Tuesday, January 27, 2026

Umrah Travelog - Madinah Part 1




 Hi people,

Malam pertama di Madinah 30/10 (Khamis), selesai bersihkan diri kami pun turun ke lobby hotel. Hotel di Madinah bertaraf 3 bintang iaitu Rose Holidays Hotel yang berjarak 100meter dari gate 310 Masjid Nabawi. Kami diberitahu hotel tersebut agak sempit biliknya untuk kami berempat, tapi sabar jela asalkan urusan kami di Madinah dipermudahkan. Next umrah boleh survey hotel Anwar Movenpick kalau bajet besar, hotel pun dekat dengan pintu masuk wanita.

Kaunter lobi Rose Holiday

Around 10.45pm kami bergerak dari hotel berjalan ke Masjid Abu Bakar. Masjid itu merupakan tempat Rasulullah solat Hari Raya dan tapak rumah Saidina Abu Bakar. Masjid tersebut menjadi tempat bersejarah dan tidak dibuka untuk orang ramai solat berjemaah. Besebelahan Masjid Abu Bakar adalah Masjid Al Ghamamah, ramai jemaah tertukar kerana senibina yang sama namun masjid Al Ghamamah ada banyak kubah. Kawasan ni penuh burung merpati, dan ada banyak tempat duduk untuk jemaah berehat.

Ustaz membawa kami untuk memberi Salam kepada Rasullullah SAW di kubah hijau depan pintu 1 ( Bab As Salam) dan menunjukkan lokasi Raudah yang bakal kami pergi pada 2hb. Askar-askar di masjid Nabawi tak garang sangat, tapi bila berkumpul ramai-ramai tengah jalan memang kena halau.

Lama juga kami berada disini dan mendengar beberapa sirah daripada Ustaz Omar.

Setelah itu kami bersurai, mama ajak teman dia solat jamak dalam masjid Nabawi. Kami pun berjalan santai mencari pintu masuk an nisa iaitu pintu no 13 & 17. Nyaman dan sejuk suasana di sekitar Masjid Nabawi. Kalau disini letak je uncang bag di kabinet kasut, InsyaAllah selamat. Perasaan pertama kali masuk Masjid Nabawi? Ya Allah tenang rasa, senibina dalam masjid cantik sangat seakan bermimpi dapat masuk dalam ni.

Cantik kan karpet masjid Nabawi, sementara tunggu mama dan kak anis solat I layan perasaan. Balik hotel terus mandi, makan ubat dan tidur sebab esok ada aktiviti lain pula.


Selesai solat jamak kami minum air zamzam, di dalam Masjid Nabawi semua air adalah air zamzam tapi diluar ada 2 jenis. Kena tengok betul-betul kut salah isi air. Mama cakap kena minum air zamzam yang not cold untuk elak batuk, tapi I pulak bila dahaga nak air sejuk. Masa ni dah tak sihat badan, I start rasa perit tekak berpasir macam nak batuk selsema.Hmmm Balik hotel terus tidur lena sebab penat.


Subuh pukul 5pagi, pukul 4.30pagi baru la I dan mama bergerak nak pergi masjid. Kami terlambat, gate dah tutup so kami solat dekat dataran luar. Sejuk sangat pagi ni, bulan november adalah permulaan musim sejuk. Jaket & sweater jangan lupa bawa kalau tak tahan sejuk. 

Lepas solat subuh kami terus balik hotel untuk breakfast, dekat Madinah kami santai je jalan-jalan. Buffet pagi nasi lemak telur rebus, makanan di hotel macam makanan dewan makan asrama. I tak expect banyak dan tak nak compare dengan Safwah, syukur masih dapat makanan yang kena dengan selera. Masuk hari ketujuh dah mencari lauk pauk asia, I bersyukur pakej TA sediakan makanan asia pagi, tengahari dan dinner. 



With love.

Yaya doe  

Wednesday, January 14, 2026

Umrah Travelog - Makkah Part 4



Hi semua,

Hari terakhir di Makkah, berat betul hati ni mengenangkan lepas zohor nanti dah bergerak keluar dari sini. Awal pagi kami dah turun ke dataran masjid dan masuk area mataf untuk mencari tempat solat. Menurut jemaah lain kami perlu solat subuh dia area Umrah Gate/Fatah Gate, selepas subuh ada askar-askar yang akan bawa para jemaah wanita untuk ke 2nd checkpoint. Waktu azan subuh, mama bagitau dia nak kena ambil wuduk. Disebabkan jarak jauh so mama tak dapat solat subuh bersama kami di area Umrah gate. Sebelum solat subuh ada acik dari timur tengah bagi roti sebesar muka dengan jem stoberi, thankyou acik kalau tak saya dah lembik berlapar. Selepas solat subuh I dan Kak pzah pula nak ke tandas, adoii dugaan betul.HAHA. Waktu kami settle urusan ke tandas on the way balik askar-askar dah tutup jalan ke Fatah Gate. Ah sudahhh panikk. Dah macam kucing hilang anak kami ni mencari 2nd checkpoint.

Mama dan Kak Anis sudah dibawa ke 2nd checkpoint yang tersorok, kami ni sehelai sepinggang dan hanya ada hp dan selipar ye. Dugaan nak mencari 2nd checkpoint hanya Allah yang tahu, pekerja-pekerja masjid pula tak faham sangat apa yang kami cakap. I cuba istigfar banyak-banyak, kalau rezeki kami InsyaAllah akan ada jalan. 

Kami berulang alik dari Fatah Gate ke Umrah Gate melalui jalan mataf, dan akhirnya I macam nampak ada satu group jemaah di bawah bumbung bertentangan dengan bucu hajarul aswad. Berkejaran lah kami kesana sebelum askar tutup jalan, kami berhimpit dengan jemaah negara lain selama sejam sampai sesak nafas sebab ruang sempit dan panas. Diorang akan tolak dari kiri kanan depan belakang untuk tunggu giliran dari askar, I dah give up tau bersesak tanpa tau ada ke kesempatan untuk I. 

Keadaan ketika itu Allah nak tunjuk begini keadaan di masyar kelak, hanya ruang yang ada cuma tapak kaki kita berdiri. Bila nampak kesungguhan Kak pzah untuk masuk ke hijr ismail I simpan je hasrat nak give up tu walaupun orang tolak dan siku waktu itu. 

Saat gate dibuka, Alhamdulilah kami dapat mencelah masuk dalam barisan untuk ke checkpoint ke 3. Kami berdua pegang tangan sama-sama untuk masuk ke barisan di area depan mataf. Tak silap I ada 10-15 group untuk sesi pagi. Pukul 8.30am baru askar akan random pick mana-mana group untuk dibawa ke Hijr Ismail. 

Kawasan Hijr Ismail sudah dikosongkan, memang lengang untuk bagi laluan wanita-wanita. Disebabkan jam baru pukul 8am, askar-askar wanita suruh kami untuk duduk dalam barisan. Sementara menunggu I sempat habiskan surah yaasin, bersyukur sangat dapat ke 3rd chceckpoint sampai menangis kami berdua. 

Tiba-tiba tekak rasa perit dahaga, I nampak tong-tong air zamzam nun jauh di sebelah sana. I beranikan diri tanya askar garang yang jaga group kami, boleh tak nak minum air zamzam sebab kami sehelai sepinggang. Pastu askar tu tunjuk belakang kami ada tong air zamzam, minum je situ apasal nak minum yang jauh. Alahaii Wallahi kami tak nampak, huhu Betul la pertolongan Allah tu dekat je cuma kadang manusia tak sabar. 


Alhamdulilah, group kami antara yang terawal diarak masuk ke Hijr Ismail. Perasaan diarak dalam tali dikelilingi askar-askar tu macam VVIP ye walaupun kena tolak dengan acik-acik. Kena tolak pon I happy ye waktu ni, pastu boleh sentuh kawasan Hijr Ismail yang kosong. Punya gembira pastu sedih tu bercampur sampai tak ingat I doa apa dan solat dua rakaat pun tak sempat doa lama sebab asakar akan tarik keluar. 

Lepas keluar dari hijr Ismail I terpisah dengan Kak pzah, I mencari juga sebab kak pzah punya phone roaming problem. I ws mama tapi rupanya group mama belum masuk hijr ismail, waktu I melilau tu boleh terjumpa balik kak pzah. Menangis kegembiraan kami dan terus ke hotel untuk breakfast. 

I tapau breakfast untuk mama dan kami berdua sambung bersembang dalam bilik. Bagasi-bagasi kami hantar ke tingkat 4 sebab nanti ada bellboy akan bawa ke bawah untuk group 2 checkout. Dalam pukul 10pagi mama sampai bilik, I mandi dulu sebab nanti nak tawaf wada' dengan mama dan kak pzah. Jemaah lain dah buat tawaf wada' bersama ustaz pukul 9pagi. 


Kami bertiga pun turun ke area mataf untuk tawaf wada'. Tawaf wada' adalah tawaf selamat tinggal dan wajib dilakukan untuk semua jemaah umrah. Setelah tawaf wada' kita kena bergegas keluar dari masjid dan tak boleh menunggu orang atau singgah dimana-mana. Ustaz pun bagitau jangan ambil gambar atau video selepas tawaf wada'. Lepas dah keluar dari tanah haram baru boleh nak selfie/wefie. Selepas tawaf kami minum air zamzam dan solat sunat tawaf. Perasaan sebak selepas tawaf wada' tu sedih sangat, air mata tak henti keluar sebab tak tau bila pula Allah akan jemput kembali kesini. Doa yang akan diulang hanyalah keampunanNYA dan rezeki untuk dijemput lagi ke Baitullah.



Kami solat zohor di masjid safwah hotel level M. Kemudian terus makan lunch di dewan makan sebab bas sampai pukul 2pm. Masa seakan laju berjalan, naik je bas terus terlena tak sedar apa. Perjalanan dari Makkah ke Madinah mengambil masa 6 jam. Rasa macam lama kan tapi serius I bangun je dah sampai RNR. Banyak bas berhenti sini, jadi harga makanan tak la murmur. 


Yang kelakarnya bangun je tidur, mak dan ayah I beli makanan banyak sangat pastu tak habis. Air beli 6 botol pastu shawarma 4 bungkus dan jagung bakar 3 ketul. Geram aje I diorang ni dah cakap shawarma dia besar yakmat kongsi je. 1 shawarma boleh makan 2 orang.


Kami sampai di Madinah lepas Isyak around 9.00pm. Rasa tak percaya dah sampai Madinah, perasaan sedih terubat kembali bila nampak Masjid Nabawi. Urusan check in sekejap je, kemudian ustaz bawa kami untuk dinner di dewan makan. I cuma minum air dan makan shawarma rnr tu sebab taknak membazir. Ustaz minta kami bersihkan diri dulu sebab malam ni pukul 10.30pm akan ada ziarah dalaman Masjid Nabawi.

With love.

Yaya doe    


Monday, January 5, 2026

Umrah Travelog - Makkah Part 3


Hi people,

Hari ketiga di Makkah, awal pagi pukul 3.30am dah terjaga untuk ke masjid. Kami bergilir-gilir untuk bersihkan diri, kemudian I dan mama turun ke dataran. Disebabkan subuh lambat lagi, kami pun buat tawaf sunat dulu sebab lepas subuh 6.30am dah kena berkumpul di lobby untuk ziarah luar. Alhamdulilah, lepas dah cukup tidur dan sapu counterpain kaki I kembali function untuk tawaf. Gini la bila jarang bersukan, kaki terus lemau nak jalan jauh. 




Waktu tawaf sunat I happy sangat sebab dapat tengok kaabah secara dekat. Berpuluh kali tengok tapi masih amaze dengan kaabah yang jadi kiblat untuk umat Islam di seluruh dunia. Walaupun dugaan waktu tawaf tu ada, bermacam keletah manusia kita boleh nampak, tapi bersyukur Allah jemput I yang banyak dosa ni untuk tawaf disini. Tiada siapa yang sempurna dan yang penting jangan putus asa dengan rahmat-NYA. Lepas tawaf, mama ajak I untuk sentuh kaabah dan hijr Ismail, Ya rabb sesak tu sampai kena siku dan kena pijak ya. I trauma sungguh, agresif masing-masing bila dah dekat dinding kaabah. So I give up kali kedua, maybe energy I tak macam diorang HAHA.



Lepas solat subuh terus ikut solat jenazah, pahala solat jenazah adalah 1 qirat setara 1 bukit Uhud. Jangan lepaskan peluang untuk buat semua ibadah sunat di dalam masjidil haram. Nak keluar dari masjid pun amik masa setengah jam, sampai hotel tak sempat nak breakfast so I tapau je pastries. Around 6.30am semua dah turun ke lobby untuk ziarah luar, bas sampai on time dan pihak Tiram ganti bas lain untuk group kami ziarah. Seat bas selesa dan aircond pun kuat, tempat ziarah pertama adalah Bukit Tsur (Jabal Tsur).



Perjalanan dari hotel mengambil masa 15mins untuk sampai ke Jabal Tsur, bas berhenti di bahu jalan dan kami bergambar dari jauh. Ustaz menceritakan peristiwa hijrah Rasulullah dan Saidina Abu Bakar dari Mekah ke Madinah dan Baginda bersembunyi di Gua Tsur. Baginda dan sahabatnya telah bersembunyi selama tiga hari, dan anak Saidina Abu Bakar Asma' yang sarat mengandung datang untuk hantar makanan setiap hari. Bani Quraisy mundar mandir di kawasan Jabal Tsur dan sarang labah-labah dan burung yang bertelur di luar gua Tsur telah meyakinkan mereka bahawa didalam gua tersebut tiada orang. Area sini bas pelancong banyak singgah jadi ramai la penjual-penjual jalanan yang datang untuk mencari rezeki.


Bas kemudian bergerak ke lokasi Masyair Al Haram iaitu Arafah, Mina dan Muzdalifah. Di Arafah, kami satu group berjalan ke padang Arafah yang luas dan banyak deretan van ice cream yang menarik perhatian kami. Ustaz kat depan tengah bercerita, mata kita pula sibuk melilau dok usha flavor ice cream. Cuaca panas terik di Arafah, topi dan spec hitam jangan lupa pakai. 

Kami sempat bergambar di depan Jabal Rahmah iaitu tempat pertemuan Nabi Adam dan Siti Hawa setelah beratus tahun terpisah setelah mereka turun ke bumi. Ia juga merupakan tempat Rasulullah menyampaikan khutbah terakhir. Padang Arafah menjadi tempat wukuf dalam ibadah haji pada tanggal 9 zulhijjah dari zohor sehingga magrib. Semoga kita semua berpeluang untuk berada disini pada musim haji yang akan datang. InsyaAllah.

Kami sempat beli ice cream mango dan rakan sebilik I beli sejadah dan mainan sebab harga agak murah. Tak tahan cuaca panas kami terus naik bas, dekat luar bas pula ramai peminta sedekah yang agak memaksa jemaah untuk bersedekah. Sabar jela. Bas kemudian bergerak ke Muzdalifah, ustaz hanya menerangkan step-step haji dari dalam bas kerana bas hanya lalu di deretan khemah-khemah di Arafah. Mudzalifah pula kawasan lapang antara Arafah dan Mina, banyak sangat khemah-khemah yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi untuk jemaah dari seluruh negara untuk bermalam ketika haji.

Jemaah akan bermalam pada tanggal 10 zulhijjah dan mengutip batu-batu kecil sebanyak 49biji (Nafar awal) untuk  melontar jamrah. Ketika bermalam jemaah harus banyakkan zikir, doa dan istigfar, keesokannya jemaah haji akan berjalan ke Mina untuk melontar di tiga tiang batu. Iaitu jamrah sughra, jamrah wusta dan jamrah kubra sebagai simbolik menolak godaan syaitan.



Kelmarin ustaz inform kepada sesiapa yang ingin buat umrah kedua boleh siap-siap pakai ihram sebab nanti bas akan berhenti di Masjid Jaaranah, miqat untuk berniat umrah. Ayah dan adik awal-awal dah pakai ihram sebab diorang nak buat umrah kedua. I dan mama pula target nak banyakkan tawaf sunat jadi kami tak buat umrah kedua. Lagi pula kami tak ambil ubat tahan haid jadi risau juga haid datang awal sekiranya badan kami terlampau penat. Sampai di hotel kami terus bergegas ke masjidil haram untuk tawaf sunat dan solat zohor. Alhamdulilah dapat view kaabah, bestnya feeling waktu ni. Ya rabb rindu betol.



Selepas zohor, I dan mama melencong ke Bin dawood untuk beli jajan (ice cream, laban dan coklat). Best yer masuk pasaraya, terus hilang penat tu.lol Kemudian kami ke clock tower untuk beli B.Laban, fuhh rezeki kami orang tak ramai sangat. Kami tak tau sangat cara order, tunjuk je gambar menu yang viral pastu dia akan cakap add on yang perlu dan total 33SAR. Okay la not bad sebab mangkuk dia besar boleh kongsi 5 orang kot. Tapi lama juga nak siap, diorang ni kerja santai betul.


Ini la kejadiannya, tunggu ayah dan adik siap umrah kedua baru makan sama-sama. Kunafa almond pistachio with cream cheese. I tak ingat sangat rasanya HAHA tapi muak jugak la nak habiskan so ayah I makan paling banyak. Dia sweet tooth tegar.


Kami dinner di dewan makan Safwah Orchid, lauk-lauk best kena selera I. Roti dan pastries dia banyak, buah-buahan pun banyak. Waiter pun baik-baik je layan karenah jemaah umrah. Kami perlu tawaf wada' esok dan bergerak ke Madinah selepas zohor, jadi kami pun decide untuk cuci mata di kedai-kedai dalam Safwah tower petang ni.


Peniaga-peniaga kat sini memang mulut manis ya, lagi diorg nampak lanyard kita bendera malaysia haaa siap la kome. Non stop la dia cuba untuk pujuk kita masuk kedai. Kami nak beli dubai chocolate untuk adik-adik di rumah yang asyik tanya dah beli belom ole-ole. Rupanya banyak ye plihan dubai chocolate, tak tau nak pilih mana, I tertarik dengan satu kedai ni seller fasih bahasa melayu haa. Semua coklat, kurma dan kismis dia bagi kita cuba. Sugar level I naik mencanak lepas keluar dari kedai dia, kami warga malaysia yang berhati lembut ni mestila borong macam-macam setelah dilayani sebegitu.

Malam tu kak anis dan kak pzah bercerita pasal pengalaman masing-masing. Kami pun turut bersembang serba sedikit, rupanya ada prosedur baru untuk jemaah wanita masuk ke Hijr Ismail tanpa perlu berebut. Semua tekad nak try nasib esok pagi selepas subuh, I dan mama pun ikut serta. Nak tau berjaya tak percubaan kami untuk masuk solat di Hijr Ismail? Tunggu next post yer.



With love.

Yaya doe