Friday, December 27, 2024

SINGAPORE : Day 2 Part 4


Hi everyone,

Ada yang masih menunggu part akhir kisah SG? Ayuhh

I on citymaper untuk allocate our next destination, Chinatown. Disebabkan jarak cuma 500 meter dari Potato Head kami pun berjalan kaki kesana. Chinatown adalah kawasan yang paling meriah dengan tourists. Berdekatan Hawker food center & Maxwell food center, sesuai untuk pelancong yang save bajet cari makanan murah. Tapi halal food option quite limited.


Station commuter terdekat adalah Maxwell St - TE line, sekiranya korang naik mrt boleh turun situ. Kami berjalan masuk ke dalam Chinatown complex, curious nak tau apa yang ada di dalam but mostly local food. Sebijik macam Pasar Payang tapi versi Chinatown. 


Basement level ada wet market, level 1 pula barangan kering seperti souvenirs, clothes, antique shops & level 2  hawker food court. Kami tak naik ke level 2 sebab tak ada streetfood yang halal untuk kami cuba.


Sempat singgah ke Buddha Relic Temple yang free entry. Najat sangat curious nak tengok keadaan dalam macam mana. So I pon join jela masuk, waktu itu ada upacara di prayer hall  & donations. Sekejap je melilau kemudian kami keluar, kami lebih tertarik dengan kawasan luar temple - their old traditional chinese architecture is so full with historic value. Dekat Malaysia idok la den saja-saja nak masuk, cukup sekadar kita hormat agama masing-masing.


Sambung berjalan ke Chinatown Street Market, sini pun banyak souvenirs yang murah untuk tourists bawa pulang.


Menikmati suasana di Chinatown yang busy sementara menunggu Najat shopping. Cuaca mendung dan angin sepoi-sepoi bahasa buat kami galak melangkah ke setiap lorong. Kami sempat masuk ke dalam Sri Mariamman temple the oldest hindu temple in SG (free entry). Its is cool to see the buddhist temple, hindu temple & masjid all within next to each other at Chinatown area.



Menginjak ke pukul 3ptg kami mula bergerak ke Masjid Jamae Chulia di Chinatown. Masjid ini adalah yang tertua di SG  dan hanya dibenarkan muslim untuk masuk. Ia tidak dibuka kepada tourists non-muslim untuk bergambar didalam. Kami berehat di dalam masjid dan segera menunaikan solat zohor & menunggu solat Asar. Masjid ini agak luas walaupun dari depan nampak kecil. Ia turut menyediakan ruang mandi dan toilet yang bersih siap ada nozzle spray.


Selesai melaksanakan solat kami bergerak ke Garden by the Bay. We took Downtown line - Chinatown dan turun di Bayfront Station. Previous trip tak sempat cover every corner so this time I bawa Najat to explore another side of the garden. Kami gerak naik escalator yang menuju ke arah Marina Bay Sands dan berjalan ke observatory deck.



Alhamdulilah cuaca cantik. Macam biasa la masing-masing sibuk nak bergambar di observatory deck. Kemudian kami berjalan ke connecting bridge untuk ke Supertree Grove.nasib ada lif disediakan untuk turun ke dataran. 



Yayy dah sampai Supertree Grove. Last time tak dapat bergambar sini sebab dah nak malam & energy dah 0.HAHA Waktu ni energy I masih 40% dan I tanya Najat nak stay sampai light show ke? Kemungkinan tak sempat untuk dinner bcos it takes 1 hour journey to reach shuttle train terminal. So Najat decide untuk terus gerak ke Woodlands Avenue, dinner lagi penting! huhu




Kaki dah penat & perut pon keroncong. Our shuttle train pukul 9pm, sempat lah kami early dinner dulu di Woodlands. Kali ni nak try Jollibee, jangan risau Jollibee di SG semua ada sijil halal yang diiktiraf. Order dan bayar di machine sama seperti McD/KFC dan tunggu order no dipanggil di screen kaunter. We order chickenjoy w/rice set & chickenjoy w/spagetti set it cost us about 16$. Ofcos it comes with their signature pineapple juice. I rate 7/10, not bad maybe next time boleh try other set pulak bcos their new branch dah buka di JB. 



Dalam pukul 8.30pm kami dah gerak ke terminal by bus, sebenarnya jarak dari Woodlands Avenue dekat je, awal tak kalut. Around 30mins juga melepak tunggu boarding time, urusan di imiggration pon ok, tapi pintu autogate I selalu lambat buka. Machine pon dah konpius nak scan muka aku serabai serabut penat, lambat pulak detectnya.alahaiii

Alhamudulilah, selamat sampai rumah pukul 10.30pm. The next day baru dapat notification for public transport charges untuk day 1 RM23 & day 2 RM33.14. So korang dah boleh estimate berapa nak spend on public tranports kan. 

Ramai yang assumes SG is an overrated country to visit, it is a pricey country to live in yet safe for female travelers to explore their diverse cultures and heritage. The vibes there are so different from Malaysia, so always be grateful in every country you visit no matter how good/bad your experience is. Ishh banyak pulak membebels, stay tune to my next trip posts 2025. Kbai


Happy New Year

With love.

Yaya doe

Monday, December 2, 2024

SINGAPORE : DAY 2 Part 3

 



Hi people,

Good morning sunshine, hari yang baru so semangat pun baruuu. Terus hilang penat semalam ya. tak sabar nak bawa Najat jenjalan untuk day 2. Walaupun semalam penat gila, Najat cakap I lena tidur. Pukul 6 pagi baru terjaga untuk solat & mandi, kami nak check out awal today bcos our shuttle train pukul 9.30am.


Dah siap packing untuk check out kami turun breakfast dulu. Ada beberapa pilihan makanan tapi tak sebanyak buffet hotel 5 star. Boleh la mengisi perut kami yang kosong sebelum memulakan perjalanan di hari kedua.



Fruits & salads area. I tak minat sangat makan buah, so kaki laju melangkah ke area nasi lemak & pastries.HUHU


Kami check out pukul 8.30am risau pula tertinggal train tapi eh jalan kaki tak sampai 5mins dah sampai JB Sentral - KTMB departure area. Memang recommended la hotel ini untuk korang yang nak save bajet macam kami berulang-alik from JB>SG. 


Train KTMB bergerak tepat pada waktu. Day 2 kami dah makin laju melangkah sebab dah faham public transport system in SG. Our first destination was Fort Canning, naik NS line dari Woodlands St terus ke Dhoby Ghaut St. I guna Citymapper je, sangat function confirm tak sesat InsyaAllah.


A popular Instagram spot among tourists - a spiral staircase with canopy of trees but I prefer korang datang awal pagi. Sampai  je Fort Canning Tree Tunnel dah ramai yang beratur untuk ootd.  Najat & I tak sanggup nak beratur so kami ambil gambar area atas je. Kalau gambar dari bawah lagi paduuu. Puas bergambar di Fort Canning kami bergerak ke bustop Orchard Rd untuk ke Chijmes, kali ni naik bas pula kesana.


Chijmes adalah kompleks bangunan bersejarah dan terdapat small church, event hall, restaurants & bars. Cuaca pagi di Chijmes sangat tenang, mungkin malam baru meriah. Tak ramai crowds dekat luar walaupun tempat ni viral. Their heritage gothic architecture memang style habis untuk ootd plus got outdoor escalator untuk feeling-feeling tiktoker.


Our next stop was Old Hill Street Police Station and we took a public bus from Chijmes to here. It is a colorful building with colonial-era architecture, and the view from outside is cute. Apa yang I perasan, bunch of groups picnics around the landmarks. Mungkin culture disana, asal ada tempat best  terus hampar tikar lepak sama-sama. Belakang bustop pon ada yang lepak picnic.HAHA


Puas berjalan, jam dah pukul 12 tengahari & perut kami bising minta di isi. Kami menapak ke Funan Mall untuk kali kedua, Najat request wingstop lagi sebab sedap dooh. Kali ni I order dekat kaunter, 2 set classic wings dan boleh pilih  flavour. Seharusnya I pilih mango habenaro, garlic parmesan & texas buffalo. It cost us 23SGD & can pay via bigpay card.


Sementara I order, Najat jaga meja yang kosong. Tak sampai 15mins makanan kami siap dan boleh pickup di kaunter. Mango habenaro I rate 1000/10, garlic parmesan sedap sebab i suka cheese 9/10 tapi Najat cakap muak. But the texas buffalo flavor biasa je 5/10, flavor dia macam terlebih masam. Next time nak try flavor kecap manis, teriyaki & smoked bbq. 



Selesai lunch kami berjalan ke bustop area Funan, best pula naik bas berbanding mrt sebab tak perlu naik turun escalator. Tapi driver bas dia sumpah tak rilek sama je perangai macam driver bas rapidKL.Kahkah. Kami tak sempat turun dia menonong dah tutup pintu tekan enjin so terpaksa la turun di next bustop.HUHU Kami jalan kaki dari bustop ke Potato Head building. 

Bangunan ni dibina pada tahun 1939 waktu Perang Dunia II baru nak bermula. Potato head masih kekal sebagai bangunan lama yang dinaiktaraf menjadi cafe with rooftop bars.


Dah puas bergambar kami berjalan ke next stop, sempat singgah di beberapa bangunan lama yang dijadikan cafe di area Potato Head. Nantikan episod terakhir kitorang dalam next entry, biasa la dah hujung-hujung lemau pula nak menaip.



Kbye


With love.

Yaya doe