Friday, December 31, 2021
The End of 2022 - Achievement Unlocked - End Year Reflection
Friday, December 10, 2021
CHAPTER 1: ALTER
Bab 1 : Sumpahan si Puteri
Adam Zuhair.
“Lepas ni kau nak buat ape?” Soal Paih.
Matanya tak lepas memandang sepinggan goreng ubi dihadapannya.
Ni entah kali ke berapa aku kena jawab
soalan sama dari org berbeza. Kadang malas aku nak jawab.
“Cari kerja la hoi, sampai bila nak
mengganggur makan duit mak bapak” balas Adam yang separuh tergelak mendengar
soalan Paih.
Paih tersengih.
“Sekarang nak dapat kerja yang betul-betul
kena dengan kelayakan ijazah yang kau belajar bukan senang bai. Jangan memilih
sangat.”
Adam mengangguk mengiyakan realiti yang
sering menghantui mahasiswa lepasan universiti. Masa belajar memanglah tak
terasa sangat beban yang kena pikul, tapi lepas 2 minggu Majlis Konvo terus mak
kat rumah membebel suruh mula cari kerja.
Yelah sampai bila nak mengharap duit mak
ayah. Tu belum kira hal adik-adik. Muaz
yang sekarang tengah sambung belajar di tahun kedua jurusan Satistik, Helyana
kat nun matrik Kedah yang hari-hari merengek telefon cakap environment kat sana
tak best. Amboi banyak cantik. Aisar yang
tengah nak SPM.
“Kawan aku ada offer jawatan kosong kat
tempat dia kerja. Tapi part time aa kat KL nun. Aku ingat nak cari kerja
dekat-dekat sini je.”
“Haa okey la tu, dari kau melangguk basuh
pinggan kat warung mak aku ni baik
terima offer tu. Eh perempuan sekarang ni memilih tau, nak pandang lelaki yang
kerja dekat bandar-bandar besar je. Hampeh” Paih tarik muka masam.
Kecewa agaknya, pinangannya ditolak oleh
anak dara Makcik Renah anak JKK kampung minggu lepas. Tapi betul jugak. Mak kat rumah tak habis-habis
puji cikgu Maisarah yang mengajar Aisar depan aku.
Cikgu tu tinggal selang 3 rumah je selalu
hantar kuih lompat tikam petang-petang. Sedap jugak. Eh banyak pulak aku
merepek pasal cikgu manis tu.
Tapi mak, sorrylah bukan taste orang.
“Eh dah nk maghrib aku chow dulu, kang
lewat pulak pi surau. Malam ni turn aku mengajar budak-budak tu mengaji.”
“Hah, jangan lupa bawak rotan lejen Haji
Ismail sekali ye pak ustaz” Paih gelak.
“Along!! Handphone along dari tadi bunyi
nih. Angkat lah cepat. Kang mengamuk awek tu haa”
Mulut Aisar memang tak boleh senyap, ikut
perangai mak la tu. Nyaris terlatah Pakcik Lan tok siak surau mendengar jeritan Aisar, yang masa tu
tengah lalu depan rumah.
Mak yang tengah lipat baju sambil mengadap
drama pun boleh lagi balas jeling dengan aku.
“Kawan laki la mak, Aisar tu mulut kepoh”
Aku menyambut smartphone ditangan Aisar yang tersengih.
“Tak tanya pun.” Balas Puan Zailan.
Muncung. Mak memang tak berkenan sangat
perempuan bandar. Macam-macam lah
alasan, nanti queen control tak bagi balik raya kat kampung, makan memilih, tak
reti masak.
“Assalamualaikum?”
“Adam Zuhair ke ni?” Suara dicorong sana
kedengaran mendatar.
“Ye saya siapa ni?”
“Ni saya, Prof Nizam. Takkan dh tak kenal
suara saya kot”
Secara automatik tangan kanan menepuk dahi.
“Ya Allah, ye Prof ada apa Prof telefon
malam-malam ni?” Tak pernah-pernah pun call aku. Dulu masa last semester bukan
main aku call dia sebab Prof Nizam tersalah key in carrymarks aku. Tak pernah
berjawab. Hangin pulak kalau ingat balik.
“Er…saya ada hal nak bincang dengan awak.
Awak boleh datang fakulti tak petang Isnin?” Ya Allah Professor ni ingat
Batu Pahat dengan fakulti dia kat KL tu sejengkal.
“Hal penting ke prof? Sebab saya sekarang ada dekat
kampung. Kalau Prof nak jumpa jugak saya boleh ambil bas pagi Ahad esok.”
“Er okey boleh, saya jumpa awak kat bilik saya
petang Isnin esok.” Terus talian terputus. Cuak pulak aku. Ke dia nak tarik
balik ijazah aku sebab 2 assignment dia aku suruh budak junior buat.
Profesor Nizam tu pensyarah psikologi aku.
Sebab dia terlampau best lah aku berjaya tamatkan ijazah sarjana muda
psikologi. Aku tergolong dalam top student dia, tapi at the end aku masih
merempat kat kampung walau pointer aku tiap kali exam 3.5 above. Orang lain
dengar citer dah mula kerja.
Tu orang cakap rezeki ditangan Tuhan. Aku
tak kesah bila orang kampung persoalkan kenapa aku pilih kos psikologi. Nak
rawat orang gila ke? Atau bercita-cita nak jadi cikgu kauseling sekolah rendah?.
Hahaha. Aku gelak je. Biar orang nak kata apa pun.
Tapi bila dah grad, mula terasa terbeban
bila surat ptptn sampai petang semalam. Tawaran kerja dari Joe bermain di
setiap sel saraf.
Tiba-tiba pesanan ringkas naik di
notification.
‘Beb apa citer? Takkan lama sangat fikir’-
Joe
‘Okay jadi. Malam esok aku jumpa kau.’
Alang-alang dah jumpa Prof Nizam esok.
Hakuna Matata,
Yaya Doe :)
Thursday, December 2, 2021
CHAPTER 2: ALTER
Bab 2: Puteri Diana
Bab 2
“Cari budak tak guna tu sampai dapat! Macam
mana dia boleh terlepas hah?” Jerkah Tuan Fahmi. Kayu besbol ditangan salah
seorang pengawal peribadinya dirampas. Sekali hayun berkecai pintu kaca cabinet
bukunya.
“Kalau tak jumpa budak tu sebelum esok,
macam tu la nasib korang semua.” Ditunding hujung kayu besbol kearah kaca yang
berderai.
“Er..er baik Tuan.” Lintang-pukang
kelima-lima orang pengawal peribadinya keluar meloloskan diri.
Tuan Fahmi mengurut kepala yang migrain.
“Air yang Tuan mintak tadi” Segelas air
kosong dihulur. Tiada sebarang ekspreasi yang terpamer di wajah Qais pembantu
peribadi Tuan Fahmi.
“Terima kasih Qais”
“Tuan jangan risau saya rasa kali ni dia
tak pergi jauh. Mungkin dia masih berkeliaran di mana-mana kelab malam.”
Dia cuba untuk menenangkan perasaan Tuan
Fahmi yang berkecamuk. Hampir 15 tahun
dia berkerja dengan Tuan Fahmi. Segala rahsia dan masalah Tuan Fahmi memang
dalam genggamannya.
Para pekerja di villa Tuan Fahmi dipaksa
kunci mulut tentang apa yang mereka nampak dan dengar di dalam villa. Sekiranya
sebarang khabar angin cuba keluar dari villa tersebut, memang nyawa para
pekerja dihujung gaung.
Ada cerita yang mengatakan Tuan Fahmi
pernah membelasah salah seorang pekerjanya yang telah membocorkan rahsia yang
ada didalam villanya sampai nyawa-nyawa ikan. Pekerja tersebut ditahan di wad
ICU selama 3 bulan dan mengalami lumpuh seluruh badan.
Tapi disebabkan tawaran gaji yang tinggi,
memang ada antara mereka semua yang sanggup tanggung risiko.
Villa yang terasing daripada villa-villa
yang lain nampak suram dari jauh. Seolah-olah ia cuba menegah orang luar untuk
mendekatinya.
Mak nampak happy betul bila aku cakap yang
aku dapat offer kerja kat Kuala Lumpur. Apa yang nak dibangga entah dengan
bandar yang tak pernah tidur tu. Mungkin mak dah naik bosan dengar bebelan
orang kampung yang asyik cakap aku ambil kos yang mengarut di universiti lepas
tu kerja di warung kopi.
“Mak orang pergi dulu eh”
“Haa duduk jauh tu nanti jangan nak buat
balik perempuan bandar rambut karat. Memang mak tak restu okey” Puan Zailan
menyambut tangan anak lelaki sulungnya.
Aisar kat sebelah tersengih. Kaki report
mak ni memang aku kena block dia awal-awal dari Facebook, Wechat,Instagram dan
Telegram desis Adam.
“Iyer mak, Along tau sangat taste mak tu.
Solehah, tudung labuh, sopan-santun dan pandai masak kan?”
“Bagus la kalau dah tau sebab mak dah letih
nak ulang” Lagi bagus kalau mak tak ingat terus.
Panggilan telefon daripada Professor Nizam
macam ada sesuatu yang tak kena. Namun aku cuba fikir positif mungkin dia nak
mintak pendapat aku yang bernas ni kot berkaitan reserach paper atau nak minta aku bagi talk kat
juniors sem 1.
Aku sampai di stesen bas BTS tepat pukul
3.30 petang.
“Joe kau ada kat mana? Aku dah sampai.”
“Iye aku dah nak sampai ni kau tunggu kat
luar”.
BMW 5 series m sport betul-betul berhenti
depan aku. Siap hon hon lagi. Anak orang kaya mana yang nak berlagak depan aku
ni. Cermin tingkap di sebelah pemandu diturunkan.
“Hoi, taknak naik ke abang hensem”
Terbeliak mata aku tengok Joe yang dulu bukanlah yang sekarang.
Joe ni dulu housemate aku. Dia amik kos apa
tah, aku lupa. Selalu menghilang bila weekend sebab dia banyak buat kerja part
time.
“Mana kau dapat duit beli menatang ni?”
mata Adam melilau kearah kerusi belakang. Dijeling kearah kemeja Joe yang
langsung takde kedut. Tengok pun dah tahu kemeja Van Heusan.
“Ni bukan aku punya, aku pinjam kejap datang nak ambil kau" Adam hanya mengangguk. Beg baju dipeluk, segan pulak nak campak dekat seat belakang BMW
"Nanti jap, kau nak pakai baju ni ke malam ni?” Joe angkat kening.
Adam angkat bahu.
Terus dipusing stereng kearah One Utama
Mall.