Tuesday, March 17, 2026

Umrah Travelog -Madinah Part 5




Assalamualaikum semua,

Hari ke-4 di Madinah, aktiviti harini free and easy. I bangun lewat sebab tak dapat solat, agak sedih juga tapi nak buat macam mana I pun tak ambil pil tahan haid. Pukul 6 lepas dah mandi, I turun sorang ke dewan makan. Menu makan pagi nasi lemak telur rebus, I orang terawal makan untuk elak dari berebut dengan jemaah lain yang balik dari solat subuh. I suka teh O sejuk dan roti arab sapu jem strawberry dekat dewan makan. Siap tapau lagi roti tu untuk makan dalam bilik. 

My parents ajak shopping lepas breakfast, kami pun berjalan santai ke kedai Ahmad Albab. I tanya Kak Pzah nak ikut sekali tak boleh cuci mata dan tambah ole-ole. Sempat singgah Bin Dawood di area Taiba Center, I beli beberapa jenis coklat untuk dibawa pulang.  



Semalam I try cari kedai madinah yang famous dekat tiktok, ramai yang recommed kedai di dalam Souq Al Saha. Kami pun berjalan dari gate 338  dan sampai di depan pintu masuk bangunan, tiba-tiba ada seorang lelaki datang bertanya adakah kami berminat untuk beli coklat dubai 1 riyal? Macam tau-tau je niat kami.HAHA

Kami pun decide untuk follow je promoter tersebut ke kedai coklat dia, kalau mahal kami tak beli. Sampai je depan kedai di 2nd floor kami disambut dengan baik oleh owner kedai, Hafiz nama owner ni. Rupanya kedai dia famous dalam kalangan jemaah Indonesia—Toko Hafiz Madinah.


Rambang mata kami nak pilih pelbagai jenis coklat dan manisan. Harga pun jauh lebih murah berbanding kedai-kedai lain. Mama dan Kak Pzah sambung memborong lagi di Toko Hafiz. Tak sampai 5 minit kami masuk, kedai Hafiz sudah penuh dengan jemaah dari Malaysia dan Indonesia.


On the way balik hotel, kami singgah beli Karak Express. I lupa harga berapa sebab ayah yang bayar.


Kami beli set nasi briyani dan ayam goreng. Sos putih dia sedap, ayam goreng pun sedap dari Al baik, crunchy dan cukup rasa. Tapi tetap takleh lawan ayam kfc.Huhu


Dah boleh hafal laluan balik hotel, InsyaAllah tak sesat. Penat juga la nak tawaf kawasan luar masjid, setahu I ada buggy disediakan sekiranya malas berjalan. Tapi tak jumpa pula masa kami disana.



Ustaz bertanya dalam group siapa nak join program makan nasi arab selepas zohor. Kami tak join sebab dah penat tawaf kedai pagi tadi. Lagipun dah kenyang makan ayam karak express. Kami juga tak sempat untuk mencuba makanan di restoran Shariq Qurban, mungkin kena datang lain kali. Lepas zohor sampai malam I cuma berehat dalam bilik, kak pzah dan kak anies ada bagi ubat demam dekat I sebab dah teruk sangat. Lepas makan ubat I terus tidur.



Sambungan hari terakhir di Madinah 04/11, bangun pagi mama dan kak pzah dah gerak ke masjid untuk solat subuh. Kak anis pula tengah bersiap dan mengemas kelengkapan kerana lepas zohor kami akan berangkat ke airport Madinah (MED. I mandi dan turun breakfast, tak ramai pun orang sebab baru masuk azan subuh. Menu semua makanan indonesia, Alhamdulilah I tak cerewet makan. Sebelum datang umrah doa banyak-banyak semoga apa yang disajikan kita dapat makan. Badan perlu banyak tenaga untuk 12 hari di Makkah dan Madinah, makan je semua jangan cerewet. 



Lepas subuh ustaz inform akan ada ziarah wada', I pun berjalan seorang turun ke kawasan masjid menuju gate 303. Tengah jalan tiba payung terbuka, berhenti kejap ambil gambar kenangan.


Menuju ke kawasan pintu 1 Bab As Salam. Ziarah wada' adalah ziarah perpisahan yang dilakukan sebelum meninggalkan kota Madinah sebagai adab terakhir kepada Rasulullah. Ia boleh dilakukan di kawasan Raudah atau dimana-mana kawasan masjid. Jemaah juga disarankan berdoa untuk dijemput kembali ke Madinah dan mendapat umrah/haji yang mabrur.


Suasana pagi di sekitar Masjid Nabawi. Masing-masing menunggu payung dibuka, I tengah berjalan pon berhenti jap hmm sedihnya. Ziarah Wada' melambangkan kerinduan yang mendalam kepada Rasulullah SAW dan penutup perjalanan ibadah di Madinah.



Saya balik dulu Ya Rasulullah, ada rezeki saya datang ziarah lagi, InsyaAllah.


Waktu pagi askar akan memasang pagar area kubah hijau bagi mengawal laluan jemaah wanita untuk masuk ke Raudah. 


Berjalan pulang melalui gate 310 menuju ke hotel. Lepas ziarah wada' terus bergegas balik bilik sebab kak anis dah menunggu. Kad bilik cuma ada satu jadi agak susah untuk kami bergerak solo.


Selepas makan tengahari I masuk bilik untuk kemas bagasi. Beg I dah penuh dengan barang-barang shopping dan baju-baju. Kalau datang lagi dah tau apa yang perlu dan apa yang takpayah bawa. Mama dan Kak Pzah solat zohor di Masjid, I cuma mampu tengok menara Masjid Nabawi dari dalam jendela bilik. 


With love.

Yaya doe

Wednesday, March 4, 2026

Umrah Travelog - Madinah Part 4




Hi people,

Sambungan hari ke-3 di Madinah, harini kami bangun awal pagi untuk solat subuh di Masjid Nabawi. Suasana di Madinah tenang tak perlu berebut seperti di Makkah. Lepas solat subuh kami ikut solat jenazah. Langit pada waktu subuh Subhanallah cantik.



Otw balik ke hotel payung pun terbuka, tepat pukul 6.15am.


Lepak kejap bawah payung sambil bergambar.


Ramai jemaah berpusu-pusu keluar sesudah solat subuh. Ada juga yang sedang bersedia di pintu 1 untuk slot Raudah wanita. Waktu slot Raudah wanita antara selepas subuh sehingga zohor dan selepas isyak hingga tengah malam. Bagi lelaki waktu ziarah Raudah waktu subuh dan zohor hingga Isyak. Sekiranya bernasib baik jemaah lelaki dapat solat berjemaah di kawasan Raudah.

Bila pergi dengan TA, aktiviti akan start selepas breakfast, agak terkejar masa juga waktu pagi. I tak sempat nak basuh baju semasa disana semua hantar dobi. Pekerja hotel offer harga dobi 10sar per kg, terus kami onz. I hantar telekung, seluar, jubah 2 helai dan tshirt. Cukup la kami pun tak lama lagi akan berangkat pulang. Tudung pakai yang sarung seperti khimar senang nak bergerak. Masa ni dah masuk musim sejuk, kulit muka pun dah kering. I sarankan bawa moisturizer, vaseline dan lotion nivea (biru).


Selepas breakfast, kami bersiap dan turun ke lobi untuk aktiviti ziarah. Harini ustaz akan bawa kami untuk masuk ke muzium As-Safiyyah. Kami berjalan dalam 10mins untuk ke gate berdekatan pintu 1. Di sekitar Masjid Nabawi ada banyak muzium untuk jemaah lawati, menurut Ustaz harini group kami dijemput untuk join lawatan percuma.


Museum As -Safiyyah (The Story of Creation). Bangunan muzium berkonsep moden dan interaktif bersebelahan dengan Hotel Pullman. Tiket untuk masuk 20sar/sorg dan boleh beli di kaunter. Muzium dibuka setiap hari kecuali Jumaat dari 7pagi hingga 12mlm.

Kami menunggu ketibaan group jemaah lain sebelum diiringi bersama group tour guide dari Indonesia.

Ada replica Gua Hira, tour guide turut bercerita kisah Rasullulah mendapat wahyu pertama di Gua Hira. Pelbagai artifak dan video yang menceritakan permulaan penciptaan Allah SWT hingga pengakhiraan iaitu Hari Kiamat.

Konsep utama muzium ini adalah kisah penciptaan alam semesta. Untuk lebih mendalami kisah para nabi dan bagaimana bumi terbentuk terdapat pameran visual 3D dalam bahasa English. Tour guide pula akan explain dalam bahasa indonesia. Lawatan kami mengambil masa kurang dari satu jam, ada banyak bilik-bilik yang perlu kami lalui untuk memahami sejarah dan sirah penciptaan.


Seusai habis lawatan, kami pun berjalan masuk ke kedai cenderahati. Souvenirs dekat sini agak pricey tapi quality okay juga. I tak beli apa cuma singgah beli spanish latte di hujung kedai. Ada banyak coffee shop di area Madinah tapi I tak sempat nak mencuba. Sempat la beli satu buat hilang FOMO.HAHA

Setelah itu, I dan adik follow ustaz pergi lawatan kedua di manuscript exhibition dalam kawasan masjid. Showroom tersebut agak tersorok, tiada tiket masuk dikenakan. My parents pula tak join sebab diorang nak sambung shopping jubah. 



Rare Manuscripts Museum berada di 2nd floor basement di area Gate 369. Rasanya tanpa mutawwif kami pun tak tau pintu masuk ke sini. Ada 2 bilik showroom yang mempunyai pameran manuskrip Al Quran dan artifak lama. Surah Al-Quran turut ditulis diatas lembaran kulit haiwan, tulang dan papan kayu dari era sebelumnya.


Antara manuskrip awal Al-Quran yang dibukukan 


Beberapa risalah lama Al-Quran yang ditulis dari pelbagai zaman. Namun tiada satu pun perubahan pada surah yang ditulis, Al-Quran masih kekal dipelihara daripada pengubahsuaian dari zaman Rasulullah hingga masa kini.

Ahli group yang masih bertahan sampai akhir lawatan, yang lain sudah bersurai atas sebab-sebab tertentu.HAHA


I dan Kak Pzah bergerak ke pintu masuk wanita untuk mengambil tempat untuk solat zohor.



Sementara tunggu azan zohor kami mengaji dulu. Ada banyak Al Quran waqaf di tiang marmar dalam masjid boleh je pinjam untuk mengaji. Dekat setiap tiang masjid ada jaring-jaring besi dipasang ruang aircond bagi keselesaan jemaah. Di bumbung masjid terdapat 27 kubah (sliding domes) yang akan terbuka pada waktu pagi dan malam untuk tujuan pengudaraan.


Lepas zohor kami berehat aka short nap untuk recharge energy. Asar dan Magrib kami solat di dataran bawah payung gergasi. Setiap payung ada kipas double yang mempunyai water mist spray sistem bagi menghilangkan bahang udara yang kering. 




250 Payung gergasi automatik tutup selepas solat asar mendekati waktu maghrib (waktu senja).


Malam ni kami bakal memasuki Raudah melalui slot Nusuk. Setelah solat isyak, ustaz meminta group wanita untuk berkumpul di kawasan raudah. Kami skip makan malam sebab tak sempat nak ulang-alik, kami semangat dah nak masuk Raudah


Assalamualaikum, Ya Rasullah. Permudahkanlah urusanku untuk masuk ke Raudhah. Slot waktu group kami 9.30pm tapi 8.50pm dah kena scan QR, semua tengah menahan mengantuk tunggu giliran.


Untuk mendapatkan slot masuk Raudah kena install apps Nusuk. Booking date akan dibuka setiap minggu jadi kena selalu check available slot. Petugas akan scan QR code setiap orang di luar gate, semua kena que dalam beberapa barisan. Akan ada yang berebut nak masuk dan ada juga jemaah dari negara lain yang tiada QR code akan berebut untuk mencuba nasib. 

Setelah scan QR kami dibawa masuk ke dalam masjid di ruangan lelaki. Semua berjalan laju, tapi kami yang dah penat plus mengantuk ni slow je berjalan. Pastu kena rempuh dengan acik-acik turki/uzbek dari belakang sebab jalan lambat. Sabar jela korang, semua kena jaga adab sebab niat kita nak ziarah Rasulullah.


Tiba giliran barisan kami untuk masuk ke kawasan Raudah, I terpegun sangat ketika melangkah masuk. Alhamdulilah rezeki berada disini dan dapat solat 2 rakaat tapi dekat saf belakang belum sampai tiang bunga depan. Askar wanita akan suruh kita solat tak kesah tu saf belakang atau depan. Mungkin untuk mengelakkan kumpulan wanita berebut saf hadapan.


Ada tali hijau dipasang di setiap tiang, agak susah untuk masuk ke saf hadapan. Mata askar-askar wanita macam helang perhati setiap pergerakan jemaah. Mama nak juga solat di saf depan terus dia langkah tali untuk ke depan. I pula follow dari belakang, haaa terus kena sound Malaysiaaaaaaa setepek. HAHA cuak juga tapi I terus masuk saf untuk solat sunat 2 rakaat dan doa dalam sujud terakhir. Kami berada dalam area Raudhah tak sampai 10 minit pun, cuma menunggu masuk tu yang lama. Seusai selesai, kami terus bergerak pulang ke hotel. Lapar pula malam tu tapi malas nak cari makan area hotel so I dan rakan sebilik makan maggie cup kari...berguna juga maggi yang i bawa.



With love.

Yaya doe