Aku Kyla tapi kalau nak tau nama melayu aku, Nur Khalis.
Ahh, dah lama aku tak dengar nama tu semenjak kali terakhir aku menatap wajah
arwah ibuku sewaktu berumur 6 tahun dan sekarang aku sudah berumur 20 tahun.
Selepas itu papa menghantarku untuk tinggal bersama nenek di kampung.
Eh kejap
tentu korang terbayangkan kampung bersawah hijau setenang camar yang terbang
atau pun kampung ditepian Laut China Selatan yang bayunya meresap sehingga
tulang hitam. Maaf kerana tekaan anda salah.
Papa telah menghantarku ke
kampung kecil di Peggy's Cova, Canada! Iye
mula-mula pun aku ingat papa buat lawak game supernovva yang aku selalu main
dengan Dora (anak jiran sebelah) rupanya tidak. Aku pun tak tahu tempat tu ada
tercatat dalam peta dunia ke tidak.
Nenekku, Grandma Sierra merupakan penterjemah bahasa Old
Hebrew. Bahasa kuno purba yang telah menjadi bahasa komunikasi berabad-abad
yang lalu. Kata nenek, tidak sampai 10 orang dalam dunia ni yang fasih dalam
menterjemah aksara-aksara Old Hebrew. Nenek nak berlagak la tu.
Selepas menghantarku kesana papa menghilang melarikan diri.
Aku pun tak tahu dia dimana sekarang.
Bahasa Melayu aku?
Jangan risau setakat
berjual beli pantun mampu lagi aku balas hasil jualan. Ni semua berkat usaha
ibu angkat aku Puan Ros Arifah dengan anak tunggalnya, Hairin yang tak
putus-putus membebel agar aku tak lupa asal usul. Puan Ros Arifah
merupakan bekas anak murid Grandma
Sierra dan sekarang menjadi pensyarah bahasa Latin di Islamic Institude of
Toronto.
“Kyla! Bukak pintu ni, kau jangan nak buat hal” Hairin
menjerit dari luar. Dengan malas aku mengangkat punggung dari kerusi meja
solek. Pintu dibuka dari dalam.
“Ada apa Harry?” Nama manja dia sebenarnya. Hairin mencebik.
“Isk mummy ni tak boleh simpan rahsia la” Badan dihayunkan
kearah katil bercorak Rilakuma.
Hairin menyandar badan di pintu bilik, menanti jawapan.
“So, are you going or not sweetheart?” Hairin cuba memujuk.
“No and never!” Balas Kyla tegas. Kalau boleh dia tak mahu
jejak ke situ lagi biarpun rakan-rakannya mempersoalkan kewarganegaraan
dirinya. Thailand ke? Filipina ke? Hawaii ke? Madagascar agaknye aku ni. Anak
pelarian.
“Kau cakap nak jumpa keluarga arwah ibu kat sana dan ermm…papa
kau”
“Papa, huh. Selama ni ada dia ingat kat aku? Tanya khabar
aku? Entah-entah aku ni anak luar nikah agaknya sebab tu dia buang aku kat sini
lepas mak aku mati” Nafasnya turun naik menahan bara yang tak pernah terpadam
sejak 13 tahun yang lalu.
2 minggu lepas surat dari Malaysia sampai di rumah mummy.
Nasib baik aku ada kat sana masa tu, cepat-cepat aku sorokkan surat tersebut
tanpa membacanya dulu. Akhirnya mummy jumpa jugak masa dia mengemas bilik aku.
Mau bergelen air liur aku telan nak jawab soalan mummy.
Malam tu akhirnya terungkai isi kandungan surat. Surat
guaman untuk pembahagian harta pusaka arwah ibu jadi dia sebagai salah seorang
waris tunggal haruslah pulang kesana untuk pembacaan wasiat. Hatinya berbolak
balik untuk pulang, yer aku kena balik kesana untuk mencari pembunuh ibu.
Pembunuh yang telah menghuru-harakan hidupnya sehinggakan dirinya tercampak
disini. Grandma Sierra hanya diam seribu apabila sejarah hidupnya
dipertikaikan. Tapi sebulan yang lepas aku terjumpa sesuatu yang aneh dalam
bilik bawah tanah dirumah nenek. Ia sebuah kotak music kayu yang disorokkan
didalam laci perabot yang sudah usang.
Kotak dibuka. Terselit kertas yang dilipat dicelah roda not
music.
‘Aku yakin dia akan datang untuk membunuhku’
Siapa? Bisikku. Di tepi kotak kayu jelas tertoreh nama
Khalisa Gibran. Tiba-tiba tanganku menggeletar seolah-olah ada satu bisikan
ditelingaku.
“Tolong saya, tolong…”
“Kyla!” Jeritan nenek dimuka pintu seolah-olah menyedarkan
aku yang sudah pucat. Aku berpaling kearah Grandma Sierra dengan wajah bingung.
Grandma Sirra sudah tak keruan, rahsia yang dipegang harus diikat mati didalam
hatinya, dia masih belum bersedia,detik Grandma Sierra.
“Si..apa bu..nuh ibu?”
“Grandma tak tahu” balasnya sebelum memeluk tubuh anak gadis
yang kian meningkat remaja.
AKU memeluk tubuh gempal Grandma Sierra. Mummy disebelah
sudah berderai airmata sewaktu aku tersenyum kearahnya. Aku kena kuatkan diri
sendiri untuk berdepan dengan halangan dan pesan Grandma Sierra jangan percaya
kepada sesiapa pun. Aku tak tahu kenapa nenek berpesan begitu.
“Doakan Kyla ye mummy, bila semua dah selesai Kyla akan
balik” Bisikku sewaktu mummy memelukku. Hairin cuba tahan daripada menangis.
Aku menarik beanie dikepalanya macam gaya ala-ala menyekeh manja.
“Don’t cry baby boo, you look like mustard Harry” Gurau
Kyla. Cuba untuk ceriakan suasana.
“Take care of yourself, don’t forget to call me at least
twice a week”
“I will. Okay I’ve to go now. Bye see ya” Aku melambaikan
tangan dan tangan kiri mennghayunkan bagasi beroda tanpa menoleh kebelakang. Ya
Allah aku tak mampu melihat wajah mereka, mungkin aku akan pulang kembali atau
mungkin tidak. Hanya Allah yang tahu kesudahanya.
Aku mengambil tempat dudukku disebelah tingkap pesawat dan
aku cuma berharap tiada siapa yang mengambil tempat disebelahku. Mataku fokus
memandang setiap baris ayat The Murder As A Fine Art yang baru separuh dibaca.
Namun semuanya tidak dapat dihadam oleh otak seolah-olah ada perkara yang lebih
menarik selain karya penulisan David Morre itu.
Surat guaman didalam poket letterman jacket dibawa keluar.
'16 September'.
Bisikku sebelum menjeling kearah jam tanganku. 31 Ogos. Aku
ada masa enam belas hari untuk merungkai misteri hidupku sebelum pembacaan
wasiat dilakukan di pejabat peguam keluarga Tuan Gibran, Mr Bernard Wang.
Tapi
apa yang bermain dimindaku sekarang kenapa ia tidak dibacakan di Rumah Agam
Gibran?.
“Hey, do you want some nuts? Oh my name is Arian” Sampuk
lelaki disebelahku sambil menghulurkan
sepaket Sweet Chilli Peanut. Cuba untuk meulakan perbualan.
Aku seolah-olah
tersentak.Entah bila kerusi disebelahku diisi olehnya. Dari sekali tekaan aku dia mungkin berumur dalam lingkungan
20 an. Tapi dari sekilas pandanganku agak susah untuk aku meneka dia berasal
dari mana. Rambut coklat pekat stail Danial Henney ditambah dengan t-shirt
berkolar polo.
“Er..no thanks”. Aku cepat-cepat memalingkan wajah ke arah
tingkap pesawat, malas untuk memanjangkan lagi perbualan. ‘Lantak aa nak fikir
aku sombong ke apa’
“So, you’re on vacation or what?”. Aku menghela nafas
perlahan. Baseball cap dikepala dilurut sedikit ke bawah, seolah-olah tidak
mahu bertentang mata dengan orang disebelahnya.
“Jangan jaga tepi kain orang” Balasku dengan nada yang
dingin.Aku yakin dia memang langsung tak faham bahasa melayu memandangkan dia
seperti tercengang mendengar setiap patah perkataan yang laju keluar dari
mulutku.
“Oh, okay I takkan jaga tepi kain you, but where’s the
‘kain’?” Balas Arian selamba sambil matanya melirik kearah skinny jeans aku.
Ek
eleh minah ni, baru jejak kaki kat luar negara dah nak berlagak, balik
Malaysia. Kejutan budaya la tu. Arian menarik earpiece ke telinga kirinya
sambil menyilangkan kaki. Mata ditutup rapat. Tangan kanannya masih rancak
melontarkan sweet chilli peanut satu persatu kedalam mulut.
‘Heiya, you and your’s peanut are totally driving me nuts!’
Kuranghajaq. Aku menggigit bibir bawah. Tak kuasa aku nak
layan. 12 jam seterusnya diisi dengan hal masing-masing.
Sebaik sahaja keluar daripada pintu imegresen, dia terpaku
apabila melihat salah seorang memegang cardboard yang tertulis namanya.
“Cik ni Nur Khalis bt Khairi?” Tegur gadis kecil molek
berbaju kurung moden yang bernama Naira. Cantik. Patutla Jackson sanggup
convert masuk Islam, desis Kyla
“Hurmm, ye” Balas Kyla.
“Ni kunci loker 5632, semua yang cik mintak semua dah
disediakan oleh Encik Jackson.” Naira menghulurkan kunci perak, cepat-cepat
diambil lalu dimasukkan kedalam poket belakang.
“Send my regards to him, and please tell Mr Jackson, do not
tell anyone about me.” Naira mengangguk.
Bagasi diheret kearah deretan loker di KLIA. Matanya meliar
mencari loker bernombor 5632, lalu tangannya pantas memasukkan anak kunci
kedalamnya. Sebuah buku nota sebesar separuh kertas A4 diambil dan dimasukkan
kedalam messanger bag yang menyilang dibahunya.
Baru saja dia berpaling kebelakang tiga orang lelaki
berpakaian lengkap mengerumuninya.
“Cik Khalisa, tolong ikut kami sekarang.” Kedua belah tangan
di pegang erat oleh kedua-dua pembantunya.
“Hei lepas lah, siapa yang hantar kau semua hah?”
“Kami hanya dapat arahan untuk mengiringi Cik Khalis ke tempat penginapan. Shall we?"
“Hei kau ingat aku tak tahu ke yang korang semua anjing dia? Tolong! Tolong mereka nak cabul saya” Pekik Kyla, cuba untuk menarik perhatian orang ramai. Secara refleks
salah seorang dari mereka menutup mulutku.
“Mamat kacang tanah?”
“Eh, Hai?” Satu lagi tumbukan dituju ke perut lelaki
disebelah kananku dan dengan sekali hayung flying kick tersadai ketiga-tiga.
Arian menarik tanganku yang masih kebingungan. Drama apakah?
“Tunggu apa lagi, kejar mereka bodoh” Pekik salah seorang
dari mereka, aku rasa dialah ketua dalam misi menangkapku.
Aku hanya mengikut langkah Arian tapi dalam kepala senak
memikirkan cara untuk aku terlepas darinya. Kegilaan apakah ini, kalau ingat
nak jadi hero dalam cerita aku boleh angkat kaki sebab aku takde masa nak fikir
semua tu, desis diriku.
Sebaik sahaja sampai di pintu utama KLIA, Arian menahan
sebuah teksi dan aku mengambil kesempatan untuk menolaknya. Lantas aku
meloloskan diri kedalam perut teksi dan meninggalkannya. Dari jauh aku lihat
air mukanya yang tercengang untuk kali kedua.
Aku melepaskan keluhan lega. Baru saja menjejakkan kaki di
tanah melayu dah berlari keliling KLIA melarikan diri. Betullah kata nenek aku
tak boleh percayakan sesiapa pun buat masa ni. Tentu mereka semua merancang
untuk membunuhku sebelum pembacaan wasiat dilakukan
.
Deheman pemandu teksi menyedarkan aku. Dia bertanya kemana
aku nak pergi, tiba-tiba aku teringat alamat yang tertera didalam mesej yang
dihantar oleh Jackson sebelum dia terbang ke Shanghai 2 hari lepas.
“Pakcik tahu tak alamat ni?” Aku menayangkan skrin telefon
pintar kearah pemandu teksi. Reaksi terkejut diraut wajahnya cuba untuk
disorokkan.
“Ehem, alamat ni agak jauh dari sini lagipun kawasan tu
dilereng bukit” Jawab pemandu teksi dengan teragak-agak.
“Saya sanggup bayar berapa sahaja”. Aku mengeluarkan 6
keping not seratus lalu dihulurkan
kepadanya.
“Tak cukup ke?”
Nampaknya pakcik tersebut setuju seusai sahaja dia mengambil
kepingan-kepingan not tersebut. Aku mengeluarkan buku nota yang diberikan oleh
Jackson dari messenger bag dan baru aku perasan yang aku tertinggal bagasiku
ketika menolak mamat kacang tanah tadi. Nasib baik semua dokumen peribadi
termasuk passport masih ada bersama.
Helaian pertama diselak, aku cuba untuk memahami tulisan
Jackson.
.
Tiba-tiba mataku terasa berat, aku mengambil peluang untuk
merehatkan mataku memandangkan jauh lagi perjalanan.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.