Thursday, December 27, 2012

# 1 Short Story- Querida Versus


QUERIDA VERSUS.

One sided love, how does it feel ? </3



Scene 1

Bingung memikirkan apa yang berlaku sekarang, tapi biarlah ia berterusan. Tak rela kalau ia menjadi terlalu dalam. Apa yang berlaku mesti ada hikmahnya semoga ia boleh menjadi inspirasi buat  diri yang hanyut ini.

Scene 2

Tidaklah terlalu keterlaluan untuk dipandang. Senyumannya yang jarang dilihat tetapi terlalu menawan apabila melihatnya. Hidup dalam kemisterian dan selalu menjadi tanda tanya orang yang melihatnya. Namun satu persatu persoalan yang bermain diminda dirungkai oleh pancaindera.

Scene 3

Apabila dicari ia menghilang, tidak kelihatan dimana-mana. Seolah-olah dirinya terlalu hebat untuk dipertontonkan kepada umum. Tapi diri ini yang sentiasa menunggu tidak akan pernah penat menunggu dan masih menunggu dan terus menunggu. Namun kadang-kadang hanya sia-sia sahaja…
Tapi kini, keadaan tiba-tiba berubah. Manusia itu kembali menonjolkan dirinya dihadapan dia yang menunggu. Bukan sekali, bukan dua kali tapi tidak terhitung banyaknya. Adakah ia satu kebetulan? Atau satu ujian yang bakal diterima olehnya tidak lama lagi? Entahlah, biarkan masa yang menentukannya.

Scene 4

Terlalu banyak perbezaan diantara dua hamba Ilahi. Masing-masing leka dengan dunia mereka yang tersendiri. Namun tanpa disedari mungkin perbezaan itu bakal menyimpul persamaan yang sejati, simpulan yang akhirnya bakal menjadi simpulan mati diantara mereka. Tuhan lebih mengetahuinya.

Scene 5

Hati sering keresahan tidak menentu, minda sering dikacau bilaukan oleh perasaan. Kehidupan yang dulunya agak suram kian menghampiri sinar cahaya sang suria. Walaupun dada sering berkocak mengalunkan irama breakdance, namun jauh disudut hati, hanya Tuhan yang tahu bertapa tenangnya hati ini apabila ditakdirkan berjumpa dengan diri itu. Penguat semangatnya untuk terus berjuang dan berjuang.

Menentang karenah dunia yang semakin kejam ini. Wajah yang tidak menunjukkan sebarang reaksi dan hanya mempamerkan riak iceberg kutub Utara tak berperasaan telah berjaya mengukir senyuman pada si dia yang memandang.

Scene 6

Bodoh! Bodoh! Bodoh! Adakah  dia telah melakukan perkara yang bodoh? Salahkah dia memuaskan hatinya sendiri sedangkan selama ini diri ini sering disajikan dengan perkara yang cincai-cincai sahaja? Adakah perbuatanya ini bakal diperlekehkan oleh dirinya sendiri pada 7 tahun akan datang? Ya! Dia selalu melakukan perkara bodoh tapi biarkanlah dia dengan dunianya sendiri. Jangan patahkan lagi hatinya dengan segala cacian dan makian. Gam Uhu sudah tidak ada ruang lagi untuk menyambungkan kembali hatinya yang sering retak-patah-berderai-berkecai-tercalar oleh tangan-tangan manusia yang selalu memperlekehkan dirinya. 

Namun, semua itu dia tidak kesah kerana baginya itu cuma ujian Tuhan yang Maha Esa kepadanya. Tapi,apabila dirinya dengan mudah dihina dan dikeji oleh si dia yang sering dipuja dalam diam, dia terkaku seorang diri. Hanya, hembusan angin yang berlalu membawa hikayat sadisnya ke seluruh pelosok alam. Hatinya remuk, dadanya bagai nak pecah, tubuhnya lemah terkaku. Masa seakan berhenti seketika.

Scene 7

Fantasikah dia? Atau dia sememangnya berada dialam mimpi panjang  yang tak berpenghujung ? Kalau dia hanya bermimpi, cepatlah bangunkan dirinya daripada lena. Tolong jangan biarkan dirinya terus hanyut ditelan halusinasi. Dia sedar siapa dirinya dengan diri itu. Itu cuma angan-angan minah senteng pingitan sepertinya. Ahh sudah berkali-kali kata-kata pujangga cuba menyedarkannya daripada lena. Masakan Ferarri F12 Berlinetta mahu bergandingan dengan Proton Kancil tahun 90-an.

                                                                                                                     with love by,
                                                                                                                          YAYA DOE

-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.