Wednesday, May 21, 2025

Japan Travelog - Osaka Part 2



Hi people,

Setelah 6 jam berada didalam pesawat airbus A321, kami pun selamat mendarat di Kansai Airport Osaka pada pukul 7am. Masing-masing dah senyum sengih tak sabar nak explore Japan. Kami berjalan santai melalui aerobridge ke terminal 1 aiport, sejuk duhh. 


Dari Terminal 1 kena naik aerotrain ke Terminal 2, urusan immigration adalah di Terminal 2. Make sure dah isi awal arrival form di website visitJapanweb dan dapatkan QR code. Kami semua isi 3 hari sebelum penerbangan. Setiap sorang yang berumur 13 tahun keatas wajib ada QR code. Stress juga la mama nak kena isi untuk adik-adik yang lain. Nama pun diy trip so semua settle sendiri. So far okay je, boleh refer cara-cara isi form di tiktok/fb/youtube. 

Urusan immigration sangat smooth, officer baik tak ada tanya soalan pun dan ada banyak crew yang sedia membantu tourists. Kami pun bergerak ke baggage claim untuk mengambil baggage di conveyor belts - beg sudah bersusun cantik. Baru sampai dah kagum dengan cara orang jepun bekerja, tertib dan sopan je. 

Apabila kami susun luggage atas troli terus officer bersama anjing K9 yang comel datang spotcheck. Sebelum landing I sudah remind semua untuk tidak bawa turun makanan yang berbau, tak dapat la adik I tapau meals dalam flight tadi. Selepas itu kami terus ke self counter customs untuk scan QR code dan passport. Disebabkan kami tak ada bawa makanan terlarang jadi urusan semua smooth. Sekiranya korang ada bawa beras, daging/ayam yang ready to eat memang perlu ke counter customs declaration.

Kami bergerak ke prayer room di level 3 untuk qadr solat subuh. Ruang untuk solat agak besar dan bersih boleh muat 7-8 orang tapi air dia sejuk sangat. Mengigil nak ambil wuduk. Setelah itu kami pun ke foodcourt airport sebab lapar teruk.




Our first meal, halal sukiyaki udon dan tempura di Kineya Mugimaru. The price was affordable compared to other halal places. Di airport KIX hanya kedai ni yang halal dan menjadi pilihan orang malaysia. The cashier informed us that only the breakfast set was available, so I ordered six sets. 


Udon ni rasa sedap je kalau tambah sambal kicap.lol tekak melayu detected. Tempura tu sedap sangat tak cukup dua. Ruginya tak dapat try menu lain sebab flight kami sampai awal pagi. Pukul 10am keatas baru menu dekat board tu available.

Mama excited nak habiskan makanan jepun. Bak dah risau kena makan benda sama je dekat sini, serba tak kena rasanya.HAHA Masa ni baru nak active kan simcard (hello1010) japan ke phone masing-masing.

Selesai makan kami pun bergerak keluar dari airport menuju ke JR office. Angin spring menerpa muka, terus laju sarung jacket sebab sejuk sampai ke tulang. I dah booked awal JR kansai pass untuk 3 hari di Klook app, so terus ke kaunter JR office untuk redeem physical tix. Ada banyak self-counter tapi passport malaysia tak dapat scan pula.

Setelah itu I dan mama pergi beli ICOCA card di machine untuk 7 orang. Kitorg topup 3000 yen for each card sebab ada certain places yang jauh dari JR line, so terpaksa pakai ICOCA. ICOCA ni sama macam touchngo card dan boleh tap di semua train station & konbini. If korang nak beli any pass make sure study dulu tau jangan main beli je nanti rugi. 


Kami naik JR kansaikuko line train sebab dah include dalam pass. Perjalanan mengambil masa 1jam dari airport ke station shin-imamiya. Adik sorang tu tengah tekun jawab exam online kemasukan IPG via VPN.

Masih teruja dan kagum dengan environment sini. Tenang je suasana dan semua penumpang senyap buat hal sendiri dalam train. Train berhenti setiap station so lama la juga nak sampai. Adik-adik I sampai terlelap sebab penat. Kami turun di station shin-imamiya dan bertukar ke osaka loop line untuk ke station Imamiya.


Our accommodation dekat sangat dengan station JR Imamiya. Less than 2mins dari station dah sampai our airbnb. I booked apartment via Agoda di Imamiya. Host dah inform pukul 4pm baru boleh chcek in. Adehh tapi dia bagi simpan luggage seawal 11 pagi. Harga airbnb untuk 6days 5nights adalah rm1.8k untuk 7 orang. I rasa dah murah sangat sebab 2mins je dari station. Lagipun I booked 6 months before our trip so harga masih murmur.



Dan yang penting ada Lawson.


Bangunan luar airbnb kami.Urusan semua melalui agoda, host dah email step by step cara untuk self check in. Airbnb kami tingkat 4 dan ada lift. I tak ada ambil gambar tak tau kenapa, so layan jela gambar ihsan dari agoda.



View dari arah pintu masuk. Cute je kan, rindu pula. Sebelah kanan ada bathroom with tub dan toilet bidet yang canggih siap ada seat heater.



Ada 2 bilik dan setiap bilik ada 2 queen size bed. Tilam empuk lena tidur tak sedar apa.




Ini la ruang kami untuk makan, masak, solat dan buka luggage.HAHA 7 orang ni pula tinggi besar memang rasa sempit la berlaga bahu, tapi redha jela anggap family bonding time. Kelengkapan dapur pun tersangat basic, nak masak untuk kuantiti banyak tu agak susah juga la. Ada banyak pros and cons so nanti diakhir cerita i akan ulas lagi details.


With love.

Yaya doe


Wednesday, May 7, 2025

Japan Travelog - KUL - Osaka Part 1



Hi people,

Semua sihat ke? 

Tak sabar sebenarnya nak taip kisah travel kali ni, sebelum ni perit nak habiskan setiap cerita travel. Ini merupakan pengembaraan pertama yayadoe pada tahun 2025 ke Japan. Wuhuuu kaki semakin jauh melangkah.

This trip was planned during the spring season in April, my family members semua nak ikut. Sebagai kakak yang baik I terus planning diy trip from A-Z. I bought the flight tickets Vietnam Airlines via website waktu sales bulan Sept tahun lepas. Alhamdulillah dapat grab rm1.4k return/pax to Osaka that include 23kg baggage & meals. Tapi kena transit Ho chi minh for both flights. Transit pun tak lama 2-3 jam sahaja.

Kami bergerak naik bas ke KLIA1 sabtu malam, our flight hari ahad 7.30pm. Disebabkan minggu raya so bas I yang dari Pasir Gudang delay sangkut jammed. Sepatutnya bas sampai terminal pukul 11.30pm dah jadi 2am. Barai. Seram gak la kena tunggu sampai 2pagi dekat terminal yang sunyi. My fam yang dari ganu pun jammed area highway Karak. Lepas ni I akan cuba elak festive season. 



Sementara tunggu my fam sampai, I lepak surau KLIA1 dulu. Boleh la rehatkan badan. Around 9.30am baru diorang sampai, terus kami breakfast dulu di food garden KLIA. I pula mengada nak makan taco bell, sempat la takeaway. Yang lain ada makan burgers, nasi goreng & mee sizzling. Kami lepak di food garden sampai 12pm, tu pun orang dah makin ramai so meja tak cukup.


Nak solat zohor belum masuk waktu, so I suggest untuk lepak di Anjung Tinjau di area departure. Dekat sana pun ada surau besar yang selesa. Our boarding time pun lama lagi, 7.00pm. Masing-masing dah tak sabar nak fly, selesai solat kami lunch di KFC. Teringin nak makan ayam goreng, kut dekat sana susah dapat ayam goreng halal.

Counter check-in opens 3 hours before boarding, so kami antara orang terawal yang beratur untuk drop luggage. I dah check in awal dalam apps, risau tak dapat seat sama-sama. Waktu dekat counter, staff akan minta passport dan timbang luggage. Disebabkan our flight KUL to KIX ni transit Ho chi minh so dia print 2 boarding pass. Make sure dapat 2 boarding pass baru gerak ke International departure gate. Staff informed us that meals in flight Vietnam Airlines from KUL-HCM  semua halal.

Selesai drop luggage kami terus ke gate international departure. Urusan di immigration autogate smooth dan kami terus mencari laluan untuk naik bas ke bangunan satelite. I tersangat confuse with the direction information sebab first time kan.HAHA Too much information, but I just follow the crowd, mesti semua nak naik bas kan. I also double-checked my boarding gate with the crew yang jaga pintu dekat bas.  I taknak my parents jalan jauh cari gate nanti. Our flight delay 30mins so 7.30pm  baru dapat masuk. Our flight boeing 787, so no entertaiment and only 3-3 seater with wide legroom. Masa ni I dah terbatuk-batuk tau rasa nak demam selsema. Entah berapa banyak lozengs I telan, risau kena denied boarding.HAHA kesian girl sebelah I tak selesa.



After 1 hour, the stewardess pun tolak troli dan bertanya - Would you like chicken or beef, miss? My mama awal-awal dah cakap dia nak beef, so I ambil chicken. Boleh rasa dedua kan.Fuhh rupanya beef dia westen matt. I ingat kan nasi kari daging. Menyesal tak amik beef sebab mama cakap sedap sangat.



I pilih chicken with rice, sedap jugak rupanya. Dah guna katering malaysia memang superb. Licin okey I makan, lapar sangat masa ni sebab last makan pukul 3pm tadi. For drinks selection ada coffee, tea, juices & carbonated soda. Sempat la rasa fresh oren & peach juice.Nyum Adik-adik dan ayah I semua pilih chicken sebab nak nasi. Penerbangan dari KUL ke Ho Chi Minh mengambil masa 2 jam dan HCM lewat 1 jam dari Malaysia.



Landing di Ho chi Minh airport, transit 3 hours je dekat sini. Bas dah menunggu untuk bawa kami ke bangunan airport. Naik bas dan terus turun ikut laluan yang disediakan, untuk yang transit boleh beratur di laluan transfer.


Panjang betul barisan nak masuk ke pintu transfer sebab akan ada crew yang check boarding pass HCM - KIX dan ada body scan. Kalau tak ada printed boarding pass tak boleh masuk. Selepas itu kami mencari our boading gate yang baru di screen sebab gate boleh berubah-ubah. Please alert ya. Sempat la beli vietnam iced coffee di kiosk untuk hilang mengantuk. I bayar pakai bigpay je sebab sini pakai USD. Disebabkan kami belum solat maghrib dan isyak, so kami mencari tempat kosong untuk solat. Agak kekok jugak masing-masing nak kena solat dikhalayak ramai.Huhu. Begitulah apabila bermusafir di negara minoriti muslim. Our next flight pun delay 1 hour, 12.30am baru dapat boarding. Semua dah barai tahan mata, mama dengan adik I no 3 je yang nyenyak tidur dibangku.



Yeayy akhirnya dapat boarding. Flight HCM-KIX was an airbus A321, so ada flight entertaiment with 3-3-3 seater. I duduk tengah dan mama window seat, nasib belah aisle kosong so tak ada la rasa serba salah lagi dengan stranger. Movies pun banyak choice, I semangat nak pulun movies tapi mengantuk sangat, so tidur la sekejap. Best tau flight 6 jam sebab dapat blanket & pillow, pastu unlimited drinks & snacks. Flight attendance pun lemah gemalai suara pun halus je. Orang vietnam memang bercakap macam berbisik ke?


Around 4am I dikejutkan oleh stewardess, dia akan serve makanan I dulu sebab I ada order muslim meal (MOML). I yang masih mamai, termenung tengok makanan. Maybe I yang tak sihat atau makanan tu tak kena dengan tekak. I makin teruk batuk.HAHA But I don't expect much bcos dah baca review. Mama je makan licin, siap cakap sedap dooh. Adehh maybe kami yang lain picky eaters.


Fajar sudah menyingsing. Tak lama lagi kami bakal mendarat di negara matahari terbit. Tak sangka ada rezeki untuk kami family trip ke sini. Alhamdulillah



With love.

Yaya doe