Monday, September 27, 2021
10082021: #LITTLE LIFE UPDATE ( VACCINATED AGAINST COVID 19) : FULLY VAX
Wednesday, September 22, 2021
I SURVIVED COVID - HOW DO I RECOVER FROM COVID-19 AT HOME
Wednesday, September 1, 2021
CHAPTER 5 : ALTER
Bab 5 : Puteri Santubong
Bab 5
“Dr.Adam Zuhair.” Panggil Qais. Aku
tercengang. Dalam satu malam aku nyaris jadi gigolo sekarang doctor pulak lepas
ni apa? Menteri Kewangan Negara?
“Adam. Panggil je Adam.” Kekok pulak aku
yang takde pengalaman dipanggil doctor.
“Okay Encik Adam boleh ikut saya sekarang”
Aku mengekori Qais. Dalam hati memuji
kecantikan villa tersebut. Tapi baru aku perasan, setiap sudut ruang terdapat
CCTV yang mengawal setiap bergerakan. Mungkin nak kawal pergerakan anak dia
kot. Aku rasa anak dia sakit jiwa ni.
Anak orang kaya tapi gila. Kesian.
“Ni bilik Encik Adam.” Mataku membulat.
“Saya tak cakap pun nak tinggal kat sini.”
“Dalam surat perjanjian ada tertulis Encik
Adam mesti tinggal sekali dengan pesakit. Ini untuk menjaga keselamatan pesakit
apabila proses rawatan dan pemulihan mental dan emosi bermula. Saya dah
transfer duit RM 200 ribu ringgit ke dalam akaun Encik Adam.”
Masa bila aku sempat nak baca
syarat-syarat, kalau dah Tuan Fahmi tu tenung macam nak kerat 18 je. Shit
what?!
Mata aku terbeliak lagi. Lama-lama boleh
juling. 200 ribu? Mak ngaii. Last aku check baki dalam akaun ada RM18.60.Huhu.
Aku mengangguk lagi.
“Tapi boleh saya tau mana pesakit saya
sekarang ni?” Dalam hati aku memang dah berdebar. Yela pesakit aku orang gila
kot. Ingat lagi waktu aku pratikal di Hospital Bahagia, Ulu Kinta,Perak.
Azabnya pehh masa tu berat aku hilang 20 kilogram gara-gara berkejar sana sini.
Dan peluang aku untuk bekerja kat sana
lepas grad lenyap macam tu je lepas sorang pakcik yang bawah jagaan aku toreh leher
dia sendiri sebab dia cakap muka aku ni macam anak dia yang penagih dadah tu.
Lepas kes tu nama aku langsung tak tersenarai, markah aku cukup-cukup untuk
grad je.
“Cik Diana sekarang ada dalam bilik bawah”
Qais mengiringi aku ke bilik anak perempuan Tuan Fahmi.
“Cik Diana ada kat dalam, Encik Adam
masuklah. Saya terpaksa pergi dulu sebab ada perkara yang perlu diuruskan” Qais
meninggalkan aku di hadapan pintu bilik.
Biar
betul takkan dia blah macam tu je? Sekurangnya bagi la ubat penenang ke ape.
Aku menguak pintu bilik perlahan. Bilik
bacaan desis Adam. Imaginasi aku bukan main bayang katil besi dengan langsir
koyak rabak.
“Cik Diana…Oh Cik Diana.” Aku menyusuri
deretan rak buku. Sampai di rak buku yang ke-4 terdapat setimbun buku diatas
meja kayu. Namun bayang pembacanya langsung
tak nampak.
“Cik Diana awak kat mana?” Tanganku lincah
membelek salah sebuah buku yang bertajuk Today I’m Alice- Alice Jamieson sampai
lah ke muka surat yang bertanda.
“The return of the voices would end in a
migraine that made my whole body throb. I could do nothing except lie in a
blacked-out room waiting for the voices to get infected by the pains in my head
and clear off.”
“Ehem..” Deheman dibelakang buatkan aku
terkaku. Saat aku berpaling kebelakang rasa macam bumi ni nak terbalik.
“Aa…aa” Mataku membulat.
Aku mengundur setapak demi setapak tanpa
sedar aku terlanggar rak buku dan jatuh terjelepuk dihempap buku-buku.
“Aduhh..”
“Eh awak tak apa-apa. Saya mintak maaf
sebab kejutkan awak. Saya tak ada niat pun nak takutkan awak. Saya minta maaf.”
Balas perempuan manis berbaju kurung.
Adam cuba menjarakkan dirinya apabila Diana
cuba mengalihkan buku-buku yang berada diatas badannya.
“Mana handphone saya hah?” Ayat pertama
yang berjaya keluar dari mulut aku.
Aku yakin dialah perempuan goth yang bawak
Buggati Veyron macam pelesit semalam. Walaupun sekarang muka dia tak bermekap
lepas tu bajet pakai baju kurung pulak. Tutur kata pehh macam Tun Teja. Semalam
bukan main lagi kau ye ber’sial babi bagai.
“Excuse me?”
Diana mengerut dahi. Buku-buku didalam
dakapannya disusun kembali diatas rak. Tangannya yang menggeletar cuba disorok.
Aku cepat-cepat bangun.
“Bukan awak ke yang curi handphone saya
semalam lepas tu tinggalkan saya kat tepi jalan. Oh mentang semalam saya tak cakap
banyak suka hati awak je buat saya macam anak kambing” Aku menunding jari tepat
kearahnya. Anak kambing Adam? Lantaklah.
Aduhai malunya aku. Kisah aku ni dah macam
lelaki murahan yang kena buang dengan awek kaya je. Ahh aku tak kesah janji aku
lepas semua perasaan aku.
Diana mengigit bibir bawah. Dia melepaskan
keluhan perlahan.
Adam pula masih menanti jawapan gadis
tersebut.
“Saya bukan Amber, saya Diana. Amber tu…er
dia tu” Perasaan gugup mula menguasai dirinya. Dia rasa macam ada sesuatu yang
berdenyut didalam badannya cuba untuk keluar.
“Bukan sekarang, tolonglah. Tolonglah.”
Balas Diana perlahan, dahinya berpeluh. Tangannya menongkat sisi meja. Saluran
nafasnya bagaikan disekat.
Adam dah cuak.
“Okey-okey, saya faham. Nama sebenar awak
Diana, tapi nama samaran Amber kan? Takpe takpe handphone tu…cik Diana?”
Diana terkaku disisi meja, mukanya menunduk
ke permukaan meja. Tak bergerak.
“Cik Diana? Are you alright?” Aku memegang
bahunya. Serta merta dia berpaling merenung kearah aku.
“La taqrabu zina, dan janganlah kamu
mendekati zina. Sesungguhnya ia suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang
buruk, surah Al Isra’ ayat 32!” Balasnya keras lalu menepis tanganku dibahunya.
Ya Allah bila masa pulak aku nak berzina
ni. Ye memang bilik ni suram tapi wallahi aku takde niat pun nak buat pape kat
pompuan ni.
Dia memandang aku atas bawah kemudian dia
menyentuh rambutnya separuh bahu. Tanpa sebarang amaran dia menjerit melarikan
diri ke bawah meja.
Aku memang angkat tangan surrender.
“Cik…cik.”
“Mak Tun!!!!. Mak Tun!! Tolong ana, ada
lelaki ajnabi kat dalam rumah ni.”
Tak cukup kaki perempuan tua yang bernama
mak Tun merempuh masuk sambil menjinjit kain tudung ditangannya. Diikuti dengan
Qais.
“Er..makcik, Encik Qais sumpah saya tak
buat apa-apa pun”
“Mana Ainul Mardhiah?” Tanya Mak Tun cemas.
Aku ternganga. Ada perempuan lain lagi ke?
“Mak Tun, ana kat bawah meja ni. Cepat
selamatkan keaiban ana. Allahu akhbar!”
Encik Qais menarik aku keluar dari bilik
bacaan.
“Sumpah Encik Qais, saya takde niat nak
buat apa-apa.”
“Nur Diana Sofia. Pesakit dissociative
identity disorder.” Ucap Qais. Serius.
“Hah? Dissociative identity disorder?” Aku
terdiam. Dissociative Identity Disorder (DID) atau dalam bahasa melayunya
kecelaruan identiti.
Pesakit biasanya mempunyai beberapa identiti
atau personaliti yang berbeza dalam badan yang sama. Jadi pesakit DID tidak
dapat mengingati kejadian yang berlaku ketika personaliti yang lain mengambil
alih badannya.
Aku ingatkan penyakit ni berlaku kat negara
omputih je. Sebab masa projek final sem aku kena bentang pasal penyakit DID dan
pesakit yang mengalami full criteria of DID ni jarang berlaku kat negara asia.
Tapi kenapa Prof Nizam tak pernah cerita
pasal dia ada pesakit DID? Yeah, rahsia sulit pesakit kot.
“Jadi tugas Encik Adam ialah tolong
tenangkan semua personaliti Cik Diana sementara kami mencari Dr. Pakar
Psikitiari sesuai yang dapat sembuhkannya. Sejak Dr Nizam tiba-tiba tidak mahu
lagi merawat Cik Diana, semua
personaliti didalam badannya mula tidak dapat dikawal.”
Aku termanggu.
Hakuna Matata,
Yaya Doe