihayun kearah katil Adam.
'Adakah Adam dapat mengawal alter Amber?' Matanya seakan bersinar kerana masih ada lagi peluang untuk dia sembuh.
*****
"Cik Diana....?" Adam terpisat-pisat melihat Diana disampingnya. Diana terjaga dari lamunan. Merah padam mukanya apabila ditenung oleh Adam.
"Er Encik Adam okay? Mak Jah ada sediakan makan malam" Dia bingkas bangun mengambil dulang diatas meja cermin sebelahnya.
"Eh takpe-takpe saya boleh ambil sendiri" Adam cuba bangun namun badannya masih terasa sengal-sengal badan.
"Badan Encik Adam masih lagi tak bermaya, saya suapkan ya" Diana cuba kekalkan riak wajah selamba.
Allah sepanjang hidup tak pernah merasa disuap oleh mana-mana perempuan ajnabi selain mak aku sendiri. Gemuruh pula hati aku ni. Cik Diana ni pun lawa, level-level muka mix.
Masing-masing sepi dari berkata. Tangan Diana lincah menyudu bubur ayam manakala Adam teragak-agak membuka mulut. Diana tayang poker face apabila melihat telinga Adam sudah merah.
"Boleh saya tanya awak sesuatu?" Suara gemersik Diana memecah keheningan antara mereka.
Adam jongket kening. Matanya dari tadi tunduk mengira bulu-bulu permaidani sebelah katil. Malu nak bertentang mata dengan Cik Diana.
"Boleh."
"Kenapa awak peluk Amber?"
Adam tersedak. Diana segera mencapai gelas air lalu disua ke mulut Adam.
"Ehem, saya tak bermaksud apa-apa. Maaf jika tindakan refleks saya terhadap alter-alter buat cik Diana tak selesa."
Diana hanya diam tanpa reaksi. 'Emotionless betul pesakit aku ni' cetus Adam.
"Biasa waktu macam ni cik Diana akan buat aktiviti apa?" Dia cuba memancing perhatian Diana yang khusyuk dalam lamunan.
Tergaris senyuman nipis.
"Saya akan membaca dalam bilik bawah"
"Jom"
"Pergi mana?"
"Saya teman cik Diana membaca hari ni"
With love & Hakuna Matata,
Yaya Doe
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.