Wednesday, December 31, 2025

Umrah Travelog - Makkah Part 2


Hi semua,

Selesai solat subuh, kami sempat solat jenazah dan mengaji dulu. Semalam ustaz inform 9.30am dah kena tunggu dekat lobby untuk ziarah dalaman Masjidil Haram. Mama ajak I tawaf sunat selepas subuh. Walaupun tak tidur tapi I masih bertenaga. Alhamdulillah dapat tawaf sunat 7 pusingan dengan bantuan mama, selesai tawaf mama nak bawa I sentuh hijr ismail dan makam Ibrahim. Orang ramai sesak sangat sampai I give up, risau la semua main siku dekat situ.

Kami pulang ke hotel untuk breakfast, best stay di hotel Safwah sebab banyak lift dan tak perlu berebut. Sempat la berehat sebelum turun ke lobby semula. Jemaah group I semua punctual dan bersemangat nak follow ustaz untuk ziarah sekitar masjidil haram.

Ustaz menerangkan kawasan-kawasan dalam masjidil haram bermula dari Mataf gate. Kami turun ke area mataf ke arah Kaabah, cuaca pagi dah panas terik. Ustaz cerita tentang sejarah hajarul aswad yang berada disebelah kiri Multazam. Tempat mustajab doa pula di depan Multazam iaitu dinding kaabah diantara hajarul aswad dan pintu kaabah. Banyak info dan sirah yang diceritakan, semua jemaah fokus betol sebab nanti mesti ustaz akan tanya soalan.Huhu Hajarul aswad merupakan batu daripada syurga yang diturunkan oleh malaikat Jibril kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ketika kaabah dibina. 

Kemudian kami ke area saie, disebabkan ada rakan jemaah yang berkerusi roda jadi kami perlu menunggu kerana kawasan masjidil haram banyak tangga dan escalator. Saie merupakan ibadah berulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah dan ia rukun wajib dalam haji dan umrah. Saie dilakukan selepas tawaf dan tidak perlu wuduk. Ibadah ini untuk mengenang kecekalan Siti Hajar mencari air untuk anaknya Nabi Ismail ditengah padang pasir.

Kami turut mendengar beberapa sirah seperti perjanjian hudaibiyah pada tahun 6 hijrah dan pembukaan Kota Mekah yang berlaku pada tahun ke 8 hijrah. Pada tahun 6 Hijrah, Rasulullah dan pengikutnya pergi ke Mekah untuk menunaikan umrah dan menziarahi keluarga disana. Sampai di Hudaibiyah Baginda mengutus Uthman bin Affan untuk menyampaikan maksud kedatangan mereka ke Mekah. Namun Uthman ditahan oleh kaum musyrikin dan tersiar berita palsu tentang kematian Uthman bin Affan. Baginda terus mengambil janji setia (bai'ah) muslimin untuk memerangi kaum quraisy hingga kemenangan dicapai. Janji setia tersebut ialah Bai'ah Ridhwan, ia telah menggentarkan kaum musyrikin Mekah pada ketika itu maka berlakulah Perjanjian Hudaibiyah.

 Ustaz masih kekal bertenaga, jemaah lain termasuk I sudah lemau sebab tak cukup tidur.Huhu Selepas itu semua bersurai untuk solat zohor, I dan mama dapat solat dalam masjid tapi tak dapat view kaabah tapi view tong air zamzam. Sedih huhu. I cakap mama duk sebut nak minum air zamzam sebelum zohor, Allah terus bagi solat zohor dekat depan deretan tong air zamzam.HAHA.

Lantai masjidil haram sejuk je, tapi keadaan agak berhabuk sebab ada construction dalam masjid. I pula malas nak pakai mask sebab risau terpakai waktu dalam ihram. Ramai berebut nak solat dekat spot tertentu tapi kena halau selagi tak penuhkan kawasan yang askar buka. Tapi sekejap je dah penuh saf-saf, seronok sangat solat dekat masjidil haram semua berlumba-lumba nak beribadah. Seusai solat kami pun bersesak dengan ramai orang untuk keluar ke dataran, kalau tak sabar memang boleh rengsek.HAHA Banyakkan istigfar walaupun kena tolak dengan acik-acik negara lain.

Kami lunch di dewan makan hotel, makan sama-sama dengan mama. ayah dan adik sambil bersembang pasal ujian masing-masing di tanah suci.HAHA Makanan yang disediakan banyak pilihan dan kena dengan selera orang asia, sambal indo dia sedap makan dengan keropok indo.fuhh Lauk-pauk semua menu indonesia, kalau pesen tak memilih makan okey je. Kalo suka makan pakai tangan, tisu basah dan sarung tangan plastik tolong la bawa banyak sebab sini tak ada sinki basuh tangan. Overall I puas hati makanan buffet di Safwah under TA, tak perlu makan luar dan masuk bilik terus boleh rehat.

Balik bilik, I terus rehat dan tertidur. Penat tak tidur satu hari. lena betul sampai tak mimpi apa pon. Setan tak ada kot dekat sini nak mengacau dalam mimpi. Mama kejut bangun bila dah nk masuk asar, terus bangun ambil wuduk dan capai telekung. Kami turun ke dataran, banyak pula kawasan askar-askar sekat so kami berjalan jauh untuk masuk ke masjid. Ramai yang dah menunggu nak solat di dataran tapi askar akan buka bila area dalam dah penuh.

Solat maghrib dan isyak malam ni di atas bumbung, bila salah masuk pintu memang haa bersesak la naik escalator sampai tingkat atas.HAHA Alhamdulilah dapat view cantik, walaupun tak nampak kaabah. Dapat solat dalam masjidil haram pun dah syukur. Lepas isyak mama ajak jalan-jalan dekat clock tower untuk dinner. Lama juga menunggu ayah dan adik datang, sempat la I masuk sephora Makkah tower dengan telekung macam baru balik terawih. Semua orang la pakai macam tu so tak malu pon.lol 

Masing-masing dah penat tapi nak juga explore foodcourt tingkat 4, tapi yang sadisnya meja dan kerusi full. Ramai yang tapau sebab malas nak berebut meja kerusi, so kami pun decide untuk ke Safwah foodcourt je. Alhamdulillah ada table kosong untuk kami, untuk dinner malam ni nasi beriani kambing dan fries garlic sauce.fuhh sedap. 


With love & Happy New Year 2026

Yaya doe    

Saturday, December 13, 2025

Umrah Travelog - Makkah Part 1

 

Hi people,

Jom sambung cerita umrah di hari kedua, perjalanan dari miqat ke tanah Haram mengambil masa 1 jam disebabkan trafik slow di area clock tower. Mutawwif bagitau ada hikmah perjalanan kami delay, bila sampai Makkah lepas isyak keadaan kurang sesak untuk kami mulakan tawaf.

Bas lalu terowong bawah dan berhentikan kami di tepi jalan depan bangunan hotel Safwah. Para mutawwif Tiram Travel sudah berkumpul untuk menyambut rombongan kami yang kepenatan. Selesai bersalaman dan mengambil gambar kami pun bergerak ke tingkat 3 lobby Safwah Orchid. Alhamdulilah urusan check-in tak lama dan kami berempat dapat sebilik yang sama. Ayah dan adik pula sebilik dengan mutawwif. Selesai bersihkan diri, ustaz inform dalam group pukul 11malam kita akan mulakan umrah.

Ustaz bawa kami menuju ke dataran masjidil haram, ada beberapa info sekiranya jemaah tersesat hanya perlu berpandukan clock tower. Hotel kami cuma 50meter dari pintu masjidil haram, ustaz guide kami untuk masuk ke gate yang terus ke mataf. Masjidil haram mempunyai 262 gate dan askar akan jaga setiap gate dan sekat ketika waktu solat, kadang I pun pening nak keluar masuk gate mana. Confident nak hafal laluan gate tapi i selalu failed.HAHA Gate yang selalu I masuk King Abdulaziz (1), Umrah gate (63) dan King Fahd (79). 

Saat pertama kali tengok kaabah, Ya Allah sedih yang teramat sangat sebab 29tahun I tunggu untuk dijemput ke Baitullah. Allah jemput sebagai tetamu-Nya, I doa untuk rezeki yang tak dijangka dan Allah dah jawab doa I. Ustaz minta kami membuat 3 barisan, wanita didepan dan lelaki dibelakang. Mama pegang tangan I waktu tawaf dan kami berdoa bersama-sama. Sepanjang tawaf I menangis sebab sedih sangat, ustaz guide kami untuk tawaf 7 pusingan bermula dari sudut hajarul aswad. I tried untuk jaga pantang larang ihram dan jaga wudu' waktu tawaf.

Selesai tawaf, kami solat sunat tawaf dan minum air zamzam. Pekerja-pekerja masjidil haram ramai yang baik hulur air zamzam, tau je I dahaga sangat masa tu. Kalian kalau ingin sedekah boleh bagi dekat pekerja-pekerja masjid dan orang yang berkhidmat dengan kita sewaktu disana. Kemudian kami terus melakukan saie, orang sangat ramai dekat saie, baru pusingan pertama perjalanan dari safa ke marwah semua ahli group dah berpecah kena langgar dengan jemaah negara lain. I masih lagi dengan mama, energy dah low so I jalan pun tak laju. Jemaah lain dah kedepan, so waktu saie I dan mama buat sama-sama. Bagi I saie paling mencabar, sebab kaki I dah penat, tapi bila ingat pengorbanan Siti Hajar berlari anak mencari air terus I insaf dan hanya mampu berdoa Allah bagi kekuatan untuk habiskan saie.

Waktu pusingan ke 6 mama ajak pergi toilet, mama nak tambah lagi 2 pusingan sebab dia rasa was-was. Selepas I settle pusingan terakhir, mama sambung lagi 2 pusingan dan I tunggu atas bukit Marwah. Berhimpit-himpit di Bukit Marwah, I rehat minum air dan sementara tunggu mama I baca doa-doa kiriman kawan-kawan. Kami selesai umrah 2.30pagi dan terus balik hotel untuk bertahalul, jemaah lelaki ustaz sarankan untuk cukur botak.

Bila sampai bilik tak sempat rehat, mama dan adik ajak makan di foodcourt Safwah tower sementara tunggu subuh. I cakap nak makan pizza, so I belikan pizza dan air teh ais sebab teringin teh ais. Kami pun sambung berborak pasal umrah yang baru selesai. 

Sejam sebelum subuh kami ke masjidil haram, lalu gate mana entah sebab ikut je arus jemaah tengok-tengok dah sampai tingkat atas sekali. Kami dapat solat subuh atas bumbung pagi tu, cuaca nyaman je. View dekat atas bumbung cantik dan ada banyak ruang solat untuk wanita. Ya Allah rindunya nak solat dalam masjidil haram, tak kesah dekat mana asalkan dapat solat dalam masjid.

With love.

Yaya doe    

Tuesday, December 2, 2025

Umrah Travelog - TAIF

 

Hi semua,,

Sambungan perjalanan naik bas dari Jeddah ke Taif, I rasa macam lama betul nak sampai Taif. Bas berhenti kejap di rnr, I teman mama untuk ke toilet. Sejuknya angin, mengigil kami dekat situ. Dalam pukul 12.30am kami sampai di Hotel Oriens untuk check in. Ustaz dah bagi list nama bilik dan bilik I berempat. Mama dan I dapat sebilik dengan 2 orang jemaah lagi yang datang solo. Kak Pizah datang umrah solo dan Kak anis bersama suami. Kami bersuai kenal sewaktu makan supper dalam bilik, hotel bagi nasi mandy ayam haaa kenyang lepas tu terus rehat sebab pagi esok 7.30am dah bermula aktiviti. 

Mama kejutkan I pukul 5pagi untuk solat subuh, first day tak mandi ye sebab risau badan tak biasa dengan suhu Taif.HAHA Pukul 6.30pagi ada porter hotel ketuk pintu hantarkan nasi lemak. Fuhhh rezeki subuh tak sempat rasa lapar dah dapat makanan. Alhamdulillah. Tapi jangan complain kenapa rasa nasi lemak tak sama macam dekat kampung pulak, makan aje apa yang disua.

Awal pagi kami semua dah check out, tapi nasib kami kurang baik. Ustaz bagitau bas group 1 & 2 bateri problem, bas datang lewat sikit. Masing-masing akur akan ujian ini, cuba untuk kekal tenang. Around 9.30am bas pun sampai, semua dah semangat nak lawatan area Taif.

Our first destination, Abdullah Ibn Abbas Mosque. Ustaz bawa kami semua berjalan di area masjid dan perpustakaan wakaf tertua di situ. Sirah tentang Abdullah Ibn Abbas iaitu sahabat Rasullulah turut diceritakan oleh ustaz. Beliau telah wafat di Taif pada 68Hijrah pada usia 71tahun dan disemadikan di Taif. Namun makam beliau telah dirahsiakan bagi mengelak daripada berlaku perkara kurafat.

Keadaan di Taif nyaman, tapi bila terkena matahari terasa terik pancaran. Kami singgah dikedai madu yang famous dikalangan orang malaysia. Owner kedai pun fasih cakap melayu, I beli madu dan kuih mata unta (bahulu karamel)HAHA. Dekat sini ramai penjual yang akan datang dekat kita minta beli perfume,tasbih, teh panas, delima dan macam-macamlah.

Selepas sejam kami pun bergerak ke Ladang Ros Taif, yang sadisnya bas kami tiba-tiba engine problem. Dah kami tersadai di area bukit-bukit yang berbatu. Masing-masing dah istigfar, cuba untuk sabar. Ada juga yang dah risau, sebab petang nanti perjalanan kami 2jam ke Makkah. I dengan mama duduk je dalam bas layan perasaan, suhu pun sejuk tak la rengsek sangat. Ada jemaah yang turun ambil angin dekat luar sambil tengok keadaan engine bas. Mutawwif dah inform HQ tentang masalah yang dihadapi, yang lain hanya mampu berdoa semoga masalah ni dapat diselesaikan. 

Akhirnya setelah sejam lebih tersadai, bas dah boleh jalan slow-slow. I berdoa sepanjang jalan, minta la bas okay sampai Restoran nasi arab, sebab dah lapar.Huhu. Jalan nak ke Ladang Ros pulak curam nau, risau kita tengok selekoh dan tiba-tiba engine stop dekat selekoh kecik. Ah sudahh. Kenderaan dekat belakang dah hon non stop. Tak sabar semuanya. Masing-masing dah berdoa macam-macam.HAHA Alhamdulilah sampai ke next place dengan selamat. Jemaah dari bas group 1 tanya kami pasal bas kenapa, hmm kami pun no komen. Selepas itu 2 bas lain follow rapat dekat belakang in case something bad happened.         


Di Ladang Ros, kita akan dibawa masuk ke dalam ruangan besar dimana bunga-bunga ros diekstrak. Ada bilik besar untuk pengunjung duduk, owner kedai akan explain A-Z cara-cara pembuatan produk dari bunga ros. Seller akan promote satu set wangian ros dengan berharga 100riyal, tapi korang kena pandai tawar harga untuk dapat the lowest price. Setelah itu kami berjalan-jalan dalam kawasan situ untuk OOTD, banyak ootd spot dan cafe. I yang masih barai cuma layan perasaan dan ambil gambar suasana.

Jemaah inform ustaz untuk singgah kedai buah, ada banyak kedai buah-buahan area Taif. Tapi mungkin disebabkan masa, bas cuma berhenti di deretan kedai buahan yang tak banyak pilihan. Atau mungkin driver dah dapat komisyen untuk bawa kesitu?Huhu. So my parents beli buah delima, blackberry dan honeydew. Ustaz bawa kami makan di salah satu kedai nasi arab di Taif. Sedap betul nasi mandy dan kunafa Taif. Jus delima agak masam, maybe kena tambah gula.lol. I siap pau ayah untuk tapau kunafa. Nasi mandy satu pinggan banyak duhh.

Selesai makan around 3pm, kami dibagitau yang bas kami ke makkah akan ditukar ke bas lain. Pomen cakap keadaan bas kami tak mengizinkan untuk sampai ke Makkah. Bas baru akan datang lagi sejam lebih, kena tunggu lagi. Mungkin ni ujian kami untuk sabar, tapi I tak sabar dah nak masuk Makkah.HUHU Kami semua pun decide untuk solat jamak di surau area restoran. Surau tu untuk penduduk sekitar, jadi tak ada ruang untuk wanita. Pekerja kedai cakap kami wanita boleh solat dekat situ dan jemaah lelaki solat di surau kedai makan. 

Bila bas baru sampai semua kembali tersenyum, I dan mama naik bas terus tertidur penat. Sedar je dah sampai di miqat Masjid Qarnul Manazil. Kami semua bersihkan diri dan solat jamak maghrib isyak disitu. Jemaah lelaki pun pakai pakaian ihram, ustaz sabar tunggu kami semua berkumpul kembali dalam bas untuk berniat bersama-sama. Kebanyakan jemaah dalam group 2 first time melakukan umrah, mutawwif guide satu-satu dan remind pantang larang ihram. Maka bermula la kami berniat ihram dan bertalbiah. Perasaan sebak dan gementar tu makin kuat sepanjang perjalanan ke tanah Haram. I cuba remind diri sendiri untuk banyakkan istigfar dan sabar.   


With love.

Yaya doe