Monday, November 2, 2020

Chapter 7 : Alter

 

Bab 7 : Si Tun Teja




Diana memasang projector didalam pejabatnya. Hampir 4 tahun alter-alternya ditidurkan oleh Dr Nizam sehinggalah 2 minggu yang lepas Amber mula munculkan diri sewaktu papa bagitau Dr.Nizam tidak boleh lagi menjadi Dr Psikitiari peribadinya.


Aku tidak pasti sampai bila aku harus bertahan di dalam tubuh yang setiap hari seolah-olah cuba membunuh diri aku sendiri.


 “Saya pasti Encik Adam dah jumpa Amber dan Ainul Mardhiah. Er tapi boleh saya tahu macam mana Encik Adam boleh kenal Amber?”


Soalan tu bagai menjerut leher aku. Hah jawab la. 

Yang minah goth tu heret kau drift langgar 3 traffic light masa kau nyaris jadi gigolo jalan Bukit Bintang semalam.
“Saya jumpa dia kat stesen minyak semalam, dia cakap nak pinjam handphone lepas tu terus lesap.” Tipu sunat.


 “Oh okey, Amber personaliti pertama yang keluar diberi nama oleh Dr.Nizam. Amber nyaris beberapa kali cuba membunuh Dr. Nizam ketika diagnosis”
“Hah? Dia nyaris apa?” Aku tercengang. Woo aku dah agak 200 ribu sebulan tu bukan sesaja dia nak bagi.
“Oh nak saya cerita dengan terperinci lagi ye, Amber pernah mencekik leher Dr.Nizam dalam 3 kali dan Dr.Nizam pernah terlibat dalam kemalangan kecil berpunca daripada Amber. Saya agak dia potong wayar brek kereta tu” Diana melepas keluhan berat.
Entah berapa kali dia terpaksa meminta maaf, walaupun kata Dr.Nizam itu langsung bukan salahnya. 


Oh tu rupanya sebab kelas batal seminggu, desis Adam. Masa tu minggu presentation, sumpah aku tak prepare apa pun sebab sibuk dengan aktiviti hiking club. Terima kasih Amber sebab selamatkan aku.
“Biasanya waktu bila alter Amber keluar?” Yelah handphone aku entah kat mana dia letak. Tentu beratus whatsapps mak dengan Muaz dalam tu.
“Kebiasaannya dia akan keluar waktu malam atau ketika saya dalam ketakutan. Amber macam personaliti penyelamat tetapi dalam masa yang sama bersikap pemarah dan panas baran. Dia selalu habiskan masa seorang diri dimana-mana kelab malam.”


 “Ainul Mardhiah?”
“Oh, dia tu tak banyak songeh sangat dan jarang keluar. Selalu berkeliaran dimana-mana ceramah agama. Rapat dengan Mak Tun, pembantu rumah. Tahun lepas, pengawal papa berjaya tangkap dia dekat airport sebab dia terlibat dalam sukarelawan dalam misi bantuan kemanusiaan ke Selatan Thailand.” Diana menggeleng sambil tergelak.


“Kenapa gelak?” Aku mengerut dahi.
“Tak lah, kadang saya rasa macam tengah tunggu masa nak kena hantar ke hospital bahagia. Kalau bukan sebab err…tapi saya pasti 2 lagi personaliti  yang akan keluar bila-bila masa saja akan lagi menarik daripada Amber dan Ainul”
“Ada lagi?”
“Tiara dan Shasha. You gonna love them.”

“Makan banyak-banyak sikit, risau Mak Tun tengok badan kamu yang kurus ni. Boleh ke nak jaga Cik Diana tu.” Tangannya lincah menuang air limau sejuk kedalam gelas aku yang separuh kosong. Yelah dari semalam aku tak makan apa-apa. 


Qais menyuruh aku turun makan diruang makan yang menempatkan meja makan panjang 12 kerusi. Terkebil-kebil aku makan seorang diri. Akhirnya aku angkat pinggan nasi pergi dapur makan sekali dengan Mak Tun.
“Sedap Mak Tun masak. Teringat masakan mak saya kat kampung. Tapi kenapa Diana tak turun makan sekali?”


“Cik Diana memang jarang makan, biasanya dia akan turun makan petang je. Kalau boleh kamu pujuklah dia turun makan ye. Kesian Mak Tun tengok dia, sejak penyakit dia datang balik dia dah kurang bercakap.”
Oh macam tu. Okey mula-mula aku akan pastikan dia makan sekurangnya tiga kali sehari.
“Siapa lagi yang bekerja di villa ni? Macam sunyi je.” Ni kalau jarum jatuh atas lantai boleh bergema satu villa.


“Dulu ada dalam tiga orang pembantu rumah, lepas tu sekarang tinggal Mak Tun je. Tukang kebun, tu haa Pak Tam merangkap pemandu Cik Diana. Encik Qais pulak selalu dalam pejabatnya kat tingkat bawah. Yang lain pengawal-pengawal peribadi Tuan Fahmi haa yang berjaga siang malam.”
“Tuan Fahmi memang jarang ada kat villa eh?”
“Tuan Fahmi selalu sibuk, kadang tak sampai 2 hari balik sini dah keluar balik terbang sana sini. Biasalah bisnesmengg” Jawab Mak Tun.


“Lama dah ke Mak Tun kerja kat sini?”
“Sejak Tuan Fahmi bercerai dengan isteri keduanya. Suatu hari dia bawa balik Diana ke villa ni dan memecat semua pekerja kecuali Qais”
“Habis macam mana Mak Tun masih kerja kat sini?” Macam menarik je kisah yang berlaku. Mak Tun terdiam.
“Ehem.” Deheman Qais mematikan perbualan aku dengan Mak Tun.
“Beg pakaian Encik Adam saya dah letak dalam bilik. Kalau Encik Adam nak apa-apa boleh panggil je saya. Satu lagi tugas yang Encik Adam suruh, saya dah arahkan pengawal untuk buat.”
Tugas apa? Hahaha, aku suruh dia tumbuk muka Joe bagi pihak aku sebelum ambil beg pakaian tu.

“Tok..tok..tok”
Diam tak berjawab. Kata Mak Tun Cik Diana memang akan berada dalam bilik lepas tengah hari sampai petang. Dia tak bagi orang masuk biliknya.
Sesudah mengemas barang-barang dalam bilik dan solat asar terus aku turun. Mak Tun suruh aku panggilkan Diana sebab dia nak angkat baju kat ampaian.
Setelah 10 minit aku mengetuk biliknya. Terus rasa tak sedap hati. Tombol pintu dipulas. Ahh tak berkunci.
“Assalamualaikum. Cik Diana, Oh cik Diana…?” Pintu bilik aku buka sedikit. Kang dia ingat aku nak mengendap naye je kena baling dengan botol perfume. Padahal nak ajak turun makan je.
“Saya masuk ye.” Sebaik saja aku masuk ke biliknya. Aku hanya lihat katil yang kosong tak berusik.
Aku beralih pada ruang cabinet pakaian yang bersambung dengan bilik yang lain, mak ngaii butik baju ke hape.
Baju-baju bersepah diatas lantai. Aku ternampak bayang lembaga yang terbongkok-bongkok mencari sesuatu.


“Oh hai sayang. Thank god you’re here my cutie pie.” Sapanya. Ceria.
Allahuu siapa pulak ni. Diana yang berada disebalik pintu almari tersenyum lebar.
“Err..Cik Diana?” Dengan serta-merta dia menjeling kearah aku.
Personaliti yang berada didalam diri Diana senyum mengejek.
“I’m not her okay. Perempuan kolot tu asyik pakai baju-baju besar macam bibik je. Ish patutlah I rasa badan I ni gatal-gatal. Tak up to date langsung!” Mulutnya membebel sambil menyelongkar baju-baju didalam almari yang entah berapa pintu tu. Aku malas nak kira.


Aku masih tercongok tak tahu nak buat apa. Shasha or Tiara? Which one?
“Hey you buat apa lagi kat situ. Tolong cari baju-baju I yang perempuan kolot tu sorok. I rimas la pakai baju ni.” Ditayang baju kemeja yang bersaiz M yang tersarung dibadannya.
Aku mengangguk dan turut sama menyelongkar almari yang bertentangan dengannya. Ikut ajelah karenahnya.


“You ni siapa? Tak pernah pun ada orang luar yang berani masuk dalam villa buruk ni lebih-lebih lagi lelaki hensem macam you.” Soalan sama yang ditanya oleh Ainul tadi.
 “Urm, saya kawan Diana. Adam. Jadi kalau awak bukan Diana. So who’re you?”
“Halo you tak kenal I?” Dia bercekak pinggang.
Aku menggeleng.


“Huh okay memang la I tau yang I tak famous lagi. Tapi seriously Diana tak cerita pasal I kat you, Adam? How dare her! Takpa lah kawan Diana pun kawan I jugak.”
Aku tergelak. Kepala menggeleng lagi.
Aku menarik keluar kotak yang tersorok dibelakang kotak kasut. Jelas tertulis ‘JANGAN BUKA’.
“Wah, dah jumpa. Which one yang cantik?” Aku berpaling kearahnya. Dahi berkerut.
Dua summer dress biru bersaiz XS yang sama corak, sama warna, sama jenis kain cuma yang satu lagi tu ada renda ke apa tah nama dia.


“You cepatlah, mana satu patut I pakai?”
“Dua-dua cantik.” Aku menolak balik kotak tersebut kedalam almari dan bangun mengadapnya.
“Yes. I tau dua-dua cantik. Tapi takkan I nak pakai dua lapis baju.” Matanya membulat merenung aku.
“Apa kata kalau kita turun makan dulu? You tentu lapar kan Shasha?” Aku agak je nama dia Shasha.
Secara tak langsung awak-saya bertukar menjadi I-you.
Shasha mengangguk. Senyumannya semakin melebar.


Hakuna Matata,
Yaya Doe