Thursday, August 29, 2024

INDONESIA : Bandung (Travel's Diary) Part 3

 

Hi korang,

Lets go sambung part 3, our first stop was Lembang Farmhouse. Mas Arian ni bagus tau sebab tak banyak cakap.HAHA. Dia akan tanya nak pergi tempat mana dulu sebelum gerak, so I dan Nissa yang dah study ni ler yang banyak bagi arahan dekat supir. I target nak pergi 6-7 tempat tau dalam masa satu hari, haa kita tengok berjaya ke tidak itinerary si yayadoe ni.

Perjalanan ke daerah Lembang mengambil masa 1 jam dari Kota Bandung. Jalan pun bersimpang-siur dan sempit, memang salut la driver-driver dekat sini drive manual. Mas Arian pon jenis sabar & rilek je drive dalam suasana yang macet dengan puluhan motor yang cuba mencelah dari kiri dan kanan. Kitorang agak culture shock dengan style traffic disana sampai rasa ada brek extra dekat kaki masing-masing, bahaya wey. I boleh rate pemanduan mas Arian ni 100000/100. So orang malaysia tak payah la mengada nak drive sana, silap-silap drive sambil menangis. Sempat la kami berkaroake lagu-lagu indonesia. My fav Tiara Andini - Kupu-Kupu.

Supir parking van di Great Asia Africa dan kami harus naik jejantas untuk ke Farmhouse Lembang. Suhu sejuk macam aircond je. I settlekan bahagian entrance tix, tunjuk sahaja tix whoosh dan passport di kaunter. Dapat masuk free je guys tapi tak dapat free air susu. Nissa and I dah research tempat kids friendly since our friend bawa toddler dan sini sangat best untuk korang yang nak santai-santai dengan family.

Comel kan shaun the sheep. Tapi jangan tanya bau dia macam mana.HAHA

Ada beberapa haiwan yang kita boleh bagi makan, makanan biri-biri dan arnab pun murah je dalam 5-10ribuan. Kalau ada budak-budak best la melayan, kitorg yang single ni rasanya banyak spent time dalam kedai souvenir je.



Disini ada juga rainbow slide, sempat la main 2x. Tak mencabar sangat tapi boleh tahan kuat la kitorg menjerit sampai budak-budak nyampah tengok. Tak sampai 2 jam pun kami jalan-jalan dah cover semua area. Next stop adalah Floating Market Lembang. Supir banyak lalu jalan tikus yang siap ada tukang jaga jalan pastu wajib bagi tips, kalau idok dia tak bagi ler hang lalu jalan tu.


Entrance ticket adalah free sebab kitorg pakai tix whoosh. Tapi tak dapat claim free drinks. Masa ni masing-masing lapar sangat. Tak salah I cuma ada satu restoran dan tak ramai sangat orang. Mungkin ramai serbu floating market.


Bila tengok menu & buffet makanan terus I blur nak ambil apa. Yelah I familiar dengan ayam penyet@ gepuk jee. So I order Iga bakar + Nasi putih pastu Ais Jeruk. Tu je yang sempat I study pasal makanan Indonesia. Serius sedap sangat sampai teringat-ingat. Sup dia rasa macam sup jamu akar kayu.HAHA 
Orang cakap kalau datang Indo wajib try their ais jeruk.  Ais jeruk ni rasa sebijik limau hijau tu sebab I expect rasa dia fresh oren. Tapi bukan. lol


Lembang Farmhouse pun ada Japan Garden. Tak payah pergi Japan.lol


Ada banyak aktiviti best di Lembang Farmhouse untuk korang yang bawa family & toddlers. Tempat ni santai je dan waktu kami datang ada banyak rombongan budak sekolah. I nak naik rainbow slide tapi semua tak berani join. So kami decide naik pirate ship & strolling around the area. Tak sempat try makanan di floating market sebab dah kenyang. Maybe next time boleh cuba.


I tengah tunggu diorg pusing tasik, sempatla healing layan perasaan. I beli beberapa ole-ole viral bandung dekat sini. Trip kali ni santai je. Tak sampai 2 jam di farmhouse kami semua dah gerak ke tempat seterusnya. I minta Mas Arian singgah mana-mana kedai kain yang best sekitar bandar. Kitorg ni bukan pesen shopping sangat so rasa tak berbaloi buang waktu di Pasar Baru.


 
Tak pasti OH 8EST ni dekat kawasan mana, kedai dia ada banyak pilihan telekung dan kain yang dah siap jahit dan murah. Port malaysian selalu datang borong kain sebab harga diorg dah siap convert RM di setiap item. Tak cukup rupiah boleh aja banyar pakai ringgit. Masa ni dah start hujan lebat so kitorg lepak kejap dalam ni.



Rambang mata nak pilih kain. I cuma beli telekung travel dekat sini since mama dah pesan tak payah beli kain untuk dia sebab dia cerewet bab kain ni. Masa dah siap bayar dekat dalam, kitorg sambung melayan penjaja local dekat luar kedai pulak yang berebut minta beli keychain, buah salak, kraftangan etc. Sampai dah masuk dalam van pun diorg pujuk lagi untuk beli.HAHA



Disebabkan masih hujan, so I minta Mas Arian untuk bawa kami semua ke Paris Van Java Mall. This mall quite huge with varieties of high fashion shops, macam ala-ala  JPO. Located in the center of Bandara. Mall's rooftop ada flowers garden tapi hujan masih lebat risau demam pula lama-lama dekat situ. Masa ni perut I memulas, taktau la punca makan apa.


Kue Ape ni lebih kurang macam apam balik krispy. Kami jalan-jalan window shopping di PVJ Mall sampai maghrib. Tak beli apa pun. Ground floor ada banyak kedai makan yang best-best, kitorg tapau je untuk makan dekat hotel nanti sebab mood dah kelaut. I tak tapau sebab nak minta supir singgah kedai mie tarik otw balik hotel. Mengada.


Pukul 6 petang dah macam pukul 8 malam. Bandar dah sesak dengan ramai pengguna jalanraya dan jalan area Braga street ditutup kerana hujung minggu. Mas Arian cakap kedai tu area Braga so kena jalan kaki sebab kereta tak dapat masuk. Masing-masing dah barai so terus gerak balik ke hotel.


 Kbye

With love.

Yaya doe


Wednesday, July 24, 2024

INDONESIA : Bandung (Travel's Diary) Part 2


Hi people, 

I nak sambung cerita trip yang tergendala from previous post. Day 2 in Jakarta, awal subuh dah celik mata, badan penat tapi tak lena tidur. I lena pukul 2 pagi & terjaga pukul 4.30 pagi. Barai.
Pukul 6 pagi dah cerah, so kami semua siap-siap untuk turun breakfast and check out. 

Kitorang ada requested an iron waktu check in tapi receptionist informed us to call housekeeping the next morning. They will pick up & iron our clothes. I macam siyes ah? 
Unfortunately, from Subuh  kitorang call pastu kena sidai dengan housekeeping sampai pukul 7.30pagi. Housekeeping pon lama gila iron & baju masih kedut. Sedih.


The morning buffet ada banyak pilihan makanan - indonesian food, english breakfast, pastries, soto ayam, indomie & etc. Semua kena dengan tekak melayu I pastu pastries dia pon sedap. Cuma banyak makanan dah sejuk, idk if local dah terbiasa makan makanan yang dah sejuk or kitorg memang suka makanan panas berasap.HAHA. Yang pasti I kenyang gila & puas hati with their service kecuali the part iron baju.


From hotel I booked grab XL to Halim Station. Kenapa nak kena naik train ni? Sebab kita nak pergi Bandung dengan cepat & pantas. I sarankan you guys naik Whoosh train, within 30 minutes dah sampai Bandung. 

Boleh beli ticket di Whoosh apps 1 week sebelum ETD. I paid by debit card tapi waktu payment kena select credit card option & masukkan card bank details. Make sure you dah activate international transaction ya.
Dah sampai tu boleh ke mesin tiket untuk redeem actual tix. We need the tix untuk masuk tourists attractions for free. But if local, diorang terus je scan QR code tak perlu print ticket.


Muka nyaris hilang luggage. I was too excited ajar diorg how to print their own tix sampai terlupa luggage I tinggal tepi mesin tiket. Sempat masuk Indomaret joli sakan beli jajan. Cleaner dah sempat heret luggage I separuh jalan, terus tak cukup tanah kejar dia. fuhh



Schedule train whoosh banyak pilihan waktu trip, so boleh je nak walk in beli tix on the spot. Untuk I yang bawa rombongan cik kiah senang beli awal. Around 30 minutes before ETD dah boleh masuk & beratur untuk naik ke platform.Tak sempat makan dalam train, tengok2 dah sampai Bandung.



Feeling macam naik ETS tapi versi urban walaupan economy seat.HAHA. Our return tix around RM158/2way. Boleh la enjoy view sepanjang perjalanan ke Bandung. Rasa tenang je pemandangan, local people pun baik-baik. 


From Halim Station, kami turun di Station Padalarang & ambil another feeder train to Bandung Station. Feeder train ni free je, ambil escalator untuk turun ke platform bawah. Unless your supir dah janji nak pickup at Padalarang Station so tak perlu naik feeder.



It took us around 20 minutes jugak untuk sampai Bandung Station. Masa ni I rasa tak sedap hati tau bcos our supir diam tak reply whatsapp & hilang dari radar. Nasib kawan I call untuk confirm kan entah kali ke berapa, boleh pulak pak supir ingat kitorang tak jadi datang.lol. Tak sampai 5 mins terus dia update details van & tempat untuk pickup.Fuhhh risauu terok guee. 


I was really excited masa ni, snap everything sampai kawan-kawan I cakap 
- Ko nak buat content tiktok ek. aish
Of course they don't know I documented everything in my lowkey blog.


Akhirnya kami selamat tiba di Kota Bandung dalam pukul 10pagi. Itinerary untuk Bandung sangat pack sebab kami cuma spent 2days 1night disini. Esok dah balik semula ke Jakarta. Suasana & suhu di Bandung best, sejuk macam di Cameron Highlands.


Supir Bandung I ambil servis Mas Dicky, rasanya dah ramai malaysian recommend Mas Dicky punya servis jika nak jalan-jalan ke Bandung. Tapi yang pickup kami di Bandung Station ialah Mas Arian sebab Mas Dicky busy kot. Van with 10 seaters memang selesa sangat untuk group kami yang 9 orang ni. Supir melayan je kami nak pergi tempat-tempat dalam our itinerari, most places memang jauh so plan betul-betul itinerary korang. Next post I akan update apa je tempat yang sempat kitorang pergi di Bandung.


 Kbye

With love.

Yaya doe


Sunday, June 30, 2024

INDONESIA : Jakarta (Travel's Diary) Part 1




Hi everyone, I nak share my pengembaraan yang terbaru - Jakarta & Bandung Indonesia trip. Yuhuuu 

I planned this trip with my colleagues in Feb and we decided to go during Agong's PH. We bought a return ticket AirAsia Indonesia waktu promotion week - Rm350/pax. Nissa helped me arrange the itinerary and accommodation for 9 people. fuhh. Our budget costs around 1k per person but if korang suka shopping please bring an extra $$$. Jom tengok apa huru-hara yang I lalui sepanjang trip ni.


Seminggu sebelum ETD I sudah check-in awal for both flights by app sebab taknak kisah lama terulang kembali. #penangtrip 
Day 1, our flight boarding around 6.30pm from JB to Jakarta. Guess what, 3pm baru terhegeh nak gerak from pasir gudang. HAHA
Urusan di departure hall smooth kecuali waktu di kaunter Immigration my friend (pregnant 6 months) so they advise her untuk patah balik ke kaunter airasia to fill up some forms before boarding. 


I dapat window seat pergi dan balik, but waktu balik switch seat with my friend's son. Cuaca Alhamdulillah okay but di Jakarta ada slightly raining. Cabin crew Indonesia semua baik & ramah.


We pre-booked flight meals, and I tried their bestseller Pak Nasser's Nasi Lemak. 6/10 maybe sebab I tak suka ayam rendang makan dengan nasi lemak? HAHA Next time nak cuba roasted chicken with mushroom sauce.hiuhiu

We arrived at Soekarno Hatta airport around 7.30pm, before proceeding to the immigration counter make sure you guys dah isi online ECD forms. Kalau tak kena scan QR dulu sebelum beratur ke kaunter Immigration. Taknak kalut I dah rush my collegues untuk isi awal 2 hari.HAHA

I ingat dah okay, but my friend pula kantoi snap gambar nak hantar dekat suami waktu tengah beratur dekat immigration. Dah kena marah dengan officer, siap minta macam-macam documents padahal orang lain elok je dia tak tanya banyak. Nasib I print-out semua documents in hardcopy. Kawan I dah masam nak merentan sebab kena marah.HAHA. Pls behave ye, officer taknak cop passport baru tau.


After korang isi ECD form,  QR code yang dibagi kena simpan untuk officer scan di arrival gate. Keluar je arrival gate memang kena serbu dengan pak-pak supir ko. Culture shock jap. 
Kami dah booked 2 MPV (RM100) by traveloka untuk pickup from airport to Park Cawang Hotel. We booked the hotel via Agoda, but 1 week before our d-day the hotel informed us that payment ada issue. Rupanya my friend tak activate international transactions. 

It took us around 1 hour jugak from International airport to Hotel sebab macet.  We reached hotel around 9pm and check-in. Setakat ni smooth k. I personally picked this hotel bcos its nearer Halim Station.



Around 10pm, we decided to explore our hotel area. Malam minggu di Jakarta sangat meriah wey, depan hotel ada banyak taxi bluebird so kami naik tu je nak mudah sebab tak tau pasar malam diorg dekat mana. Driver taxi dah la ketuk harga mahal sebab tau kitorg tourists. Lepas pada tu kami dah tak naik bluebird, better naik grab je senang dan murah. 

Sampai di pasar malam sana kami culture shock again sampai tak jadi nak makan situ. Mostly locals naik motor drive thru je membeli di pasar malam so I taktau la sesak dia level apa ntah. HAHA. Memang one of the best experience yang susah untuk dapat. Tapi sumpah taknak repeat.lol. Few of my friends and I sempat beli streetfoods, yang lain semua nak pergi restoran. I pula mengada beli sate padang tapi makan 1 cucuk dah tak leh masuk tekak. lol maafkan saya.


I perasaan kedai ni waktu otw to night market, so we just booked grab ke sini. Mie Gacoan ni penuh dengan customers walaupun jam dah 11malam.


Mie dia macam indomie dan ada 10 level pedas. Kami ambil level 1 pun dah kepedasan. Dasar noobs
Paling best air mix fruits yang serius freshing, teringat-ingat sampai sekarang. Dim sum pun sedap, besar and murah. Cuma waktu ni I tak lapar sangat, but mostly makanan dia sedap kecuali mie pedas tu azab betul nak habiskan.


Around pukul 12am kitorg gerak balik hotel by grab. Tak sampai 30 secs terus dapat grab, memang best gila bagi I yang selalu panas hati kena cancel by driver grab MY.lol

Balik hotel, terus mandi dan tidur. Esok dah nak gerak ke Bandung. Kbye

My morning view. Hello, Jakarta siders.



With love.

Yaya doe




Thursday, May 2, 2024

SINGAPORE (Backpackers Diary) Part 3

 


Hi peeps,

Sihat semua? Cerita jalan-jalan SG sudah di babak terakhir. Harap bersabar dan tabah untuk diri sendiri yang dah blur nak menaip panjang-panjang.fuh. Jam sudah menginjak ke pukul 5.40pm, kami bergegas ke last destination iaitu Garden by the Bay.


 Hotel Fullerton vibes crazy rich Asians sgt

Tiga ketoi gades berjalan santai melalui Fullerton Road dari Merlion Park ke mrt yang paling dekat iaitu Raffles Place St. Cuaca mendung dan angin sepoi-sepoi menemani kami yang masih gigih berjalan menyelusuri jalan hutan batu.


My pov <3

Apa beza awak dengan bangunan? Dalam bangunan ada banyak orang tapi dalam saya ada awak seorang :pshutup




Ni tugu apa tak tau, maybe penghargaan untuk company kontraktor/engineer mencipta menara-menara pencakar langit yang bagai cendawan tumbuh selepas hujan di area sini - pandai la ngko gorengg ye.

Hutan batu bata

Pintu masuk mrt di belakang monument ni. Kena jalan dalam 5mins. We took an NSL (Red line) train from Raffles Place to Marina Bay St then changed platforms to Bayfront St by DTL (blue line) train. Dari Bayfront Station boleh jalan kaki je dalam 5mins untuk ke entrance Garden by the Bay.

I macam biasa laaa tap2 je Bigpay card sepanjang naik semua public transport, and I perasan Bigpay apps notifications for deductions tak ada.  Alamak takkan free kot.

Your pov gitu

Berhenti rehat 5mins, penat woi jalan. Masa ni I dah start runny nose maybe allergies with certain food or environment. Sam pula paksa Ain & I habiskan segala mak nenek makanan dalam beg dia. I cuma dahaga wei, tak lapar sebab letih+ masih excited.



Ain suggested we take a shuttle service (3$ seorang) dah penat nak jalan oii .HAHA 
The entrance fees were free for the public. But if you guys want to experience more, they have many activities here such as Flower Dome, Cloud Forest, Floral Fantasy & Skytree Observatory. Pls google sendiri ye~



This area is so huge, that we need at least half a day to explore and enjoy the entire garden. 


Of course, we spent most of our precious time here. Idk why? Banyak gilaa gambar kitorg dekat spot ni sampai a few tourist asked us to take their pictures too.HAHA
One of them helped us took our pictures, baru perasan tak banyak gambar bertiga.


Garden yang penuh dengan bunga-bunga chenta. A must-see place to enjoy nature with green scenery.


A counseling session with Ain while waiting for the light show performance. 


Berangan dating sini every weekend with my partner in crime 
& suddenly he's getting on one knee :p



The Skytree light show started at 7.45pm. Masa ni dah tergaru-garu, tak tau bengkak allergies atau kena gigit nyamuk.lol. The show was enchanting and added a magical touch to our short getaway. Wajib datang sini confirm tak menyesal, kaki anda je yang menyesal sebab dapat tuan yang tak reti dok diam.

Omg, this view 100000% felt surreal to me. 

Around 8pm we all terus gerak ke shuttle pickup point untuk ke main entrance. Better cepat before que panjang sampai 1km.lol Kami bergegas ke Mrt Bayfront yang sudah crowded sampai ada guard yang bagi instructions untuk elakkan dari kekalutan manusia. 

At this moment I macam blur terox bcos dah penat sampai tak leh fikir. Tiba-tiba confuse tak tau nak naik Circle line atau Downtown line untuk ke Bugis station. I dah sekilas check city mapper yang kena naik blue line but tiba-tiba  I was-was. HAHA. 

Ain  memang dah KO sebab penat. Sam masih cool, she double checked the route at the information board and convince me yang kita memang in the right train line. Siap tunjuk nama Bugis terpampang jelas dekat situ and I boleh pulak tak nampak. 



We reached Queenstreet terminal before 9pm, the only buses available were Causeway Link and the que line sangat panjang yaaa. Ada 2 barisan - first line untuk duduk dalam bus and 2nd line yang nak berdiri dalam bus. 

Kami main masuk je line, dan masa ni ada pakcik teksi approach us untuk naik teksi dia. They charge 30$ or more per head. Ain try pujuk us yang sudah separuh nyawa untuk naik teksi pakcik tu but Sam and I taknak bcos nanti jammed jugak before and after immigration. 

Bus pula ada their own lane so lagi cepat and murah, only 4.8$. Alhamdulilah less than 10mins dah dapat naik bas walaupun berdiri je. Penuh sangat dengan malaysian yang baru nak balik keje + us -the jelly beans trio.lol The immigration process at the both side were smooth and we reached Larkin Sentral around 10pm. The car park fees at Plaza Larkin was RM14.



The next morning, I got a notification from Bigpay about how much the MRT fee was charged from my bank card -Rm24 for 1 day not that bad. Baru je nak happy dapat free public transport. To sum up, It was a fun journey yet tiring. This trip taught me a few lessons about life - Don't rush things, it's okay if the plan does not go your way & be grateful for what you already have. Repeat SG? Yes!

With love.

Yaya doe