Friday, July 20, 2012

Kem Jati Diri Form 4 di PLKN Padang Kacong, Marang


Assalamualaikum w.b.t, 

Tik tok tik tok...jarum jam bagaikan bergerak dgn kejam, meninggalkan segala peristiwa pahit-manis-masam-pahit-payau-kelat yg berlaku dalam hidup aku. Amboi ayat =='Ngee.

Pada 16/7/12, semua pelajar Ting 4 terpaksa meninggalkan Sais Tercinta dan di PaksaRela join PLKN di Marang selama 3 hari 2 malam. Tapi aku rase masing-masing cam tak sabar je nak meninggalkan Sais :ppp
Kami semua naik bas Sester, Brains, Sesma dan Sahut. Aku tak ingat kami semua sampai sana pukul berapa,  lepas habis taklimat terus check in hostel !. Main lompat2 atas katil best gak :))).

Aktiviti 1: Main indoor games lepas Asar sambung dengan senamrobik. Candid Time !

 Our Head Boy 
 Kah3 - Dragon


 We believe we can fly




1st night kami di plkn. Kami mesti buat group discussion tentang isu, erm...erm..erm,ngee



Tadaa~ Ngeh3. 

Hari ke-2. Aktiviti Merentas Halangan.













 Kayak-ing...













Flying Elephant :pp


 Last day di plkn. Aktiviti Khidmat Masyarakat. Gotong royong membersih kawasan surau dan kediaman Wira & Wirawati.






Majlis Penutup.










Makan tengah hari yg terakhir kami di plkn. Masing-masing tayang muka jakun bila tgok trays tersusun masa nak ambil nasi. Mana pinggan-mangkuk-terbang-melayang ???? >,< 




 Our Head Girl, Dayang Najiha a.k.a kembar aku. Eh wait! bile mase aku de kembar?? Okeyh die kakak aku adek. Bangga wehh kakak kite Head girl SAIS.


Masa untuk balek, SBP's hostel always sweet-gilerr! sampai semua menghidap penyakit kencing manis.

Ore tokseyy klik, nok ddok sinim!


Hidup mesti diperjuangkan bukan untuk diperjudikan. Masing-masing diperlukan untuk melengkapkan jigsaw puzzled kehidupan, kalau satu keping hilang, maka tak lengkaplah lukisan kehidupan. Akhir kata,Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak. Banyakkan ibadah. Maaf jika ada buat salah dan silap.
"ank angsa men buih ...nk pose dh weh..ank angsa nmpak antu kite pose ari sbtu..naek motor wave blgor ...trawih jgn tngall....pak majid mulut muncung ..pi msjid jgn maen mercun..hujan turn lbat2..lekas2 lh taubat..heheh...salam ramadhan semua......."







Kejohanan Olahraga di SAIS


Salam hari last dlm bulan Syaaban 2012 daripada Yaya Doe's belog. Semoga anda semua dlm keadaan sihat sejahtera disamping orang yg tersayang.  Formal-gilerr-katak! Ngeh3, ayat piawai TNB. Okay,sekarang sudah tiba masanya untuk sengih sampai ke hidung kerana esok musuh dlm toto kita akan diikat dgn simpulan mati dan akan dihumban kedalam Laut China Selatan selama 30 hari 30 malam. Ceh, macam pakej percutian ke Karambunai, Sabah je =='.

Harini ntah ler aku cuma nak share pasal Kejohanan Olahraga Sais buat julung-juling-jeling kalinya. Tahniah kepada Syazwan Pelong n cousin Sy.Najua Najat, Sy Intan sebab dapat anugerah olahragawan &olahgarawati sekolah :) Aku main 4x400 meter dan 1.5 km, fuhh gilar 3 kali pusing padang sekolah, mau amnesia aku. Dop letih pun oii, tapi okey lha walau tak menang aku dapat habiskan jugak. 'Mom! you should proud with your daughter okayh*Tayang muke bangga ^_^,  LOL







 with KR Rumah Merah.









4x400 meter-Emas.


Friday, July 6, 2012

Sem ke 2 di Bumi Sais



Assalamualaikum wbt, 4 minggu sudah berlalu...dan selama 4 minggu jugalah aku bertapa ilmu hitam-putih-kelabu-coklat di Sais. Naik tepu kepala duk mengadap nota-nota kimia-bio-add math-yg-ntah-apekemende-tuh. Muka aku tersengguk-sengguk time math modern mmg xboleh blah, bosan lor menadah ilmu chapter Kebarangkalian. Baik kroohh. Haha. 

Macam-macam insiden yang berlaku di asrama, kalau nak cite satu2 mmg lunyai keyboard...Minggu 1- Dapat result Midyear exam, JGN TANYA RESULT EXAM AKU! Thanks. Naik kejang  urat jejari aku buat pembetulan esei- eksperimen- maths calculation yg berkajang-kajang. Minggu 2- Berlatih pentomin English, berlakon tanpa suara dan aku cuma jadi pembaca poem ' I Wandered Lonely As A Cloud' bersama Iedo. Kepada   Mr(s) Daffodils yg gilerr comel macam mat bangla- Tengku Amir & Che Amir Khairi,HAHA :pp  Hye Dayah sebagai main character dan Elly sebagai Cik Everything sebab macam-macam dia jadi, pokok-awan-bintang-bunga. You guys are great even bila buat pementasan para penonton tayang muka blurr, okay la tu. Not bad lerh.

What the Fish?
Minggu 3- English Debate antara kelas, 'Apple is better than Android', hesh naik gegor kelas Rusyd lawan kelas Nafis dan Khaldun. Aku punya english mmg broken habis so aku cuma jadi tukang tepuk meja a.k.a penyorak xde payment. 

Minggu tu aku tak balik kampung sebab pihak sekolah menggatal buat kem untuk Ketua Dorm(KD), so aku selaku KD Merah 5 yg berwibawa lagi berdedikasi (hesh mau termuntah anak2 buah aku) terpaksalah menghadapi segala ujian dan rintangan dengan tabah dan sabar. Tapi yg paling sadis time Kembara Malam, mak ngai memang kena ragging lha, habis tudung aku kena tepung, berjalan tak tentu arah dgn mate tertutup, lepastu ade la yg duk meroyan buat suara lunak merdu tempoyak bak pontianak melalak kat tepi telinga aku, kne spray dgn air, kaki tersadung divider jalan, macam2 lha. p/s-Ena sori beb, aku terlepas tangan mg.Haha. Time tu baru la kitorang merasai bertapa bersyukurnya kami selama ini kerana dikurniakan pancaindera yg sempurna. :'( Hari last kem, Malam Bakat. Group KD Rumah Merah pakat buat sketsa bertajuk ' Buli di Sekolah', oh well aku just jadi pelakon tmbahan. Mat-Black-Aiman bajet tengking-tengking time sketsa, aduhh dop ngeri mane aku. 

Dan tugas terakhir kami sebagai ketua dorm aspura-aspuri, terpaksa handle budak2 SK Guntong. Group aku cuma main indoor games, nasib baik standard 4 takla susah mane. Aku dgn Afiq handle 4 budak dan group kecil kami bernama KELIP-KELIP CENDANA  ,xtau pulak aku bebudak ni giler main ayat hikayat. Ikut hati aku main hentam je nama kumpulan Otomen-Power Rangers-Nada Cinta.LOL. Time tu bajet jadi Kakak-Abg Mithali Pro la konon, buat origami pun tunggang terbalik, last skali berguru dgn budak darjah 4 acamne nak buat origami burung-baju-pistol. Ngeh3

Minggu ke 4 - Hari Sukan !

Sunday, June 10, 2012

Babai Belog :'(


SobsSobs,.tsk tsk tsk (giler banyak hingus). Okey masa untuk ucap selamat tinggal !...meh give me a big hug ^^".ilyb. Cuti 2 minggu macam 2 hari, lagi beberapa jam aku dah kena fly ke SAIS, bumi hijau tercinta ;'p, Esok bermulalah rutin baru iaitu bangun awl-mandi air sejuk-pakai baju seragam sekolah-kena marah sebab homework tak siap-ponteng riadah-and so on~

Kita jumpa lagi 4 minggu yep, tsk tsk tsk...okey jgn rindu aku sgt >,< eh bajetnye? . Doakan result pekse aku agar tak sampai underground, kecut weh. Esei bio ntah sepatah haram aku tak faham, kimia lagi la ntah apekemende sodium benznoat plus magnisium choride, okey aku reka je tu  . Masuk sem k-2 ni dah xmau main-main, study betul2. Azam tahun  baru kena diperbaiki balik. Aku rindu warga sementojie, tapi aku lagi-lagi-lagi rindu SAISian. Dah tiba masa aku untuk berjuang balik. Tak kesah la macam mana down aku punya result, dah tu rezeki aku nak buat macam mana kan ?.


okey chill and smile :))) (big smile kay'?) Masa untuk giler2 di asrama! 



SAIS here I come !...


Saturday, June 2, 2012

HangOut


Hi people, harini aku cuma lepakk kat rumah... malas nak pergi mana-mana, kalau keluar pun tak sampai 3 saat tu pun lepas mak aku bertempik suruh bawak masuk adik aku yang sudah basah  main air kolam ikan. Kalau ikut angin aku habaq pi laa siap rendam dalam kolam ikan lagi ...pergi main dengan ikan jangan kacau aku nak main fesbukk...Oh well kakak mithali , memang nak kena sekeh dengan mak aku kalau jawab camtu!

Aku dah janji dengan cikKunim nak upload, tapi asyik tangguh je...Start cuti sekolah otak dah berpusing-pusing nak buat aktiviti  apa. Gades Klate Celop ajak aku jadi partner dia jual air cendol la konon dekat pantai dapat pocketmoney lebih. Tapi plan tu masih dalam perbincangan. cam tak jadi jek

3 hari lepas aku keluar hangout dengan Khalilah, nak ajaak GKC asyik beri alasan pokaii tak sudah-sudah. Kami cuma jalan-jalan melenguhkankan kaki a.k.a exercise. Tak sampai 2 meter berjalan dah isi minyak kat  KFC, hampehh 0.0003kg kolestrol yang terbakar up 0.3kg yang ternak balik. Damn! 






Kampung aku tak main la ayam main kejar-kejar dengan itikk or kambing main teng teng dgn biawak...kuda beb!



















Gambar Hiasan :)