Thursday, August 29, 2024

INDONESIA : Bandung (Travel's Diary) Part 3

 

Hi korang,

Lets go sambung part 3, our first stop was Lembang Farmhouse. Mas Arian ni bagus tau sebab tak banyak cakap.HAHA. Dia akan tanya nak pergi tempat mana dulu sebelum gerak, so I dan Nissa yang dah study ni ler yang banyak bagi arahan dekat supir. I target nak pergi 6-7 tempat tau dalam masa satu hari, haa kita tengok berjaya ke tidak itinerary si yayadoe ni.

Perjalanan ke daerah Lembang mengambil masa 1 jam dari Kota Bandung. Jalan pun bersimpang-siur dan sempit, memang salut la driver-driver dekat sini drive manual. Mas Arian pon jenis sabar & rilek je drive dalam suasana yang macet dengan puluhan motor yang cuba mencelah dari kiri dan kanan. Kitorang agak culture shock dengan style traffic disana sampai rasa ada brek extra dekat kaki masing-masing, bahaya wey. I boleh rate pemanduan mas Arian ni 100000/100. So orang malaysia tak payah la mengada nak drive sana, silap-silap drive sambil menangis. Sempat la kami berkaroake lagu-lagu indonesia. My fav Tiara Andini - Kupu-Kupu.

Supir parking van di Great Asia Africa dan kami harus naik jejantas untuk ke Farmhouse Lembang. Suhu sejuk macam aircond je. I settlekan bahagian entrance tix, tunjuk sahaja tix whoosh dan passport di kaunter. Dapat masuk free je guys tapi tak dapat free air susu. Nissa and I dah research tempat kids friendly since our friend bawa toddler dan sini sangat best untuk korang yang nak santai-santai dengan family.

Comel kan shaun the sheep. Tapi jangan tanya bau dia macam mana.HAHA

Ada beberapa haiwan yang kita boleh bagi makan, makanan biri-biri dan arnab pun murah je dalam 5-10ribuan. Kalau ada budak-budak best la melayan, kitorg yang single ni rasanya banyak spent time dalam kedai souvenir je.



Disini ada juga rainbow slide, sempat la main 2x. Tak mencabar sangat tapi boleh tahan kuat la kitorg menjerit sampai budak-budak nyampah tengok. Tak sampai 2 jam pun kami jalan-jalan dah cover semua area. Next stop adalah Floating Market Lembang. Supir banyak lalu jalan tikus yang siap ada tukang jaga jalan pastu wajib bagi tips, kalau idok dia tak bagi ler hang lalu jalan tu.


Entrance ticket adalah free sebab kitorg pakai tix whoosh. Tapi tak dapat claim free drinks. Masa ni masing-masing lapar sangat. Tak salah I cuma ada satu restoran dan tak ramai sangat orang. Mungkin ramai serbu floating market.


Bila tengok menu & buffet makanan terus I blur nak ambil apa. Yelah I familiar dengan ayam penyet@ gepuk jee. So I order Iga bakar + Nasi putih pastu Ais Jeruk. Tu je yang sempat I study pasal makanan Indonesia. Serius sedap sangat sampai teringat-ingat. Sup dia rasa macam sup jamu akar kayu.HAHA 
Orang cakap kalau datang Indo wajib try their ais jeruk.  Ais jeruk ni rasa sebijik limau hijau tu sebab I expect rasa dia fresh oren. Tapi bukan. lol


Lembang Farmhouse pun ada Japan Garden. Tak payah pergi Japan.lol


Ada banyak aktiviti best di Lembang Farmhouse untuk korang yang bawa family & toddlers. Tempat ni santai je dan waktu kami datang ada banyak rombongan budak sekolah. I nak naik rainbow slide tapi semua tak berani join. So kami decide naik pirate ship & strolling around the area. Tak sempat try makanan di floating market sebab dah kenyang. Maybe next time boleh cuba.


I tengah tunggu diorg pusing tasik, sempatla healing layan perasaan. I beli beberapa ole-ole viral bandung dekat sini. Trip kali ni santai je. Tak sampai 2 jam di farmhouse kami semua dah gerak ke tempat seterusnya. I minta Mas Arian singgah mana-mana kedai kain yang best sekitar bandar. Kitorg ni bukan pesen shopping sangat so rasa tak berbaloi buang waktu di Pasar Baru.


 
Tak pasti OH 8EST ni dekat kawasan mana, kedai dia ada banyak pilihan telekung dan kain yang dah siap jahit dan murah. Port malaysian selalu datang borong kain sebab harga diorg dah siap convert RM di setiap item. Tak cukup rupiah boleh aja banyar pakai ringgit. Masa ni dah start hujan lebat so kitorg lepak kejap dalam ni.



Rambang mata nak pilih kain. I cuma beli telekung travel dekat sini since mama dah pesan tak payah beli kain untuk dia sebab dia cerewet bab kain ni. Masa dah siap bayar dekat dalam, kitorg sambung melayan penjaja local dekat luar kedai pulak yang berebut minta beli keychain, buah salak, kraftangan etc. Sampai dah masuk dalam van pun diorg pujuk lagi untuk beli.HAHA



Disebabkan masih hujan, so I minta Mas Arian untuk bawa kami semua ke Paris Van Java Mall. This mall quite huge with varieties of high fashion shops, macam ala-ala  JPO. Located in the center of Bandara. Mall's rooftop ada flowers garden tapi hujan masih lebat risau demam pula lama-lama dekat situ. Masa ni perut I memulas, taktau la punca makan apa.


Kue Ape ni lebih kurang macam apam balik krispy. Kami jalan-jalan window shopping di PVJ Mall sampai maghrib. Tak beli apa pun. Ground floor ada banyak kedai makan yang best-best, kitorg tapau je untuk makan dekat hotel nanti sebab mood dah kelaut. I tak tapau sebab nak minta supir singgah kedai mie tarik otw balik hotel. Mengada.


Pukul 6 petang dah macam pukul 8 malam. Bandar dah sesak dengan ramai pengguna jalanraya dan jalan area Braga street ditutup kerana hujung minggu. Mas Arian cakap kedai tu area Braga so kena jalan kaki sebab kereta tak dapat masuk. Masing-masing dah barai so terus gerak balik ke hotel.


 Kbye

With love.

Yaya doe