Friday, December 31, 2021
The End of 2022 - Achievement Unlocked - End Year Reflection
Friday, December 10, 2021
CHAPTER 1: ALTER
Bab 1 : Sumpahan si Puteri
Adam Zuhair.
“Lepas ni kau nak buat ape?” Soal Paih.
Matanya tak lepas memandang sepinggan goreng ubi dihadapannya.
Ni entah kali ke berapa aku kena jawab
soalan sama dari org berbeza. Kadang malas aku nak jawab.
“Cari kerja la hoi, sampai bila nak
mengganggur makan duit mak bapak” balas Adam yang separuh tergelak mendengar
soalan Paih.
Paih tersengih.
“Sekarang nak dapat kerja yang betul-betul
kena dengan kelayakan ijazah yang kau belajar bukan senang bai. Jangan memilih
sangat.”
Adam mengangguk mengiyakan realiti yang
sering menghantui mahasiswa lepasan universiti. Masa belajar memanglah tak
terasa sangat beban yang kena pikul, tapi lepas 2 minggu Majlis Konvo terus mak
kat rumah membebel suruh mula cari kerja.
Yelah sampai bila nak mengharap duit mak
ayah. Tu belum kira hal adik-adik. Muaz
yang sekarang tengah sambung belajar di tahun kedua jurusan Satistik, Helyana
kat nun matrik Kedah yang hari-hari merengek telefon cakap environment kat sana
tak best. Amboi banyak cantik. Aisar yang
tengah nak SPM.
“Kawan aku ada offer jawatan kosong kat
tempat dia kerja. Tapi part time aa kat KL nun. Aku ingat nak cari kerja
dekat-dekat sini je.”
“Haa okey la tu, dari kau melangguk basuh
pinggan kat warung mak aku ni baik
terima offer tu. Eh perempuan sekarang ni memilih tau, nak pandang lelaki yang
kerja dekat bandar-bandar besar je. Hampeh” Paih tarik muka masam.
Kecewa agaknya, pinangannya ditolak oleh
anak dara Makcik Renah anak JKK kampung minggu lepas. Tapi betul jugak. Mak kat rumah tak habis-habis
puji cikgu Maisarah yang mengajar Aisar depan aku.
Cikgu tu tinggal selang 3 rumah je selalu
hantar kuih lompat tikam petang-petang. Sedap jugak. Eh banyak pulak aku
merepek pasal cikgu manis tu.
Tapi mak, sorrylah bukan taste orang.
“Eh dah nk maghrib aku chow dulu, kang
lewat pulak pi surau. Malam ni turn aku mengajar budak-budak tu mengaji.”
“Hah, jangan lupa bawak rotan lejen Haji
Ismail sekali ye pak ustaz” Paih gelak.
“Along!! Handphone along dari tadi bunyi
nih. Angkat lah cepat. Kang mengamuk awek tu haa”
Mulut Aisar memang tak boleh senyap, ikut
perangai mak la tu. Nyaris terlatah Pakcik Lan tok siak surau mendengar jeritan Aisar, yang masa tu
tengah lalu depan rumah.
Mak yang tengah lipat baju sambil mengadap
drama pun boleh lagi balas jeling dengan aku.
“Kawan laki la mak, Aisar tu mulut kepoh”
Aku menyambut smartphone ditangan Aisar yang tersengih.
“Tak tanya pun.” Balas Puan Zailan.
Muncung. Mak memang tak berkenan sangat
perempuan bandar. Macam-macam lah
alasan, nanti queen control tak bagi balik raya kat kampung, makan memilih, tak
reti masak.
“Assalamualaikum?”
“Adam Zuhair ke ni?” Suara dicorong sana
kedengaran mendatar.
“Ye saya siapa ni?”
“Ni saya, Prof Nizam. Takkan dh tak kenal
suara saya kot”
Secara automatik tangan kanan menepuk dahi.
“Ya Allah, ye Prof ada apa Prof telefon
malam-malam ni?” Tak pernah-pernah pun call aku. Dulu masa last semester bukan
main aku call dia sebab Prof Nizam tersalah key in carrymarks aku. Tak pernah
berjawab. Hangin pulak kalau ingat balik.
“Er…saya ada hal nak bincang dengan awak.
Awak boleh datang fakulti tak petang Isnin?” Ya Allah Professor ni ingat
Batu Pahat dengan fakulti dia kat KL tu sejengkal.
“Hal penting ke prof? Sebab saya sekarang ada dekat
kampung. Kalau Prof nak jumpa jugak saya boleh ambil bas pagi Ahad esok.”
“Er okey boleh, saya jumpa awak kat bilik saya
petang Isnin esok.” Terus talian terputus. Cuak pulak aku. Ke dia nak tarik
balik ijazah aku sebab 2 assignment dia aku suruh budak junior buat.
Profesor Nizam tu pensyarah psikologi aku.
Sebab dia terlampau best lah aku berjaya tamatkan ijazah sarjana muda
psikologi. Aku tergolong dalam top student dia, tapi at the end aku masih
merempat kat kampung walau pointer aku tiap kali exam 3.5 above. Orang lain
dengar citer dah mula kerja.
Tu orang cakap rezeki ditangan Tuhan. Aku
tak kesah bila orang kampung persoalkan kenapa aku pilih kos psikologi. Nak
rawat orang gila ke? Atau bercita-cita nak jadi cikgu kauseling sekolah rendah?.
Hahaha. Aku gelak je. Biar orang nak kata apa pun.
Tapi bila dah grad, mula terasa terbeban
bila surat ptptn sampai petang semalam. Tawaran kerja dari Joe bermain di
setiap sel saraf.
Tiba-tiba pesanan ringkas naik di
notification.
‘Beb apa citer? Takkan lama sangat fikir’-
Joe
‘Okay jadi. Malam esok aku jumpa kau.’
Alang-alang dah jumpa Prof Nizam esok.
Hakuna Matata,
Yaya Doe :)
Thursday, December 2, 2021
CHAPTER 2: ALTER
Bab 2: Puteri Diana
Bab 2
“Cari budak tak guna tu sampai dapat! Macam
mana dia boleh terlepas hah?” Jerkah Tuan Fahmi. Kayu besbol ditangan salah
seorang pengawal peribadinya dirampas. Sekali hayun berkecai pintu kaca cabinet
bukunya.
“Kalau tak jumpa budak tu sebelum esok,
macam tu la nasib korang semua.” Ditunding hujung kayu besbol kearah kaca yang
berderai.
“Er..er baik Tuan.” Lintang-pukang
kelima-lima orang pengawal peribadinya keluar meloloskan diri.
Tuan Fahmi mengurut kepala yang migrain.
“Air yang Tuan mintak tadi” Segelas air
kosong dihulur. Tiada sebarang ekspreasi yang terpamer di wajah Qais pembantu
peribadi Tuan Fahmi.
“Terima kasih Qais”
“Tuan jangan risau saya rasa kali ni dia
tak pergi jauh. Mungkin dia masih berkeliaran di mana-mana kelab malam.”
Dia cuba untuk menenangkan perasaan Tuan
Fahmi yang berkecamuk. Hampir 15 tahun
dia berkerja dengan Tuan Fahmi. Segala rahsia dan masalah Tuan Fahmi memang
dalam genggamannya.
Para pekerja di villa Tuan Fahmi dipaksa
kunci mulut tentang apa yang mereka nampak dan dengar di dalam villa. Sekiranya
sebarang khabar angin cuba keluar dari villa tersebut, memang nyawa para
pekerja dihujung gaung.
Ada cerita yang mengatakan Tuan Fahmi
pernah membelasah salah seorang pekerjanya yang telah membocorkan rahsia yang
ada didalam villanya sampai nyawa-nyawa ikan. Pekerja tersebut ditahan di wad
ICU selama 3 bulan dan mengalami lumpuh seluruh badan.
Tapi disebabkan tawaran gaji yang tinggi,
memang ada antara mereka semua yang sanggup tanggung risiko.
Villa yang terasing daripada villa-villa
yang lain nampak suram dari jauh. Seolah-olah ia cuba menegah orang luar untuk
mendekatinya.
Mak nampak happy betul bila aku cakap yang
aku dapat offer kerja kat Kuala Lumpur. Apa yang nak dibangga entah dengan
bandar yang tak pernah tidur tu. Mungkin mak dah naik bosan dengar bebelan
orang kampung yang asyik cakap aku ambil kos yang mengarut di universiti lepas
tu kerja di warung kopi.
“Mak orang pergi dulu eh”
“Haa duduk jauh tu nanti jangan nak buat
balik perempuan bandar rambut karat. Memang mak tak restu okey” Puan Zailan
menyambut tangan anak lelaki sulungnya.
Aisar kat sebelah tersengih. Kaki report
mak ni memang aku kena block dia awal-awal dari Facebook, Wechat,Instagram dan
Telegram desis Adam.
“Iyer mak, Along tau sangat taste mak tu.
Solehah, tudung labuh, sopan-santun dan pandai masak kan?”
“Bagus la kalau dah tau sebab mak dah letih
nak ulang” Lagi bagus kalau mak tak ingat terus.
Panggilan telefon daripada Professor Nizam
macam ada sesuatu yang tak kena. Namun aku cuba fikir positif mungkin dia nak
mintak pendapat aku yang bernas ni kot berkaitan reserach paper atau nak minta aku bagi talk kat
juniors sem 1.
Aku sampai di stesen bas BTS tepat pukul
3.30 petang.
“Joe kau ada kat mana? Aku dah sampai.”
“Iye aku dah nak sampai ni kau tunggu kat
luar”.
BMW 5 series m sport betul-betul berhenti
depan aku. Siap hon hon lagi. Anak orang kaya mana yang nak berlagak depan aku
ni. Cermin tingkap di sebelah pemandu diturunkan.
“Hoi, taknak naik ke abang hensem”
Terbeliak mata aku tengok Joe yang dulu bukanlah yang sekarang.
Joe ni dulu housemate aku. Dia amik kos apa
tah, aku lupa. Selalu menghilang bila weekend sebab dia banyak buat kerja part
time.
“Mana kau dapat duit beli menatang ni?”
mata Adam melilau kearah kerusi belakang. Dijeling kearah kemeja Joe yang
langsung takde kedut. Tengok pun dah tahu kemeja Van Heusan.
“Ni bukan aku punya, aku pinjam kejap datang nak ambil kau" Adam hanya mengangguk. Beg baju dipeluk, segan pulak nak campak dekat seat belakang BMW
"Nanti jap, kau nak pakai baju ni ke malam ni?” Joe angkat kening.
Adam angkat bahu.
Terus dipusing stereng kearah One Utama
Mall.
Tuesday, November 9, 2021
CHAPTER 3: ALTER
Bab 3: Puteri Ulek Mayang
Bab 3
“Eh tempat apa ni? Kau jangan main-main
Joe”
“Ikut je lah. Sebelum kau cakap apa-apa kau
jumpa bos aku dulu.”
Aku hanya mengikut langkah Joe menyusuri
ruang yang bising dengan gelagat manusia
yang mula memenuhi kelab malam tersebut. Dalam hati entah berapa kali aku
mengucap tengok berbotol-botol arak beratur diatas kaunter.
“Bos ni kawan yang saya cakap hari tu” Joe
menarik Adam yang nampak kekok.
Perempuan yang tengah asyik menghisap rokok
dunhill sambil bergelak ketawa dengan beberapa orang lelaki menoleh kearah Joe.
Dia tersenyum.
“Adam, ni Nelly. Boss kat sini.” Bisik Joe.
“Oh my goodness, boleh tahan jugak ye kawan
you ni.” Adam tersentak apabila tangan Nelly mula merayap di dadanya yang
bidang.
“Okeylah kita test dulu macam mana. Lagipun
kita memang kekurangan pekerja hari ni. Tugas you Cuma perlu teman
perempuan-perempuan di dalam bilik karaoke menyanyi. Satu jam lima ratus
ringgit, deal?”
“Deal!” Tanpa sempat aku membalas, suara
Joe terlebih dahulu menyahut. Dalam kepala aku tengah fikir nak lari keluar,
tapi rilek dulu aku nak tengok sejauh mana si Joe ni nak pedajal aku. Lubang
jamban punya member.
Joe mengheret aku keluar. Sebelum sempat
mulut aku menyumpah seranah, Joe terlebih dulu susun ayat.
“Okey aku mintak maaf sebab tak bagitau kau
tentang kerja ni.”
Aku tayang muka bengang.
“Kau nak aku jadi gigolo ke hah?” Mau
tertonggeng mak kalo dia tahu anak dia ni jadi gigolo yang dulunya part time
jadi ustaz ajar mengaji iqra’ kat surau.
“Uhh rilek-rilek, kerja kau duduk dalam
bilik karaoke tu je. Lepas tu kau ayat la sikit pompuan-pompuan dalam tu.
That’s it. Bukan suruh buat one night stand ke hape. See senang je kan.”
Adam angkat kening. Joe kau dah berubah.
“Senang je kan? Habis tu kau nak suruh aku
ayat pakai apa? Nasyid? Qasidah?”
“Aku mula-mula pun tak biasa jugak, tapi
lepas dua tiga kali kau okey la.”
“Aku tak boleh buat dan aku taknak buat.
Dah aku nak balik kampung. Kalau kerja macam ni la yang kau offer, aku rela
kerja basuh pinggan mangkuk kat warung”. Jawabnya keras. Dadanya berombak
menahan marah.
“Adam…okay fine. Pergi la balik kampung kau
tu. Mereput kat warung kopi. Kau ingat senang nak hidup sekarang? Pandai-pandai
la kau balik sendiri.” Joe meninggi suara. Kemudian dia tinggalkan aku
ditengah-tengah ruang kelab malam.
“There you are darling. Heyy kenapa tak
masuk lagi. Oh malu ye” Tiba-tiba Nelly memaut lengan dan menarik tangan aku
kedalam bilik karaoke.
Sebaik saja aku masuk, tiga pasang mata
menoleh kearah aku. Sekilas pandang aku tahu masing-masing umur linkungan 30-40
an.
“Wow anak ikan baru. Pandai you pilih Nelly
memang taste I”
“I bayar extra hari ni tau so jangan
kecewakan I ye”
“Cik salah faham ni saya bukan…”
“Sial lah lu ni Nelly, aku yang booking
dulu bilik ni kenapa kau bagi kat betina tua ni hah? Kau tau kan ni bilik
febret aku”
Tiba-tiba seorang gadis berumur 20-an
merempuh masuk bilik. Bahunya turun naik menahan marah. Rambutnya pendek separa
bahu. Make up kat muka memang gaya gothic. Subang kat telinga kanan kiri entah
berapa pasang.
“Oh my, calm down sayang. I ingat you tak
datang malam ni. Yela you kan dah lama tak datang” Nelly kelam kabut meredakan
amarah perempuan goth gila meroyan tu. Aku jadi batu tunggul je.
“Hei setan, mind your own words. Kau kenal
tak aku siapa hah?” Salah seorang daripada pompuan tu bersuara.
“Do I look like I care bitch?” pompuan goth
‘yang aku tak tahu nama apa’ tersengih sinis. Seolah-olah tidak ambik kesah.
“Amber, you tak boleh buat macam ni. Nanti
I bagi bilik lain okay.” Pujuk Nelly. Oh Amber nama dia.
“No. Aku nak bilik ni jugak kau tak faham
ke hah? Korang semua keluar!” Tiga-tiga wanita
tersebut tercengang mendengar nama Amber.
Mereka saling berbisik.
“Mel ni la Amber yang Quinn cakap tu, ko
jangan cari pasal dengan dia. Kang sia-sia je muka kita lebam”
Terus air muka masam Mel bertukar ceria.
“Its okay Nelly, kitorang boleh ambil bilik
lain.” Mencicit ketiga-tiga mereka keluar.
Adam yang masih tercegat menanti babak
seterusnya terus berjalan perlahan kearah pintu keluar. Babak dah habis. Aku
nak balik.
“Ehem, nak pergi mana tu?” Tanya Amber
selamba. Dia melipat sila diatas sofa panjang. Tangan kanan menyeluk poket
jaket kulitnya.
Nelly cepat-cepat menolak Adam supaya duduk
disofa dan meninggalkan Adam dan Amber berdua. Amber bukan boleh kira sangat
perangai panas barannya.
“Jadi pakwe aku.” Tiga perkataan lancar
keluar dari mulut Amber.
“Er..ya, ya. Hah apa?” Adam mengerut dahi.
Aku cakap ya? Perempuan gila ni meroyan lagi ke. Amber merenung Adam. Lama.
“Kau taste aku. Dah jom” Amber menarik
lengan Adam. Keluar ke ruang luar.
“Eh kejap cik, saya rasa awak salah faham
ni. Saya bukan…”
“Shit Babi!! Sial, macam mana dia boleh
jumpa aku” Amber menyupah seranah sebaik sahaja melihat empat orang lelaki sasa
yang sedang mencarinya di ruang bawah kelab malam menyedari kehadirannya.
Adam tercengang. Bahasa memang out.
“Eh kau tercegat kat situ kenapa? Nak
mati?” Amber memekik kearah aku.
Berlaku adegen kejar mengejar. Biasanya
lelaki yang tarik tangan pompuan lari dari orang jahat ni terbalik. Aku pulak
tergedik ikut langkah Amber mencari pintu keluar belakang.
Buggati Veyron Amber yang diparking di
belakang kelab malam buat aku ternganga. Minah ni jual dadah ke siot.
“Awak sape? Saya taknak terlibat dengan
kerja haram yang awak buat. Saya nak balik sekarang”
“Dah terlambat, tadi ko dah setuju nak jadi
pakwe aku. Dan lelaki-lelaki sial tadi dah cam muka ko. Masuk dalam kereta
sekarang!!!”
“Hoi Amber!! Jangan nak lari”
Aku berpaling ke belakang, mamat-mamat
tadi! Terus aku melompat masuk di tempat duduk disebelah pemandu.
Tak sampai sejam hidup aku aku dah jadi
chaos. Kena tipu dengan member. Disalah anggap jadi gigolo murahan. Entah
sesape pompuan ni tetiba nak jadi makwe aku.
Kena
kejar dengan abang-abang sado. Sekarang aku tengah tunggu si buggati veyron ni
accident dengan mana-mana pembahagi jalan. Ni dah masuk tiga lampu merah dia
langgar.
“Er, awak
boleh drive slow sikit tak? Saya rasa nak muntah la.” Aku mengurut
leher. Memang aku ada lemah semangat bila tengok orang bawak kereta laju-laju. Di tambah dengan
air cond aku dah rasa sesak nafas.
Amber menjeling kearah aku. Tanpa sebarang
amaran di berhenti di bahu jalan. Kepala aku on the spot terhantuk di
dashboard.
“Aiseh mamat hensem ni, bak sini handphone
kau.” Amber menghulur tangan.
Ooo sekarang dia nak rompak aku pulak. Cis
memang aku dah agak mana ada orang sesaja bagi tumpang si Buggati Veyron. Aku
Cuma mendiamkan diri.
“Oh taknak bagi…” Terus tangan Amber
merayap di poket seluar aku. Eh pompuan ni. Sekarang nak mencabul pulak.
“Hah dah dapat. Sekarang keluar sebelum
mamat-mamat tadi jumpa aku kat sini. Sebelum tu amik Iphone ni, nanti aku call
ko.” Amber melemparkan Iphonenya. Nasib aku cepat tangkap kalau tak sesaja
Iphone tu tembus keluar kat cermin tingkap.
“Jap
sebelum tu, saya bukan gigolo yang macam awak fikir.”
“Aku tau, dah keluar cepat.”. Arah Amber.
Terus dia memecut Buggati Veyron
meninggalkan aku.
Hakuna Matata,
Yaya Doe
Thursday, October 21, 2021
HOW TO SURVIVED WORKING LIFE (UNDER PRESSURE)
Friday, October 8, 2021
CHAPTER 4 : ALTER
Bab 4: Puteri Lindungan Bulan
Bab 4
Semalaman aku tak boleh tidur. Aku tidur
kat mana? Masjid banyak bai. Duit cukup-cukup nak bayar teksi ke UM je esok.
Jangan nak mengada pi cari motel bajet. Kang sia-sia kena angkut dalam van
jenazah. Duit tiket bas balik kampung
nanti lah aku pinjam dengan Prof Nizam. Hehe.
Iphone6 didalam poket seluar aku seluk
keluar.
Peh wallpaper dia. Bunga-bunga. Aku ingat
minah ni letak gambar tengkorak skinhead, takpun gambar Adolf Hitler. Perangai
mak aii taraf dictator Josef Stalin ketua Soviet Union. Ngeri aku.
Ceit dia letak password. Baru je nak stalk.
Keesokannya, terus aku ambil teksi ke UM. Sampai saja diperkarangan fakulti
psycology terus aku berlari mencari bilik Prof. Tak payah cari pun sebenarnya,
tu haa bangunan hujung tingkat atas sekali.
“Eh Abang Adam buat apa kat sini?” Tegur
salah seorang junior. Shaila. Budak ni lah yang buat rumors pasal aku yang
innocent ni di usha oleh pensyarah perempuan muda.
“Er..Prof Nizam nak jumpa.”
“Oh, yeke? Ntah-ntah kena extend semester”
Gurau Shaila.
Ewah-ewah mulut. Mentang dulu aku pendiam
bajet cool je jangan ingat aku tak bengang. Nak je aku mintak alamat rumah kau
lepas tu pos gambar konvo aku yang sebesar rangka tingkap tu. Free postage
lagi.
“Bagus jugak, boleh aku pujuk Prof Nizam
lingkupkan kau sem ni” Adam meleparkan senyuman yang ter’manis.
Shaila mencebik.
“Okeylah got to go. Oh for extra
information, lif rosak.” Shaila angkat kaki ke arah kolej kediaman.
Lif rosak lagi. Damn. 13 tingkat ohoi.
Sampai saja di anak tangga terakhir tingkat
13 aku dah termengah. Tingkat 13 ni
memang sunyi sepi. Cuma ada bilik-bilik kosong untuk kelas tutorial, tu pun
jarang sangat orang booking sebab jauh sangat. Aku mengatur langkah ke bilik
Prof Nizam.
Pintu diketuk.
“Assalamualaikum Prof…”
Aku menguak pintu bilik. Sepi. Sebaik
sahaja aku melangkah masuk, meremang tegak bulu roma bila aku terpandang
sekujur tubuh Prof Nizam yang terbaring ditepi meja
Darah bersepah dibucu meja. Aku rasa
kepalanya terhantuk.
“Prof…”
Tiba-tiba ada lembaga memaut leher aku dari
belakang.
“Syhh..diam” Bisiknya.
“Ka…kau si..apa”
“Anggap saja kau tak nampak apa yang
berlaku.”
Terus dia menutup mulut dan hidung aku
dengan sapu tangan. Lepas tu aku tak
ingat pape dah.
Aku tak sedar apa yang berlaku sampai lah
aku rasa leher aku perit.
Perlahan aku buka mata. Samar. Aku cuba
bangun tapi sia-sia, boleh rasa ikatan
tali yang kemas membalut tangan dan kaki.
“Bos dia dah sedar”
Terkejut aku bila tengok 5 orang lelaki berbaju gaya samseng
mengelilingi aku. Salah seorang dari mereka menarik aku supaya duduk dalam
posisi melutut. Ya Allah apa pulak kali ni.
Tiba-tiba seorang lelaki berumur lingkungan 50-an bangun
mendekati aku. Air mukanya tenang.
“Korang pasti budak ni yang terlibat dalam
projek dengan Doktor Nizam tu?” Tanya Tuan Fahmi.
Aku baru teringat tentang Prof Nizam.
“Ye Boss, kami jumpa dia pengsan didalam
pejabat Doktor Nizam. Tapi…” Salah seorang dari mereka terdiam, memandang satu
sama lain.
“Tapi apa?”
“Doktor Nizam dah mati.” Aku mengigil
mendengar jawapan mereka. Lembaga tu.
Muka Tuan Fahmi terus berubah tegang.
Tiba-tiba migrain menyerang kepalanya. Nafasnya turun naik.
Tuan Fahmi memandang Adam yang pucat lesi.
“Kau tahu siapa yang bunuh Dr Nizam?” Tanya
Tuan Fahmi. Dia rasa Adam tahu sesuatu.
“Er..aa..hh..”Aku menggeleng.
“Anggap saja kau tak nampak apa yang
berlaku.”
Suara lembaga tu terngiang-ngiang didalam
otak aku.
“Budak ni akan gantikan Nizam”
“Tapi boss, boleh ke dia jaga Diana? Kami
pun tak dapat kawal dia” Kelima-lima orang mengeluh.
“Dia pernah terlibat dengan projek Dr.
Nizam tentu dia tahu caranya. Lagipun aku dah tak banyak pilihan.”
Aku hanya diam mendengar perbualan yang aku
langsung tak faham. Projek apa? Diana tu siapa pulak? Yang aku tahu Prof Nizam
memang Doktor Pakar Psikitiari kat
Jabatan Perubatan Psikologi UM.
“Saya tak faham apa yang tuan cakap. Saya
Cuma bekas student Prof Nizam ” Aku tak tahu dari mana keberanian tu mai. Aku
memandang Tuan Fahmi.
“Aku nak kau kerja dengan aku. Aku bayar
gaji kau dua kali ganda daripada gaji Dr Nizam kalau kau setuju jadi private
psychiatrist anak aku.”
Aku terdiam. Private psychiatrist? Tu la
impian aku masa aku mula-mula masuk U. Peluang bukan datang banyak kali. Tapi,
entah sape-sape pakcik ni dengan komfidennya dia bagi aku kerja.
“Lagipun sekarang ni kau mungkin tengah
jadi salah seorang suspek pembunuhan Dr.Nizam. Sebab kau orang terakhir yang
ada kat dalam bilik dia.”Tuan Fahmi cuba untuk mengugut Adam yang masih lagi
diam merenung lantai.
Aku mengangguk lemah. Memang aku benci diri
aku sekarang ni. Tapi kalau aku keluar dari sini mungkin pembunuh sebenar akan
cuba bunuh aku sebab aku saksi yang masih ada. Fikir je dah meremang satu
badan.
Tuan Fahmi tersenyum puas. Dia menepuk bahu
Adam.
“Eh apa lagi bukak ikatan ni. Dan suruh
Qais bawak surat perjanjian kesini.” Arah Tuan Fahmi.
Lepas aku menandatangani surat perjanjian
baru aku berani bukak mulut.
“Boleh saya tahu, anak Tuan sakit apa?”
Soal Adam. Tuan Fahmi berdehem sambil memandang Qais.
“Tuan, saya risau tuan terlepas penerbangan
kali ni” Balas Qais.
“Qais pembantu peribadi saya akan jawab
semua soalan awak. Kalau ada apa-apa yang kamu perlu minta saja pada Qais.
Tolong jaga anak perempuan saya baik-baik” Tuan Fahmi meninggalkan aku yang
terpinga-pinga.
Kelakar pun ada, aku yang baru grad ni
tetiba jadi psikitiari peribadi entah anak dato’ mana. Ye berdasarkan
pemerhatian aku, lelaki tu bukan calang-calang orang. Bilik ni pun dah seluas
rumah aku. Tu belum jenguk seluruh kawasan villa lagi.
Hakuna Matata,
Yaya Doe
Friday, October 1, 2021
REVIEW SKINCARE ROUTINE #HOLYGRAIL #KBEAUTY
Ampoule ni macam side kick tau kepada essence. For me, it repairs my skin barriers and gives hydration. I suka this one sebab dia tak ada bau and a bit watery so the absorbtion kinda cepat. Say no to melekit-lekit. HAHA
Monday, September 27, 2021
10082021: #LITTLE LIFE UPDATE ( VACCINATED AGAINST COVID 19) : FULLY VAX
Wednesday, September 22, 2021
I SURVIVED COVID - HOW DO I RECOVER FROM COVID-19 AT HOME
Wednesday, September 1, 2021
CHAPTER 5 : ALTER
Bab 5 : Puteri Santubong
Bab 5
“Dr.Adam Zuhair.” Panggil Qais. Aku
tercengang. Dalam satu malam aku nyaris jadi gigolo sekarang doctor pulak lepas
ni apa? Menteri Kewangan Negara?
“Adam. Panggil je Adam.” Kekok pulak aku
yang takde pengalaman dipanggil doctor.
“Okay Encik Adam boleh ikut saya sekarang”
Aku mengekori Qais. Dalam hati memuji
kecantikan villa tersebut. Tapi baru aku perasan, setiap sudut ruang terdapat
CCTV yang mengawal setiap bergerakan. Mungkin nak kawal pergerakan anak dia
kot. Aku rasa anak dia sakit jiwa ni.
Anak orang kaya tapi gila. Kesian.
“Ni bilik Encik Adam.” Mataku membulat.
“Saya tak cakap pun nak tinggal kat sini.”
“Dalam surat perjanjian ada tertulis Encik
Adam mesti tinggal sekali dengan pesakit. Ini untuk menjaga keselamatan pesakit
apabila proses rawatan dan pemulihan mental dan emosi bermula. Saya dah
transfer duit RM 200 ribu ringgit ke dalam akaun Encik Adam.”
Masa bila aku sempat nak baca
syarat-syarat, kalau dah Tuan Fahmi tu tenung macam nak kerat 18 je. Shit
what?!
Mata aku terbeliak lagi. Lama-lama boleh
juling. 200 ribu? Mak ngaii. Last aku check baki dalam akaun ada RM18.60.Huhu.
Aku mengangguk lagi.
“Tapi boleh saya tau mana pesakit saya
sekarang ni?” Dalam hati aku memang dah berdebar. Yela pesakit aku orang gila
kot. Ingat lagi waktu aku pratikal di Hospital Bahagia, Ulu Kinta,Perak.
Azabnya pehh masa tu berat aku hilang 20 kilogram gara-gara berkejar sana sini.
Dan peluang aku untuk bekerja kat sana
lepas grad lenyap macam tu je lepas sorang pakcik yang bawah jagaan aku toreh leher
dia sendiri sebab dia cakap muka aku ni macam anak dia yang penagih dadah tu.
Lepas kes tu nama aku langsung tak tersenarai, markah aku cukup-cukup untuk
grad je.
“Cik Diana sekarang ada dalam bilik bawah”
Qais mengiringi aku ke bilik anak perempuan Tuan Fahmi.
“Cik Diana ada kat dalam, Encik Adam
masuklah. Saya terpaksa pergi dulu sebab ada perkara yang perlu diuruskan” Qais
meninggalkan aku di hadapan pintu bilik.
Biar
betul takkan dia blah macam tu je? Sekurangnya bagi la ubat penenang ke ape.
Aku menguak pintu bilik perlahan. Bilik
bacaan desis Adam. Imaginasi aku bukan main bayang katil besi dengan langsir
koyak rabak.
“Cik Diana…Oh Cik Diana.” Aku menyusuri
deretan rak buku. Sampai di rak buku yang ke-4 terdapat setimbun buku diatas
meja kayu. Namun bayang pembacanya langsung
tak nampak.
“Cik Diana awak kat mana?” Tanganku lincah
membelek salah sebuah buku yang bertajuk Today I’m Alice- Alice Jamieson sampai
lah ke muka surat yang bertanda.
“The return of the voices would end in a
migraine that made my whole body throb. I could do nothing except lie in a
blacked-out room waiting for the voices to get infected by the pains in my head
and clear off.”
“Ehem..” Deheman dibelakang buatkan aku
terkaku. Saat aku berpaling kebelakang rasa macam bumi ni nak terbalik.
“Aa…aa” Mataku membulat.
Aku mengundur setapak demi setapak tanpa
sedar aku terlanggar rak buku dan jatuh terjelepuk dihempap buku-buku.
“Aduhh..”
“Eh awak tak apa-apa. Saya mintak maaf
sebab kejutkan awak. Saya tak ada niat pun nak takutkan awak. Saya minta maaf.”
Balas perempuan manis berbaju kurung.
Adam cuba menjarakkan dirinya apabila Diana
cuba mengalihkan buku-buku yang berada diatas badannya.
“Mana handphone saya hah?” Ayat pertama
yang berjaya keluar dari mulut aku.
Aku yakin dialah perempuan goth yang bawak
Buggati Veyron macam pelesit semalam. Walaupun sekarang muka dia tak bermekap
lepas tu bajet pakai baju kurung pulak. Tutur kata pehh macam Tun Teja. Semalam
bukan main lagi kau ye ber’sial babi bagai.
“Excuse me?”
Diana mengerut dahi. Buku-buku didalam
dakapannya disusun kembali diatas rak. Tangannya yang menggeletar cuba disorok.
Aku cepat-cepat bangun.
“Bukan awak ke yang curi handphone saya
semalam lepas tu tinggalkan saya kat tepi jalan. Oh mentang semalam saya tak cakap
banyak suka hati awak je buat saya macam anak kambing” Aku menunding jari tepat
kearahnya. Anak kambing Adam? Lantaklah.
Aduhai malunya aku. Kisah aku ni dah macam
lelaki murahan yang kena buang dengan awek kaya je. Ahh aku tak kesah janji aku
lepas semua perasaan aku.
Diana mengigit bibir bawah. Dia melepaskan
keluhan perlahan.
Adam pula masih menanti jawapan gadis
tersebut.
“Saya bukan Amber, saya Diana. Amber tu…er
dia tu” Perasaan gugup mula menguasai dirinya. Dia rasa macam ada sesuatu yang
berdenyut didalam badannya cuba untuk keluar.
“Bukan sekarang, tolonglah. Tolonglah.”
Balas Diana perlahan, dahinya berpeluh. Tangannya menongkat sisi meja. Saluran
nafasnya bagaikan disekat.
Adam dah cuak.
“Okey-okey, saya faham. Nama sebenar awak
Diana, tapi nama samaran Amber kan? Takpe takpe handphone tu…cik Diana?”
Diana terkaku disisi meja, mukanya menunduk
ke permukaan meja. Tak bergerak.
“Cik Diana? Are you alright?” Aku memegang
bahunya. Serta merta dia berpaling merenung kearah aku.
“La taqrabu zina, dan janganlah kamu
mendekati zina. Sesungguhnya ia suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang
buruk, surah Al Isra’ ayat 32!” Balasnya keras lalu menepis tanganku dibahunya.
Ya Allah bila masa pulak aku nak berzina
ni. Ye memang bilik ni suram tapi wallahi aku takde niat pun nak buat pape kat
pompuan ni.
Dia memandang aku atas bawah kemudian dia
menyentuh rambutnya separuh bahu. Tanpa sebarang amaran dia menjerit melarikan
diri ke bawah meja.
Aku memang angkat tangan surrender.
“Cik…cik.”
“Mak Tun!!!!. Mak Tun!! Tolong ana, ada
lelaki ajnabi kat dalam rumah ni.”
Tak cukup kaki perempuan tua yang bernama
mak Tun merempuh masuk sambil menjinjit kain tudung ditangannya. Diikuti dengan
Qais.
“Er..makcik, Encik Qais sumpah saya tak
buat apa-apa pun”
“Mana Ainul Mardhiah?” Tanya Mak Tun cemas.
Aku ternganga. Ada perempuan lain lagi ke?
“Mak Tun, ana kat bawah meja ni. Cepat
selamatkan keaiban ana. Allahu akhbar!”
Encik Qais menarik aku keluar dari bilik
bacaan.
“Sumpah Encik Qais, saya takde niat nak
buat apa-apa.”
“Nur Diana Sofia. Pesakit dissociative
identity disorder.” Ucap Qais. Serius.
“Hah? Dissociative identity disorder?” Aku
terdiam. Dissociative Identity Disorder (DID) atau dalam bahasa melayunya
kecelaruan identiti.
Pesakit biasanya mempunyai beberapa identiti
atau personaliti yang berbeza dalam badan yang sama. Jadi pesakit DID tidak
dapat mengingati kejadian yang berlaku ketika personaliti yang lain mengambil
alih badannya.
Aku ingatkan penyakit ni berlaku kat negara
omputih je. Sebab masa projek final sem aku kena bentang pasal penyakit DID dan
pesakit yang mengalami full criteria of DID ni jarang berlaku kat negara asia.
Tapi kenapa Prof Nizam tak pernah cerita
pasal dia ada pesakit DID? Yeah, rahsia sulit pesakit kot.
“Jadi tugas Encik Adam ialah tolong
tenangkan semua personaliti Cik Diana sementara kami mencari Dr. Pakar
Psikitiari sesuai yang dapat sembuhkannya. Sejak Dr Nizam tiba-tiba tidak mahu
lagi merawat Cik Diana, semua
personaliti didalam badannya mula tidak dapat dikawal.”
Aku termanggu.
Hakuna Matata,
Yaya Doe