Bab 3
“Cik, Cik…kita dah sampai”
Aku terpisat-pisat dalam kegelapan malam. ‘Dah sampai? Haram
sebuah rumah pun aku tak nampak’
Pemandu teksi nampak agaknya riak wajah aku yang kehairanan.
“Er, Cik lalu je lorong sana kemudian dalam 100 meter Cik
jumpalah rumahnya.”
“Kenapa tak hantar sampai kesana?”
“Bukan apa Cik, tu kawasan perumahan elite jadi bukan semua
kenderaan boleh masuk.” Balas pemandu teksi.
Tuan Gibran telah berkahwin dengan seorang anak kerabat
diraja, Tengku Hasnah bt Tengku Jalil dan hasil perkahwinan yang pertama dia
mempunyai tiga orang anak Tuan Mikail, Tuan Serena dan Tuan Hanis. Namun
rupa-rupanya, Tuan Gibran telah berkahwin secara rahsia dengan kekasih lamanya, Maria
tanpa pengetahuan Tengku Hasnah.
Maria kemudian menjadi pembantu dirumah agam Tuan Gibran
bersama anak perempuannya, Khalisa. Selepas kematian Tengku Hasnah, barulah
Tuan Gibran memperkenalkan Maria kepada semua. Pembantu rumah dirumah agam
adalah Intan dan ibu Soraya(daripada Indon) serta Pak Wan merupakan tukang
kebun.
Itu saja info yang aku perlu tahu sebelum aku melangkah
masuk kedalam Rumah Agam Gibran. Masa yang berlalu seolah-olah memadamkan
segala memori yang ada dalam kepala budak kecil yang dulunya hanya berumur 6
tahun.
Buku nota Jackson
ditutup rapat dan mataku tak lepas memandang Rumah Agam dihadapanku.
Rumah Agam Gibran sungguh suram kerana hanya dihiasi lampu
besar di pintu pagar. Sekilas pandang tak ubah seperti Haunted Mansion. Butang
loceng ditekan olehku. Apakah reaksi mereka bila aku tiba-tiba memunculkan
diri?
“Iye siapa tu”
“Ni saya Khalis cucu Tuan Gibran”. Ye walaupun berat untuk
aku katakan tapi aku perlu berdepan dengan realiti untuk dapatkan jawapan
sebenar. Mungkin mereka boleh tolong aku atau lebih tepat lagi hanya mereka
dapat menolongku.
Suara dicorong sana terdiam dan secara automatik pintu pagar
terbuka luas.
Aku teragak-agak untuk masuk namun memandangkan cuaca yang
gelap dan angin bertiup kuat, mungkin hari nak hujan.
Sewaktu aku melalui laman depan, keadaannya masih cantik
seperti 14 tahun yang lalu walaupun suasananya agak kelam. Kolam cetek
sepanjang 20 meter bersama air pancut diserikan lagi dengan ikan-ikan koi putih
dan hitam. Pokok-pokok bunga tulip tumbuh subur di perkarangan laman.
Bayangan ibu yang sedang ralit menyiram pokok bunga melur bersama anak kecil polos disisinya bagai
terlayar diruang mata bagaikan pita rakaman.
Pada ketika itu dari tingkat atas, terdapat bayangan
seseorang merenung tepat pada setiap langkah Khalis melalui tingkap kaca.
Pintu utama Rumah Agam yang tidak berkunci aku tolak
perlahan, dan secara tiba-tiba seorang perempuan dalam lingkungan 30 an
memelukku erat.
“Akhirnya Khalis dah balik. Kami semua menunggu kepulangan
Khalis selama ni” Ucap wanita itu dalam tangisan kecil.
Aku hanya mampu tersenyum.
Kemudian ditarik tanganku ke ruang utama Rumah Agam Gibran,
dari situ aku dapat lihat 2 tangga yang menyambungkan tingkat atas dan bawah
seakan tangga Cinderella. Lantai marmar hitam yang berkilat ditambah dengan
cahaya terang dari chandelier mewah yang megah tergantung ditengah-tengah rumah
seakan menyambut kepulanganku.
“Tuan Mikail! Tuan Serena! Khalis dah balik. Intan! Ibu
Soraya! Khalis dah balik” Perempuan yang belum aku kenali namanya dan apa
hubungannya dengan aku nampak teruja.
Aku dapat lihat dua orang wanita terkocoh-kocoh keluar dari
dapur disebelah timur Rumah Agam. Reaksi gembira jelas terpapar pada wajah
mereka dan tanpa sempat aku berkata apa mereka sudah meluru memelukku.
Aku yakin merekalah Intan dan Ibu Soraya, pembantu rumah
Tuan Gibran. Tuan Mikail yang merupakan anak sulung Tuan Gibran keluar dari
biliknya ditingkat atas setelah mendengar hirup pikuk jeritan kegembiraan Intan
dan Ibu Soraya.
“Apa yang bising-bising ni? Dunia dah nak kiamat ke Intan?
Ibu Soraya?”
“Khalis…Khalis dah pulang Tuan” Jawab Ibu Soraya. Aku mendongak
ke tangga sebelah kananku.
Mungkin lelaki ini yang dipanggil Tuan Mikail,
setiap langkahnya tegap dan wajahnya masih segak seperti gaya kebanyakan
usahawan yang berjaya walaupun dia hanya memakai striped pyjamas.
Aku merasakan kedatanganku mengundang tanda tanya di hati
Tuan Mikail kerana reaksinya agak berbeza berbanding yang lain. Dia hanya
tersenyum nipis kearahku sebelum mengarahkan Intan untuk membawaku ke bilik tetamu.
Rupanya wanita yang tadi ialah Cik Salmi bekas pengurus
peribadi Tuan Gibran namun selepas itu dia menjadi pengurus Rumah Agam Gibran setelah
Tuan Gibran meninggal dunia.
Aku hanya membuntuti Intan dan Cik Salmi ke tingkat atas.
Aku masih mencari kelibat dua orang lagi anak perempuan Tuan Gibran, Tuan Serena dan Tuan Hanis.
Sesampai sahaja didepan muka pintu bilik aku terdengar bunyi pekikkan seseorang
memanggi Cik Salmi, lantas Cik Salmi meninggalkan aku dan Intan.
Intan nampak
selamba masuk kedalam bilik dan membuka lampu utama kemudian dia
mengibas-ngibaskan cadar katil yang nampak agak berdebu.
“Masuklah, Cik Khalis berehat dulu. Tentu Cik Khalis masih
letih.” Ucap Intan sopan setelah dia memerhatikan aku yang keletihan.
“Okay, er tapi Intan…bilik mama saya kat mana?” Belum sempat
Intan mahu menjawab pertanyaanku Cik Salmi datang kembali dan mengarahkan Intan
untuk turun menyediakan air kopi O panas dan menghantarnya ke bilik Tuan
Mikail.
“Kalau ada apa-apa yang Cik Muda Khalis perlukan, Cik cuma
perlu panggil saya. Esok sarapan akan disediakan tepat pada pukul 7 pagi. Tuan
Mikail mahu semua berada di ruang makan pada masa tu. Saya harap Cik boleh
sesuaikan diri” ucap Cik Salmi panjang lebar sebelum menutup pintu bilikku.
Aku mengangguk perlahan. Badan terasa berat akhirnya aku
terlelap diatas katil.
BAB 4
Ketukan pintu yang bertalu-talu menyedarkan aku daripada
buaian mimpi. Aku melilau mencari jam tangan di meja lampu tidur.
“Cik Khalis…” Suara ibu Soraya yang lembut memanggilnya dari
luar diselangi dengan ketukan diluar pintu kamar.
‘6.50 pagi’.
Macam tak cukup kaki aku berlari ke kamar
mandi. Hari pertama aku disini, mestilah aku kena menunjukkan lagak yang baik.
Hanya sempat membasuh muka dan gosok gigi, lantas aku
berlalu ke almari. Baju kurung berbunga rona biru cair menggamit perhatianku.
Tanpa berfikir panjang aku menyarungnya.
Langkahku perlahan menuju ke ruang makan Rumah Agam Gibran.
Selepas sahaja aku menuruni anak tangga terakhir, kedengaran bunyi bising
seperti suara orang bergaduh dan aku pasti puncanya datang dari arah barat
Rumah Agam tersebut.
Apa yang aku ingat disitu terdapat sebuah perpustakaan
yang selalu menjadi tempat kegemaran arwah atuk, Tuan Gibran.
Baru sahaja aku ingin kesana, suara Cik Salmi memanggil
Intan dan ibu Soraya telah mematikan langkahku.
Sebaik sahaja sampai diruang makan, semua mata di meja makan
memandangku. Mungkin ada yang tak menyedari kehadiran aku memandangkan semalam
hampir lewat malam aku sampai.
“Er..Selamat pagi. Maaf sebab saya terlewat”
“Abang, siapa pulak budak ni?” Tanya Tuan Serena. Dari raut
wajahnya nampak reaksi tidak senang dengan kehadiranku. Cik Salmi membawa aku
ke salah sebuah kerusi di meja makan.
“Dia perempuan simpanan Pak Long ke?” Tanya lelaki muda
disebelah Tuan Serena. Mungkin dia sebaya dengan aku.
“Eh, mulut kau tu takleh diam ke? Dah la balik mabuk setiap malam”
Sampuk gadis berambut perang gelap dihadapannya. Dia nampak berang dengan lelaki
dihadapannya, namun dua orang remaja ni menjadi tanda tanya aku. Siapa diorang
ni?
“Habis, ingat kau tu baik sangat? Bergaul dengan budak-budak
pengkid. Apa dah terfikir nak jadi lesbian pulak kali ni?”
“Tiara, Rayyan! Sudah jangan nak memekak pagi-pagi, kamu
semua kalau tak bagi darah mama naik tak senang!” Tuan Serena nampak dah hilang
sabar. Bihun goreng dalam pinggannya langsung tidak berusik.
“Ehem. Dia anak Khalisa”. Jawab Tuan Mikail. Matanya masih
fokus pada helaian terakhir surat khabar NST.
“Anak Khalisa? Tak mungkin!” Tuan Serena tersentak dan
berpaling kearahku. Tangannya menggeletar.
“Anak Mak Lang?” Tiara pun ikut sama terkejut dengan jawapan
Tuan Mikail.
“Mak Lang yang dah mati tu ke ? Khalisa tu siapa pulak mama?” Tanya Rayyan selamba, mungkin dia hanya ingin
berada bersama dalam perbualan pagi ni.
Aku memaparkan reaksi tenang
kerana aku dah agak mereka tentu terkejut dengan kehadiranku.
“Tengok la parut di leher dia tu.
Betullah dia anak Khalisa”Balas Tuan Mikail. Nampaknya dia seakan malas untuk
mengulas dengan lebih mendalam mengenai aku.
“Maaflah kalau kehadiran saya ni,
mengundang rasa tidak selesa Tuan Mikail dan Tuan Serena. Saya mohon Tuan
benarkan saya tinggal disini sampai 16 September sahaja. Selepas urusan pembahagian harta pusaka mama selesai
saya akan meninggalkan Malaysia.”
“Kenapa kami perlu benarkan kau
tinggal kat sini?” Lantang Tuan Serena bersuara.
“Saya perlu tahu siapa yang membunuh ibu saya” Jawabku tegas.
“Habis kau syak kami semua yang
bunuh Khalisa?”
“Saya tak bermaksud..”
“Mak kau dah buat aku menderita!. Puas hati dia sekarang?” Pekik Serena, dadanya berombak menahan perasaan
amarah.
“Serena cukuplah tu!”
“Tinggallah disini sampai pagi 16
September, selepas itu jangan datang kesini lagi!” ucap Tuan Mikail sebelum
meninggalkan ruang makan.
Tuan Serena juga turut
meninggalkan ruang makan. Jelingan matanya memang buat aku kecut perut. Adakah
kedatangan aku telah mengucar-kacirkan Rumah Agam Gibran?
“Jangan ambil hati sangat dengan
kata-kata mama.” Ucap Rayyan sebelum melayangkan ciuman dipipiku. Aku
tersentak. Nyaris sahaja sudu ditanganku melayang melempang mukanya.
“Tu sebagai tanda selamat datang
daripada sepupu sendiri” Bisiknya.
Sekarang hanya tinggal aku dan
Tiara terkulat-kulat dimeja makan. Tiara hanya merenungnya pelik.
To be continue.
Hakuna Matata,
Yaya Doe.