Bab 9: Si Tuan Puteri Gunung Ledang
Adam Zuhair.
“Eeii..apa jenis makanan ni.” Shasha menuding jari kearah
semangkuk gulai sayur batang keladi. Ditepinya pula ikan patin masak tempoyak
dan sayur goreng campur.
“Kenapa dengan lauk ni?” Aku memandangnya pelik.
Mak Tun yang baru keluar dari pintu dapur sambil membawa jag
air terdiam dimuka pintu.
“You!! I tak boleh makan la lauk-lauk kampung macam ni. Nanti kulit I keluar jerawat, jeragat dan
bintik-bintik merah.”
Mak Tun menyiku aku. ‘Shasha ke?’
Aku mengangguk kepala.
“Er, habis tu awak nak makan apa?”
“Hmm, I nak makan spaghetti carbonara dan meatballs cheese.
I taknak Mak Tun masak tak sedap!”
Dia menjeling kearah Mak Tun.
Mak Tun tarik muka. ‘Aku pun tak ingin nak masak’
Adam mengeluh ditengah-tengah diantara Mak Tun dan Shasha.
“Biar saya masak.” Aku tersenyum kearah Mak Tun. Dengan Mak
Tun pun kau nak jual senyuman ubat gigi mukmin ke?
Aku mengganti tempat Mak Tun didapur. Apron bunga-bunga
diikat kemas.
Tanganku lincah mengeluarkan bahan-bahan untuk memasak. Semasa
cuti sem aku banyak kerja partime dekat kedai-kedai makan. Setakat spaghetti tu celah
gigi je.
“Wow Adam, pandainya you masak. Lelaki bila masak nampak
seksi tau”. Shasha mengekor dibelakang.
Mengintai. Mungkin dia takut aku letak pil tidur kot dalam kuah carbonara dia.
“Ye ke?” Aku menjeling kearah pantulan muka aku dari sink yang berkilat.
“Hahaha. You ni kelakar la.”
Walaupun rupa mereka sama namun lenggok tubuh dan air
muka mereka berbeza. Detik Adam.
Shasha personaliti yang inginkan perhatian, berkeyakinan
tinggi dan suka mengarah.
Ainul Mardhiah? Penuh dengan sopan santun, merendah diri dan ramah. Rasa nak tergelak pun ada lihat dia
membebel depan cctv.
Amber pulak aku harap dia tak keluar buat masa sekarang.
Tapi handphone aku? Adushh.
Tentu penuh notifikasi dengan whatsapp group, mesej
Muaz dan panggilan daripada mak.
Tiba-tiba aku teringat tentang Iphone12 Pro yang dia bagi malam tu. Nanti la aku
tanya kalau si Shasha ni tau password dia.
Malam itu, Diana masih jugak tak keluar. Shasha asyik
menonton rancangan realiti America Next Top Model sambil mulut terkumat kamit
memberi komen. Pajamas hot pink corak Hello Kitty dia memang dari segala sudut
dalam villa boleh nampak.
Jarum jam tepat pukul 10.30 malam.
Tadi aku ajak solat Maghrib dengan Isyak sama-sama. Dia
cakap yang dia period tak boleh solat terus terkedek-kedek dia on tv.
Habis tadi tu bukan dia yang menangis-nangis nak solat.
‘Umat Islam di Gaza perlukan doa-doa kita sebagai pelindung
mereka.’
Okey tadi tu Ainul Mardhiah.
Kalau Aisar buat perangai lagu ni dah lama aku tarik telinga
ikat kat batang pokok rambutan depan rumah. Biar padan muka kena gigit
kerengga.
“You tercegat kat tepi tangga tu tengok apa? Tunggu Diana
keluar ke?” Laung Shasha.
Aku menapak kearahnya dan mengambil tempat di sofa berkembar
dua.
“Erm bila dia keluar eh?” Gatal pulak mulut aku bertanya.
“Perempuan penakut tu takkan berani keluar. Mungkin Amber
ugut dia macam-macam” Matanya masih fokus pada skrin tv.
Amber ada keluar?
“Apa yang Amber cakap?” Mungkin Amber ada kata sesuatu yang
membuatkan personaliti Shasha yang menjadi galang ganti apabila Diana
menghadapi tekanan daripada Amber. Pehh hipotesis kau Adam Zuhair.
“Entah. Tapi I pernah tengok video yang Amber hantar pada
Diana. Dia cakap yang dia akan bunuh semua orang yang Diana sayang kalau Diana
tak bagi dia keluar dari villa.”
Aku terdiam. Shasha masih dalam posisi yang sama. Melipat
sila mengadap rancangan tv kegemarannya sambil tangan kanan laju melontar
smarties kedalam mulut.
Aku keluarkan Iphone12 Pro dari dalam poket seluar trek gym Muaz
yang aku rembat dari ampaian mak.
Lama aku merenung skrin Iphone12 Pro yang baterinya hanya tinggal
separuh.
Shasha yang perasan aku merenung lama Iphone ditangan mula
membuka mulut. Memang aku nak bagi dia perasan pun.
“You ni ada apa-apa ke dengan Diana? I mean like a serious
relationship or something yang sewaktu dengannya?”
“Kenapa?”
“Tu.” Mulutnya muncung kearah tangan kanan aku.
Aku on skrin dan tayang skrin depan yang tertera password kearahnya.
“Shasha tau password Iphone Amber? Dia ambil handphone Adam
hari tu dan dia bagi Iphone dia”
Shasha ternganga.
“Tu Iphone Diana la! Kejap you dah jumpa Amber? Exchange
handphone?! You dah gila ke?”
Aku terkejut melihat Shasha yang tiba-tiba bangun mengadap
aku. Kedua-dua belah tangannya mencengkam bahu aku. Jelas riak wajahnya yang
resah.
“Ada tak dia cakap yang you ni taste dia dan nak you jadi
boyfriend dia?”
“Ada.”
“You jawab apa?”
“Er...Yes.”
Shasha memegang kepalanya yang terasa berat. Terus dia rasa
badannya seolah-olah melayang seperti orang yang ber’sky diving.
“Sha…shasha. Awak okey ke tak ni? Shasha!” Nasib aku sempat
menyambut badan Shasha yang nyaris jatuh terjelepok atas lantai.
“Mak Tun! Encik Qais!”
Hakuna Matata,
Yaya Doe
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.