Hi semua,
Sambungan akhir kisah umrah, bas kami dijadualkan pukul 2pm untuk ke Airport Madinah. Card bilik macam biasa pass dekat mutawwif waktu berkumpul di lobi, teringat waktu di Mekah kami memandai je check out dekat kaunter hotel nasib tak kena bebel dengan ustaz. Bas sampai lewat jadi I pun melilau ke kedai runcit area hotel untuk beli ice cream, dalam pukul 3 lebih baru kami menaiki bas. Perjalanan mengambil masa 30mins, I duduk sebelah tingkap layan view padang pasir. Mama naik bas je terus lena.HAHA Kami dah la suka duduk belakang pastu selalu terlepas info dari ustaz.
Sayunya hati nak meninggalkan bumi Madinah. Terasa seolah cepat masa berlalu, sekarang tiba masa untuk kami pulang ke tanah air.
Bas menurunkan group kami berdekatan pintu masuk airport. Masing-masing membantu menurunkan bagasi dari dalam bonet bas.
Alhamdulilah cukup bagasi kami semua. Luggage I dan mama berat sampai limit 25kg, tak ada la banyak sangat shopping.lol
Air zamzam diagihkan sewaktu kami menunggu di pintu masuk airport, ada tempat untuk claim air zamzam untuk setiap jemaah. Mutawwif yang uruskan, kami hanya ambil dan tampal sticker nama.
Waktu kami sampai airport lengang, Mama cakap musim haji airport Madinah akan sesak dengan jemaah haji, kena banyakkan bersabar sebab airport ni tak besar.
Dekorasi ruang menunggu di area entrance.
Flight MH159 kami dijadualkan berlepas pada pukul 9.30pm. Ramai jemaah dari pelbagai agensi umrah menaiki flight yang sama dengan kami. I dan mama dok usha je luggage diorang yang pelbagai design.
Beratur untuk check in flight around 5pm, group kami tak kena sidai lama kerana counter buka awal. Cuma berlaku perselisihan di kaunter sebelah I, jemaah umrah overweight/beg beranak tapi officer garang tak bagi combine weight untuk same booking. So dia tukar kaunter lain sebab nak tumpang member sebelah terus kena marah dengan pak arab/officer. Officer tu taknak entertain jemaah tersebut, terpaksa la beberapa mutawwif settlekan isu perselisihan tersebut. Group I pun turut membantu jemaah tersebut untuk check in kan beberapa beg beliau yang overweight.
Selesai urusan di counter, kami ke surau untuk solat jamak magrib dan isyak. Surau airport tak besar pun, masing-masing bergilir solat selepas tu kami berempat singgah dinner. Ustaz dah bagitau bawa bekal kerana pilihan makanan di airport tak banyak. Kami decide untuk habiskan duit SAR dikedai pizza sebelah burger king.
Fuhh total semua 33SAR, boleh la buat alas perut sebelum makan lagi dalam flight. Chicken tenders sedap cicah sos cili.
Pizza pepperoni pon not bad, lembut je roti dan cheese banyak.
Ada baki sikit duit cash, I beli Dunkin' Donuts. I suka sangat yang triple choc donut, lemon dan pineaple tu pon okay2 je.Manis luls. Kemain mencekik ye diet dah kelaut, punca berat naik mendadak lepas trip umrah. Selesai makan kami melepak depan gate menunggu untuk boarding. I perhatikan airport Madinah sangat user friendly untuk passengers, signboard pun jelas dan tak banyak sangat iklan dan kedai so you terus tau dimana nak tuju. Tak de la sesat masuk kedai atau tersalah gate.
Kami dibenarkan untuk board the flight on time, Alhamdulilah tak ada delay. Kami pilih seat 2-2, sama macam waktu datang.
Dapat bantal dan selimut, flight entertainment pun ada pastu remote control berbeza dari previous flight. Hampir setengah jam I cari tempat cucuk earphone, pastu adik suruh teka.Haihh I terus sel otak berhubung meraba hujung arm rest nahh situ lubangnya. Mama macam biasa terus sambung tidur, mama dah on off demam masa ni. Kami berdua batuk selsema tak sembuh lagi so pakai je facemask. Adik dan ayah Alhamdulilah sihat je.
After 1 hour of flying, the crew starts to distribute our first meals. I choose nasi lemak, mak aihh rindu nasi lemak. Fruit cake dan croissant tu pun sedap, dessert puding cocktails yums.
Mama tengah tidur, pastu I kejut tanya nak makan tak? Dia cakap nak, so mama pilih omelette frittata. Amboi menu omputih pastu mama makan tak habis sebab mengantuk teruk. Selesai makan I sambung tengok movie, tapi takleh fokus la so I decide untuk tidur. Bagi I flight entertainment tak penting pon tidur lagi best.
I terjaga waktu subuh, sesi untuk makan kali kedua. Tak ingat la ni nasi apa, biryani chicken kot tapi sedap je I makan sampai habis. Mama kat sebelah taknak makan, lepas solat subuh mama sambung berehat. Sepanjang 8jam dalam flight I banyak kali juga pergi toilet, dulu I takut nak masuk toilet dalam flight. Overthinking jadi macam-macam.
Touchdown KLIA1 at 11am on 05/01. Alhamdulilah selamat pulang. On je mobile data terus WhatsApp masuk nonstop, group kerja I biarkan dulu. Masih belum ready nak fikir pasal kerja.Huhu
We board the train to the main building, masa ni dah penat so boleh pula sesat waktu berjalan kearah baggage claim. Sesat sebab mata usha kedai-kedai duty free sampai terlepas lorong.
My parents are boarding a flight to TGG 06/11 esok 1.30pm, today we planned to check in at Airbnb area Kota Warisan. Selesai claim bagasi kami bergambar dan bersalaman bersama ahli jemaah group 2 Tiram Travel. Sempat ucapkan terima kasih dekat Ustaz Omar yang cekap menjaga keperluan kami selama 12 hari di sana. Urusan pun banyak dipermudahkan dan ustaz masih ceria melayan ahli jemaah dari hari pergi sampai la hari pulang.
Sebelum bergerak ke airbnb I sempat ke domestic departure untuk bertanya berkenaan air zamzam adakah perlu bayar extra. Petugas kaunter firefly bagitau tak perlu bayar extra, fuhh jimat duit. Bas I ke Larkin pula 12.30pm esok, sempat la hantar my parents naik flight dulu. Harga grab MPV dari KLIA ke Kota Warisan agak mahal rm70/one way, I pula tak research other option. After this boleh naik train dari KLIA to Salak Tinggi pastu baru order grab, boleh dapat lagi murah. Sekian kisah umrah pertama di akhir usia 20-an. Target nak repeat umrah lagi. Maybe boleh DIY pula? Tak salah mencuba. I suka je ikut TA sebab boleh fokus ibadah so kepala tak stress untuk plan everything.
Nantikan next travel stories~
With love & Eid Mubarak,
Yaya doe


.jpeg)



.jpeg)

.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)


.jpeg)


.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
.jpeg)
