Wednesday, October 22, 2025

Japan Travelog - Bye Osaka - KUL Day 6

 



Ohayo people,

Akhirnya kisah last day kami di Osaka, tak sabar nak habiskan siri Osaka sebab nak sambung kisah travel seterusnya. Hehe

Perasaan last day di jepun? Sedih hmmm tak sangka secepat itu masa berlalu. Walaupun semalam stress gila, idk why maybe penat plus I masih tak fully recover.

Today kami bangun 4 pagi, our flight 10 pagi so we need to catch the earliest train to airport. Mama bangun awal masakkan our bekal untuk breakfast di airport. Kami dah kemas luggage semalam dan berat semua beg masih di bawah 23kg.Fuhhh.



Pulangkan kunci airbnb dekat key box waktu check out. Airbnb ni murah pastu area sini tenang je tak bising, kitorang pun slow je bercakap risau kena complain. Tapi rumah agak sempit untuk kami ber tujuh dan ambil masa juga untuk kami faham cara guna alat elektronik dalam rumah.


Matahari pun tak terbit lagi, around 5.00am kami dah keluar heret beg ke JR station. We're gonna miss this neighbourhood, kalau ada rezeki kami bakal kembali. InsyaAllah


Topup card ICOCA untuk naik train ke airport. Kami stay di Imamiya station so kena ambil train Osaka loop line ke Shin-Imamiya dan transfer ke Nankai line (airport express train). So total cost untuk sorang around 1120yen one way to the airport.


Angin pagi ni sejuk yer, last day kami macam berat hati nak tinggalkan bumi sakura. Macam tak percaya berjaya sampai ke sini dan explore places yang kami memang nak pergi. Di shin imamiya kami kena angkat beg berat tu naik tangga sebab tak ada escalator.



Perjalanan mengambil masa 1jam, train Nankai line berhenti dekat banyak stesen juga. Kami masih mengantuk, so sepanjang perjalanan we sadly say goodbye to our last city view & pokok-pokok sakura di tepi railway. Sampai di airport, kami ke kaunter JR office dulu untuk refund baki dalam ICOCA dan singgah ke familymart untuk habiskan duit syiling.


Kami bergegas ke International departure dan cari our counter untuk check in. Urusan check in and drop off luggages dipermudahkan. Alhamdulilah tanpa buang masa terus masuk ke departure hall sebab barisan customs check panjang gila.



Semalam kan kitorang beli banyak air botol pastu masa customs check kena buang. sobs sobs Ingat boleh lepas haa terus beg handcarry yang ada liquid lebih 100ml diasingkan. Officer kaunter I tak banyak bunyi terus buka beg then buang botol tu semua dalam tong sampah. Officer dekat kaunter adik I pula suruh minum air familymart tu depan dia sampai habis kalau tak dia buang, I pun turut sama tolong dia habiskan HAHA. 

Pasni jangan buat perangai bawa air minuman banyak-banyak dalam handcarry. Sebelum sampai ke gate ada banyak free duty shops so ayah I beli lagi jam g-shock, dari situ kami baru tahu yang semua jam g-shock made in China/Thailand tak ada made in japan. 


Flight kami terbang mengikut jadual. Selepas sejam crew ada datang untuk confirmkan our MOML meals. Kami ada request MOML meals untuk both flights so tak ada la kelaparan. Crew distribute our meals first and surprisingly meals Osaka - HCM sedap I makan sampai habis, waktu makan berlaku pula air turbulence yang agak teruk. Serius cuak, gegaran tu sampai air pun tumpah. Tak pernah setakut itu, flight macam tiber jatuh then naik balik, jantung dah kat bawah oii. Cabin crew muka relax je settlekan meals untuk penumpang. I tak dapat recline seat sebab passenger belakang I matsalleh, kaki panjang la pulak.



Alhamdulilah, selamat sampai di Ho chi minh pada pukul 2.37pm. Seat kami di hujung ekor pesawat dan sudah ada 2 bas menanti untuk bawa kami ke main building. Our transit time sekejap je 1 jam, so kami terus ke laluan transit dan cari our boarding gate. Waktu ni peak hours so waiting area full, kami dah barai so tak explore pon airport HCM. 



Around 3.30pm kami dibenarkan untuk boarding flight HCM - KUL. Kami dapat seat area depan pesawat, legroom besar dan selesa tapi tak ada inflight entertaiment. Bye Ho chi minh, semoga tahun hadapan ada rezeki untuk explore Vietnam.


Flight tak ada delay, Alhamdulillah. Setelah sejam, crew bagi MOML meals. I makan sampai licin, beef spagetti tu sedap betul makan waktu tengah lapar. Selamat sampai di KLIA pukul 6.30pm, pastu kami rushing nak collect luggages, nak qadar solat dan nak kejar bas balik Johor/Terengganu. HAHA 

Nasib ada tiket bas pukul 8 malam. Bas I sampai terminal pasir gudang pukul 1.30 pagi dan yang sadisnya tayar kereta sam bocor on the way nak pickup I. Kami yang noobs ni blur nak tukar tayar, nasib ada sorg lelaki sabah tolong kami tukarkan. HUHU tenkiu


Hasil tangkapan sewaktu di japan, masih di bawah bajet. I suka coklat kapal, lepas ni teringin nak makan boleh beli dekat family mart. Semoga ada rezeki untuk repeat japan, sebab dah rindu nak pergi lagi. Tokyo dan Hokkaido masih dalam bucketlist, I nak bawa my parents datang jepun lagi sebab diorang happy sangat dekat sana. Betul la orang cakap jepun ni berhantu, rasa tak puas walaupun kaki penat. 

Totally recommended untuk sesiapa yang masih ragu-ragu untuk DIY jepun, pilih la jepun anda akan balik dengan hati yang gembira. Orang jepun sangat sopan, disiplin dan beradab. My parents cakap rasa selamat jalan-jalan dekat sini sebab tak risau kena scam. InsyaAllah lagi beberapa hari I akan terbang ke tempat baru, negara idaman I dari kecil. Kali ini I cuba untuk cerita semua secara details, walaupun ada juga yang I akan lupa.HAHA

Doa kan travel kali ni dipermudahkan pergi dan pulang dengan selamat.

With love.

Yaya doe


Wednesday, October 15, 2025

Japan Travelog - Osaka Day 5 Part 2

 


Hi people,

Sambungan dari previous post, turun je dari cruise kami terus ke kaunter ferry. I perasan tak ramai yang explain cara naik ferry dari Kaiyukan pier ke USJ port, so I redah je cari jetty. Kaunter ferry ni kecik je dan berada di belakang bangunan Aquarium Kaiyukan, dalam google maps tak ada info. Setiap sejam ada slot ferry so dekat kaunter ada jadual operasi ferry yang bermula pukul 9am hingga 5pm. 


Pondok kecil tu la kiosk untuk beli tiket ferry. Untuk OAP user kena ke kaunter tiket untuk redeem physical ticket. Kami naik ferry dari Kaiyukan west pier ke Universal City port dan perjalanan mengambil masa 10mins.


Haa inilah ferry Captain line, masa ni dah mendung macam nak gerimis. Staff ferry sangatla welcoming dan friendly, we really enjoyed the ride.


Boleh duduk di mana-mana seat kosong. If korang taknak naik train boleh consider ferry to USJ but the ferry schedule tak on time it depends on the weather condition. Dah sampai USJ port kami pun berjalan ke arah Universal Studio Japan.


Kena jalan kaki 10mins je, kami tak beli pun USJ pass sebab tak cukup waktu. Target nak ambil gambar depan globe USJ je.HAHA Lagipon kitorang seram tengok roller coaster berselirat atas kepala, terus anxiety.


Yeayy, dah sampai. Waktu petang tak ramai orang dekat USJ Globe, if nak bergambar dekat sini jangan datang pagi sebab sesak dengan pengunjung.



Universal Studio Japan sama macam USS theme park tapi USJ ada exclusive rides seperti Super Nintendo World, Jurassic Park river ride, Hogwarts Castle & Space Fantasy. Ticket masuk dan express pass boleh beli di Klook, boleh jimat banyak.



Manhole di USJ menghala ke jetty.


Kami ambil return ferry pukul 3.30pm. Waktu ni kami naik tingkat atas ferry nak layan view pesisiran Osaka bay yang pesat. Lepas sampai Kaiyukan pier kami pun berjalan kaki ke mini market dekat Osakako station, nak tapau grocery sikit dengan buah. Kami sempat beli jajan dan air minuman untuk bekal esok. Harga air minuman botol murah di mini market berbanding beli di konbini@mesin air. 


Disebabkan belum makan, kami decide untuk dinner di Naniwaya Halal ramen area Dotonburi. Dari Osakako station ambil chuo line dan turun di Homachi station sebab kena transfer ke Yotsubashi line dan turun di Namba station. Kami kena jalan kaki 7mins, dan nasib baik kedai tak penuh so tak perlu tunggu lama. Naniwaya halal ramen ni salah satu kedai fav orang malaysia.



The staff can speak bahasa, and the price range 1000yen-2000yen untuk satu mangkuk ramen. Ada banyak pilihan ramen seperti shoyu, miso soup, spicy miso soup dan wagyu special ramen.


I masih lagi batuk, so I order shoyu chicken ramen dan surprisingly sedap kena dengan selera orang malaysia. Rasa lega tekak dapat hirup kuah shoyu dan ayam dia juicy. 


Mama order special naniwaya ramen dan adik bongsu order spicy miso ramen.


My dad dan 2 orang adik dah craving nasi, so diorang order chicken rice set. Menu dekat sini banyak pilihan, boleh juga try wagyu halal ramen harga 2200yen-3500yen per bowl. Overall puashati makan dekat sini sebab portion besar so kenyang tersandar nak habiskan. I heard their chicken karage also sedap tapi lupa nak order.HUHU


Selepas itu kami pun habiskan waktu dengan shopping di donki dan free duty shops. Last shopping sebab esok awal pagi dah nak balik, we spent more than 10,000yen juga untuk coklat.



Coklat kapal versi ni sedap, I beli banyak untuk bagi-bagi dekat office. Lepas je settle bayar coklat, I perasan adik 3 orang dan ayah hilang entah kemana. Masa tu phone I tiber internet no connection, hmmm dah la penat pastu dah nak malam. I dengan mama pun cari free wifi dekat mana-mana kedai. So adik I datang pickup kami, pastu sambung lagi jalan 2km nak pergi kedai anime dia dekat Denden town. Serius I barai, nape la jauh sangat kena menapak ni. I dah marah-marah, kalau tak beli memang I pukul diorang.HAHA Guess what, diorang cuci mata je tak beli pon.Hmmmm. *laser pakai mata batin* Diorang nak sambung window shopping tapi I dengan my parents dah gerak balik ke airbnb untuk rehatkan kaki. 

With love.

Yaya doe


Wednesday, October 8, 2025

Japan Travelog - Osaka Day 5 Part 1

 


Hi guys,

Hari kelima kami di Osaka, sekejap pula rasa sebab esok dah flight balik KL. Harini semua bangun awal sebab nak terjah semua tempat yang tak sempat semalam. Pukul 7.30am lepas breakfast kami pun berjalan santai untuk naik train subway midosuji line dan transfer ke sakaisuji line.

First destination kami Osaka Municipal Housing Museum di Osaka city dan perjalanan mengambil masa 30mins. Rupanya museum buka 10 pagi dan kami sampai awal. So kitorang lepak dulu di taman area situ dan sempat beli onigiri/snacks untuk lunch.



Banyak sangat mesin gedegang, harga air pun murah je 150yen-250yen. Tapi kena check halal dulu sebelum beli. Pagi-pagi sejuk sangat, tiber pikir 5x nak datang balik Jepun bila musim salji. Dah nak pukul 10pagi cepat-cepat kami berjalan ke bangunan museum. Kena naik lift ke tingkat 8 dan staff akan sambut, kita cuma perlu scan QR code OAP di kaunter tiket. Museum housing ada dalam bangunan di tingkat 8, staff akan bawa kita ke laluan set perkampungan historical era Edo. 



Kami terus sewa kimono dan yukata dekat sini, kimono rental murah je 1000yen per person for 30mins. Boleh pilih nak baju color apa, dan service layanan dari staff sangat la bagus. 


My first time wearing a traditional kimono, I pilih color dark orange sebab nak match dengan shawl. It is an indoor exhibition space, ada banyak cute houses yang kita boleh masuk untuk bergambar. Oh and simulation lighting pun akan berubah ikut waktu malam dan siang. Dapat la bergambar dalam gelap dan cerah.lol


The staff helped us take some family photos. Semua staff museum ni baik sangat nak tolong tangkap gambar kita, as a tourist I felt super happy.



Our one and only family photo. Kami disapa oleh sorg aunty dan dia tanya boleh tak nak ambil gambar kami sebab kami nampak manis gitu.




Selesai pulangkan kimono, kami ke another exhibition space that filled with miniatures and technology items from Edo period until modern era. Banyak sangat history information, macam lawatan sambil belajar. We spent almost 1 hour dekat sini then gerak ke next place.



Kami terus berjalan kaki ke station subway berdekatan untuk ke Tempozan village. Perjalanan mengambil masa 40mins menggunakan subway Sakaisuji line dan transfer ke chuo line. Best naik subway sebab tak perlu tunggu lama dan tak sesak. Sempat stamp hunting untuk kali terakhir di semua station, mata I melilau cari cop stamp.


Dari Osakako station kami berjalan kaki ke Aquarium Kaiyukan, target nak naik Santa Maria cruise before 1pm. Kaunter tiket berada di bangunan sebelah Kaiyukan. Kami sampai je kapal slot 12.30pm baru berlayar, next slot 1.30pm.Adehh So we decide untuk solat jamak dulu dekat surau Tempozan mall dan alas perut dengan onigiri. 


Lepas solat terus bergegas ke kaunter lagi sekali dan dia suruh turun ke tangga bawah dan nanti ada staff dekat entrance kapal akan scan our OAP code. Masing-masing dah excited nak naik pirate ship, ramai tourist naik ke tingkat atas kapal tapi kami stay di deck depan. Malas nak serabut ramai-ramai dekat deck belakang.



Feeling-feeling naik kapal pirate of caribbean, angin teluk Osaka ni sejuk sampai ke tulang. Cruise ni ada 4 tingkat, dan boleh je duduk dekat mana-mana tempat kosong. Perlayaran Santa Maria cruise mengambil masa 45 mins, kapal akan berpusing di area USJ port hingga ke Osaka port.



Alhamdulilah cuaca harini cantik, I posing banyak gila gambar dalam cruise tapi segan nak letak semua.HAHA Tak menyesal purchase OAP 2 days, kalau beli yang 1 day mesti tak sempat nak explore. My family paling happy dapat naik cruise ni, best betol layan view Osaka bay setelah penat berjalan kaki.



Angin Osaka bay waktu ni kemain kuat, darah melayu I memang idok ler tahan. Osaka bay merupakan teluk yang strategik untuk kapal-kapal maritim berlabuh bagi tujuan perikanan. Ia juga menjadi pusat utama import-export di Osaka port dan pusat pelancongan untuk ke USJ port.

With love.

Yaya doe