CALON-CALON
MENANTU PUAN SRI
Riuh seluruh
kampung di sekitar Villa Puan Sri Safina apabila satu berita yang mengemparkan
telah disebarkan oleh dua bibik kepoh Puan Sri iaitu Mariam dan Suraya. Puan
Sri Safina sedang mencari bakal calon-calon menantu untuk anak sulungnya!
Rayyan Zikri.
Buat julung-julung kalinya tuan empunya Villa Ivory memberi
peluang kepada orang asing untuk menjadi tetamunya tanpa mengira pangkat dan
harta.
Tetapi dengan
beberapa syarat.
Pertama, mestilah perempuan Melayu tulen. Pondan, maknyah atau
maknyah pre-op akan direject! Kedua, berumur lingkungan 18 hingga 25 sahaja dan masih anak dara.
Hal ini kerana anak sulungnya, Muhammad Rayyan Zikri masih belum menyambut hari
jadinya yang ke-25 dan Puan Sri masih lagi berfikiran konservatif jadi peserta
berumur 25 keatas (andartu/janda/janda meletop) akan direject tanpa belas kasihan! Syarat ketiga,
para calon mesti tinggal di dalam Villa Ivory selama satu bulan dan tidak
dibenarkan keluar tanpa kebenaran Puan Sri. Syarat keempat, calon mestilah
cekap melakukan kerja rumah dan mempunyai personaliti yang menarik.
Dan syarat
terakhir, calon-calon mestilah menambat hati anak sulung Puan Sri bagi
memenangi pertandingan ini!
Emira Hafilza -
Cikgu bahasa Melayu termuda yang mengajar di sekolah. Merupakn guru penasihat
kelab debat sekolah yang sentiasa bersemangat waja dan taknak kalah. Beliau
sanggup mengambil cuti tanpa gaji selama sebulan bagi menyahut cabaran
Pengetua. Sekiranya Rayyan Zikri menjadi suaminya dengan serta-merta jawatan
Pengerusi PIBG disandang oleh bakal suaminya.
Hani Zulaikha.
Anak dara tersohor di daerah di situ. Terkenal disebabkan oleh kecantikkan
aslinya setaraf Tun Teja. Pernah di lamar oleh anak pak menteri namun ditolak
mentah-mentah kerana ayahnya merupakan orang kuat parti pembangkang.
Aida Tuah-
Usahawan kosmetik termuda di dalam kampung dan produk sabun ‘Ploles’ nya laris keras
disebabkan oleh berkebun-kebun tebu manis dipacak di hujung bibir. Riuh sekampung di canang
bahawa sabun ‘Ploles’ tersebut merupakan rahsia kecantikan kulit flawlessnya
sejak tadika lagi. Walhal ibunya,
Makndak Ismi mempunyai bekas suami yang darah kacukan Arab-Parsi iaitu bapa
kandung Aida sebelum menikah lagi sekali.
Dan calon
terakhir ialah...
Lydia Ros- Siapa
dia ni? Apa kelayakan dia? Sejauh mana kecantikannya? Dia ni siapa sebenarnya???!
Seluruh kampung terdiam bisu.
Tiba-tiba Kak
Long mencelah.
“ Lydia Ros tu
Edi.” Satu kampung tercengang. Keadaan sepi seketika sebelum disambut oleh
gelak ketawa makcik-makcik kepoh yang diketuai oleh Makcik Karomah, janda meletop dalam kampung. Tak
puas hati lettew sebab anak dara dia, Saodah Che Mat di reject oleh Puan Sri
sebab mempunyai banyak skandal dengan abang-abang motor kampung sebelah.
Lydia Ros. Gadis
lepasan ipta yang sedang melangut di warung kopi kakak iparnya sementara
menunggu panggilan kerja. Atau nama glemernya Edi. Mukanya pucat,
kusam,lemau,kosong tanpa secalit make up. Hanya tudung bawal hitam selempang di
bahu serta motosikal EX5 arwah abah menjadi temannya. Semua kerja dia buat bagi
mencari duit bagi menampung hidup.
“Ros kat celah
mana? Macam bunga tahi ayam aje.” Edi kat belakang dapur warung nyaris mencarut
sambil tangan yang pegang sudip di acah-acah gaya menunjal mulut celupar Makcik
Karomah.
Muhammad Rayyan
Zikri- Anak sulung Puan Sri yang baru pulang dari oversea. Khabar angin
mengatakan bahawa Rayyan bakal mengambil alih syarikat kerana Puan Sri ingin
bersara dan bakal mewarisi separuh harta Puan Sri yang dikatakan makan 7
keturunan pun tak luak.
Oleh sebab itu, seluruh anak-anak dara kampung tak senang duduk
tak tidur malam apabila berita Puan Sri sedang mencari menantu untuk Rayyan tersebar luas.
Ditambah pula mulut kepoh Mariam yang tak habis-habis memuji peribadi Rayyan Zikri yang dikatakan terlalu
perfect melebihi Encik Perfect 10! Suraya
di sebelahnya hanya mampu mengangguk kepala.
Hakuna Matata,
Yaya Doe
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.