Thursday, February 19, 2026

Umrah Travelog - Madinah Part 3


Hi semua,

Harini 01/11 (Sabtu), hari kedua kami dibumi Madinah. Badan I dah okay cuma batuk selsema tak juga sembuh. Aktiviti pagi ni selepas subuh adalah ziarah di Masjid Quba. Rasulullah bersabda sesiapa berwuduk dari rumah dan solat sunat 2 rakaat  di Masjid Quba ganjaran setara pahala umrah penuh. Pukul 6.30pagi bas dah sampai, bagi mengelakkan kesesakan kami keluar awal untuk ziarah di Masjid Quba.



Perjalanan mengambil masa 15mins ke Masjid Quba. Ia terletak di daerah Hijaz tidak jauh dari kota Madinah dan dibina pada tahun pertama hijrah. Bas parking di area Masjid Quba, awal pagi masih lengang jadi kami semua tak bersesak untuk masuk ke kawasan masjid. 




Laluan pejalan kaki kearah Masjid Quba. Ada beberapa construction di sekitar masjid bagi penambahbaikan.

Masjid Quba merupakan masjid pertama yang dibina oleh Rasulullah setelah berhijrah dari Makkah ke Madinah pada tahun 622 masihi. Ia terletak 5km dari pusat bandar Madinah dan menjadi tempat pertama dilaksanakan solat berjemaah untuk para muslimin.


Guard diruangan wanita arahkan semua jemaah penuhkan tingkat atas, kami tak dibenarkan solat tingkat bawah. Alhamdulilah dapat solat sunat 2 rakaat dalam masjid dengan mama. Tak boleh berlama sebab ramai lagi jemaah akan masuk. Waktu berjalan keluar ada banyak kucing dekat Masjid Quba, I dah standby whiskis untuk bagi kucing makan. 


Kesian kucing-kucing yang kelaparan, bagus je semua tak pilih makan. Next time datang lagi I nak bawa makanan kucing banyak-banyak.

Sempat bagi makan dekat parking bas, makin banyak pula yang keluar bawa geng.



Kemudian, kami menunggu rombongan jemaah di depan masjid untuk bergerak menaiki bas, sempat la bergambar. Cuaca sejuk mendung harini, destinasi kedua adalah ladang kurma tempat wajib jemaah malaysia melontar riyal. Dekat sini banyak pilihan kurma dan coklat/manisan tapi harga agak mahal. 



Kami beli satu je buat rasa, yang bestnya seller akan bagi banyak sampel coklat, buah tin, kurma untuk dicuba. Mama beli buah tamar fresh untuk dibawa pulang ke Malaysia, rasa crunchy gitu tak manis sangat.


Pelbagai pilihan kekacang dan manisan. Sugar level naik mendadak lepas masuk sini.lol


Bakso dan jus delima di Ladang Kurma turut kami beli untuk alas perut. Rasa biasa je, dah la harga mahal.huhu Dekat sini boleh la nak cuci mata dan bersantai di bawah pokok kurma.



Destinasi seterusnya, bas singgah di Museum Al-Amoudi Madinah. Rumah lama yang senibina tradisional dijadikan muzium oleh usahawan Abu Bakr Al Amoudi. Ia terletak berhampiran Jabal Uhud. Harga tiket masuk 5riyal seorang dan agent yang uruskan semua. Ada banyak khazanah nilai budaya dan artifak lama.



Kami turut disuruh aka dipaksa oleh pekerja muzium untuk mencuba baju tradisional orang Hijaz serta dipakaikan perhiasan klasik. Muka I tak rela ya dipaksa untuk bergambar.HAHA


Staff sini sangat friendly dan rajin ambil gambar kami.


Ada beberapa area untuk pengunjung bergambar, kami duduk dibangku ruang tamu yang menyajikan set hi-tea versi Saudi.


Peta lama madinah dan replica struktur asal kawasan madinah turut dipamerkan.


Bangsa arab terkenal dengan kepandaian menggunakan senjata, pekerja muzium suruh I bergambar bersama selaras senapang tentera Saudi. Berat betul senapang ni, melayan jela orang dah offer nak ambil gambar kita.




Koleksi matawang Saudi dari pelbagai era.



Muzium ini berdekatan dengan Jabal Uhud. Kami naik ke tingkat atas bangunan yang bersaiz kecil untuk mengambil angin dan bergambar. Dinding muzium dibina dengan cara tradisional campuran jerami dan tanah liat.



Kemudian kami bergerak menaiki bas untuk ke Jabal Uhud. Jabal Uhud terletak di utara Madinah dan menjadi lokasi bersejarah dalam islam iaitu Perang Uhud. Dalam hadis Rasulullah SAW bersabda 'Bukit Uhud adalah salah satu bukit-bukit di Syurga'. Rasulullah pernah memandang ke Uhud sambil berkata "Sesungguhnya Uhud adalah bukit yang sangat mencintai kita dan kita pun mencintainya."



Ustaz menerangkan sirah penting iaitu pertempuran di Perang Uhud. Tentera Islam yang pada mulanya menang melawan Quraisy tapi akhirnya kalah. Ini kerana pasukan pemanah di atas bukit mengabaikan pesanan Rasulullah dan mereka turun untuk mengambil harta rampasan perang. Akibatnya 70 sahabat Rasulullah gugur syahid termasuk Hamzah bin Abu Muthalib. Para syuhada di makamkan di kaki Jabal Uhud yang dipagar namun tidak dihias mewah. Dekat sini ada ramai penjaja air botol kotak yang meminta jemaah untuk sedekah sabil. 1 kotak air botol dalam 20riyal diagihkan untuk pengunjung kerana cuaca bahang panas orang akan mencari air untuk hilangkan dahaga.


Selesai aktiviti harini kami bergerak pulang ke hotel dan bersihkan diri. Masuk waktu zohor I dan mama berjalan ke masjid untuk menunaikan solat Zohor. Dalam group whatsapp ustaz bertanya sekiranya ada yang teringan makan Al Baik boleh order dengan beliau. Rupanya owner Ahmad Albab yang akan tolong belikan untuk kami kerana agak susah disebabkan jarak kedai Al Baik agak jauh dan waiting time pun lama.


Zohor sampai malam free and easy, kami banyak meluangkan masa di Masjid Nabawi. Rutin I lepas solat zohor balik untuk lunch dan tidur sampai asar. Waktu Asar, Magrib dan Isyak stay di masjid kerana jarak masuk waktu dekat.


Lepas Isyak baru dapat makan ayam goreng Al Baik, I minta adik yang order dan pickup dekat bilik ustaz. Set berharga 23SAR ada ayam 4 ketul bersama roti dan fries, tak lupa sos putih garlic. I suka sos putih dia cuma ayam goreng tu biasa je mungkin dah sejuk. No komen, ayam kfc sedap lagi kot pada I. Lepas dinner kami naik ke bilik untuk berehat, santai betul aktiviti di Madinah. 


With love.

Yaya doe 

Tuesday, February 3, 2026

Umrah Travelog - Madinah Part 2


Hi people,

Harini 31/10, hari pertama di bumi Madinah. Selepas subuh kami terus ke dewan makan. Breakfast pagi di sini kena awal kalau tak fullhouse. Pagi ni aktiviti cuma shopping sebab tengahari solat jumaat, ustaz minta kami berkumpul dilobby pukul 9am. Bas datang tepat waktu untuk bawa kami bersiar-siar disekitar Masjid Nabawi.


Depan hotel sesak dengan bas-bas jemaah umrah. Bas kami harini ditaja oleh owner kedai kurma (AhmadAlbab). 



Kedai Ahmad Albab fav jemaah TA Tiram. Mutawwif bagitau owner banyak membantu pihak TA yang kesulitan untuk mengendali pelbagai masalah jemaah di Madinah. Agak susah orang Malaysia untuk bisnes di Madinah sekiranya tiada hubungan baik dengan warga local kerana urusan perniagaan di Saudi lebih mengutamakan orang mereka sendiri. Owner tidak minta balasan upah namun sebagai tanda terima kasih pihak TA akan bawa jemaah mereka untuk melontar riyal disini.HAHA

Kedai ini dekat dengan gate Masjid Nabawi tapi tak pasti pula gate mana.Huhu Tak silap area Bin Dawood Taiba  Shopping Center. Tuan kedai akan explain dulu setiap jenis kurma dan manisan dalam bas. Banyak sampel diagihkan untuk kita rasa, coklat kunafa pistachio pun turut dibagi untuk kita rasa. Layanan tiptop dan harga murah memang jemaah malaysia terus borong kasi licin.fuhh


Pelbagai kekacang dijual dan harga boleh ditawar. My parents paling banyak borong dekat sini niat berbagi untuk saudara mara dan rakan-rakan dikampung.


Manisan pun banyak pilihan, mak-mak rambang mata masuk kedai ni. I lepak je dekat luar sambil makan sampel. I cuma beli kurma 1kg dan coklat 1kg, tapi rasa macam tak cukup.Huhu Sebelah kedai ni ada kedai jubah-jubah Ahmad albab. Pilihan banyak dan harga mesra poket. I beli satu untuk diri sendiri sebagai souvenir.



Tak sedar jam sudah pukul 11pagi, kami pun bergerak kembali ke hotel. Ustaz inform jemaah wanita pun boleh solat jumaat di Masjid Nabawi dan dinasihatkan untuk pergi awal kerana askar akan tutup gate sekiranya lambat. Kami kembali ke bilik untuk bersihkan diri, mama dah mula demam dan sakit kepala. Setelah makan ubat mama pun tidur, I tak sampai hati nak kejut untuk ke Masjid. Badan perlu rehat yang cukup setelah makan ubat.




I pun join group kak pzah dan kak anis ke Masjid Nabawi. Alhamdulillah dapat solat jumaat di bumi Madinah. 


Kami dapat solat bawah payung, cuaca tengahari panas memancar. I dan kak pzah pula dah rengsek kepanasan. Kami pula pakai telekung hitam, haaa migrain la kami sementara menunggu selesai khutbah jumaat. Takpe panas dunia je ni.Huhu



Balik je terus singgah makan sebab dah lapar. Hotel dekat madinah cuma dapat satu card bilik so agak renyah untuk kami berempat bergerak solo. Rupanya mama turun juga ke masjid untuk solat, digagahkan diri untuk ke Masjid Nabawi. Semoga Allah jaga mama didunia dan diakhirat.


Waktu asar dan maghrib masuk awal, lepas zohor rutin kami akan tidur sampai asar. Jarak hotel pun jauh dari pintu wanita so kami tak berulang alik. Seronok sangat di Madinah walaupun selsema I makin teruk. Suara mama dan I pun dah garau haa, teruk juga sakit kami. Kami pula bawa ubat yang biasa dan tak ada antibiotik so lama la juga nak sembuh. Next time kena ambil juga insurans kesihatan Khairi Care tau! *remind untuk diri sendiri



Berjalan santai menuju masjid untuk solat Asar, lalu disebelah Masjid Ali bin Abi Talib. Sebelah petang jadual free and easy, jemaah boleh jalan-jalan explore kawasan Masjid Nabawi. Boleh bagi makan burung merpati dan kucing disekitar masjid.


Masjid Abu Bakar yang berada disebelah Masjid Ali bin Abi Talib


Karpet dalam masjid Nabawi empuk. Apa yang I perasan ramai sangat orang-orang yang rajin bersedekah dalam masjid, ada yang bagi kurma, gula-gula & roti.


Lepas solat asar mama ajak jalan-jalan area pintu 338. Jauh juga dari hotel kami, adik pun ikut sekali. Tiba terjumpa kedai ice-cream rose viral ni, kedai tak ramai orang sebab ni cawangan kedua kot.lol I pula tak reti order, cakap nak ice cream terus dia bagi yang mahal 30sar punya harga.HAHA redha jela boleh kongsi 3 orang makan. Tapi special la siap direnjis-renjis rosewater dan kuntum rose sebelum dia bagi ice cream. 



Rasa macam mana? Hmmm, biasa je nyahh. Rasa sebijik sirap bandung, soft serve ice cream yang berlemak perisa bandung pastu wangi.



On the way balik ke hotel untuk dinner dan rehat. Jarak dekat je masjid ke hotel cuma banyak dugaan sebab kedai-kedai banyak.HAHA


Malam kami free and easy, selepas solat Isyak terus balik hotel untuk makan malam. TA provide breakfast, lunch dan dinner jadi I kurang beli makanan dekat luar. Kalau beli pun boleh kongsi ramai juga 3-4 orang tapi disebabkan ayah dan adik bilik lain susah la sikit nak makan bersama.


With love.

Yaya doe 



Tuesday, January 27, 2026

Umrah Travelog - Madinah Part 1




 Hi people,

Malam pertama di Madinah 30/10 (Khamis), selesai bersihkan diri kami pun turun ke lobby hotel. Hotel di Madinah bertaraf 3 bintang iaitu Rose Holidays Hotel yang berjarak 100meter dari gate 310 Masjid Nabawi. Kami diberitahu hotel tersebut agak sempit biliknya untuk kami berempat, tapi sabar jela asalkan urusan kami di Madinah dipermudahkan. Next umrah boleh survey hotel Anwar Movenpick kalau bajet besar, hotel pun dekat dengan pintu masuk wanita.

Kaunter lobi Rose Holiday

Around 10.45pm kami bergerak dari hotel berjalan ke Masjid Abu Bakar. Masjid itu merupakan tempat Rasulullah solat Hari Raya dan tapak rumah Saidina Abu Bakar. Masjid tersebut menjadi tempat bersejarah dan tidak dibuka untuk orang ramai solat berjemaah. Besebelahan Masjid Abu Bakar adalah Masjid Al Ghamamah, ramai jemaah tertukar kerana senibina yang sama namun masjid Al Ghamamah ada banyak kubah. Kawasan ni penuh burung merpati, dan ada banyak tempat duduk untuk jemaah berehat.

Ustaz membawa kami untuk memberi Salam kepada Rasullullah SAW di kubah hijau depan pintu 1 ( Bab As Salam) dan menunjukkan lokasi Raudah yang bakal kami pergi pada 2hb. Askar-askar di masjid Nabawi tak garang sangat, tapi bila berkumpul ramai-ramai tengah jalan memang kena halau.

Lama juga kami berada disini dan mendengar beberapa sirah daripada Ustaz Omar.

Setelah itu kami bersurai, mama ajak teman dia solat jamak dalam masjid Nabawi. Kami pun berjalan santai mencari pintu masuk an nisa iaitu pintu no 13 & 17. Nyaman dan sejuk suasana di sekitar Masjid Nabawi. Kalau disini letak je uncang bag di kabinet kasut, InsyaAllah selamat. Perasaan pertama kali masuk Masjid Nabawi? Ya Allah tenang rasa, senibina dalam masjid cantik sangat seakan bermimpi dapat masuk dalam ni.

Cantik kan karpet masjid Nabawi, sementara tunggu mama dan kak anis solat I layan perasaan. Balik hotel terus mandi, makan ubat dan tidur sebab esok ada aktiviti lain pula.


Selesai solat jamak kami minum air zamzam, di dalam Masjid Nabawi semua air adalah air zamzam tapi diluar ada 2 jenis. Kena tengok betul-betul kut salah isi air. Mama cakap kena minum air zamzam yang not cold untuk elak batuk, tapi I pulak bila dahaga nak air sejuk. Masa ni dah tak sihat badan, I start rasa perit tekak berpasir macam nak batuk selsema.Hmmm Balik hotel terus tidur lena sebab penat.


Subuh pukul 5pagi, pukul 4.30pagi baru la I dan mama bergerak nak pergi masjid. Kami terlambat, gate dah tutup so kami solat dekat dataran luar. Sejuk sangat pagi ni, bulan november adalah permulaan musim sejuk. Jaket & sweater jangan lupa bawa kalau tak tahan sejuk. 

Lepas solat subuh kami terus balik hotel untuk breakfast, dekat Madinah kami santai je jalan-jalan. Buffet pagi nasi lemak telur rebus, makanan di hotel macam makanan dewan makan asrama. I tak expect banyak dan tak nak compare dengan Safwah, syukur masih dapat makanan yang kena dengan selera. Masuk hari ketujuh dah mencari lauk pauk asia, I bersyukur pakej TA sediakan makanan asia pagi, tengahari dan dinner. 



With love.

Yaya doe