Wednesday, November 5, 2014

16 September


Aku Kyla tapi kalau nak tau nama melayu aku, Nur Khalis. Ahh, dah lama aku tak dengar nama tu semenjak kali terakhir aku menatap wajah arwah ibuku sewaktu berumur 6 tahun dan sekarang aku sudah berumur 20 tahun. Selepas itu papa menghantarku untuk tinggal bersama nenek di kampung. 

Eh kejap tentu korang terbayangkan kampung bersawah hijau setenang camar yang terbang atau pun kampung ditepian Laut China Selatan yang bayunya meresap sehingga tulang hitam. Maaf kerana tekaan anda salah.

Papa telah menghantarku ke kampung kecil di Peggy's Cova, Canada! Iye mula-mula pun aku ingat papa buat lawak game supernovva yang aku selalu main dengan Dora (anak jiran sebelah) rupanya tidak. Aku pun tak tahu tempat tu ada tercatat dalam peta dunia ke tidak.

Nenekku, Grandma Sierra merupakan penterjemah bahasa Old Hebrew. Bahasa kuno purba yang telah menjadi bahasa komunikasi berabad-abad yang lalu. Kata nenek, tidak sampai 10 orang dalam dunia ni yang fasih dalam menterjemah aksara-aksara Old Hebrew. Nenek nak berlagak la tu.

Selepas menghantarku kesana papa menghilang melarikan diri. Aku pun tak tahu dia dimana sekarang.

 Bahasa Melayu aku? 

Jangan risau setakat berjual beli pantun mampu lagi aku balas hasil jualan. Ni semua berkat usaha ibu angkat aku Puan Ros Arifah dengan anak tunggalnya, Hairin yang tak putus-putus membebel agar aku tak lupa asal usul. Puan Ros Arifah merupakan bekas anak murid  Grandma Sierra dan sekarang menjadi pensyarah bahasa Latin di Islamic Institude of Toronto.

“Kyla! Bukak pintu ni, kau jangan nak buat hal” Hairin menjerit dari luar. Dengan malas aku mengangkat punggung dari kerusi meja solek. Pintu dibuka dari dalam.

“Ada apa Harry?” Nama manja dia sebenarnya. Hairin mencebik. 

“Mummy cakap kau nak batalkan penerbangan ke Malaysia ada betul ke macha?” Rojak mempelam cicah asam boi punye adik angkat. Kyla memuncungkan bibir.

“Isk mummy ni tak boleh simpan rahsia la” Badan dihayunkan kearah katil bercorak Rilakuma.

Hairin menyandar badan di pintu bilik, menanti jawapan.

“So, are you going or not sweetheart?” Hairin cuba memujuk.

“No and never!” Balas Kyla tegas. Kalau boleh dia tak mahu jejak ke situ lagi biarpun rakan-rakannya mempersoalkan kewarganegaraan dirinya. Thailand ke? Filipina ke? Hawaii ke? Madagascar agaknye aku ni. Anak pelarian.

“Kau cakap nak jumpa keluarga arwah ibu kat sana dan ermm…papa kau”

“Papa, huh. Selama ni ada dia ingat kat aku? Tanya khabar aku? Entah-entah aku ni anak luar nikah agaknya sebab tu dia buang aku kat sini lepas mak aku mati” Nafasnya turun naik menahan bara yang tak pernah terpadam sejak 13 tahun yang lalu.

2 minggu lepas surat dari Malaysia sampai di rumah mummy. Nasib baik aku ada kat sana masa tu, cepat-cepat aku sorokkan surat tersebut tanpa membacanya dulu. Akhirnya mummy jumpa jugak masa dia mengemas bilik aku. Mau bergelen air liur aku telan nak jawab soalan mummy.

Malam tu akhirnya terungkai isi kandungan surat. Surat guaman untuk pembahagian harta pusaka arwah ibu jadi dia sebagai salah seorang waris tunggal haruslah pulang kesana untuk pembacaan wasiat. Hatinya berbolak balik untuk pulang, yer aku kena balik kesana untuk mencari pembunuh ibu.

 Pembunuh yang telah menghuru-harakan hidupnya sehinggakan dirinya tercampak disini. Grandma Sierra hanya diam seribu apabila sejarah hidupnya dipertikaikan. Tapi sebulan yang lepas aku terjumpa sesuatu yang aneh dalam bilik bawah tanah dirumah nenek. Ia sebuah kotak music kayu yang disorokkan didalam laci perabot yang sudah usang.

Kotak dibuka. Terselit kertas yang dilipat dicelah roda not music.

‘Aku yakin dia akan datang untuk membunuhku’

Siapa? Bisikku. Di tepi kotak kayu jelas tertoreh nama Khalisa Gibran. Tiba-tiba tanganku menggeletar seolah-olah ada satu bisikan ditelingaku.

“Tolong saya, tolong…”

“Kyla!” Jeritan nenek dimuka pintu seolah-olah menyedarkan aku yang sudah pucat. Aku berpaling kearah Grandma Sierra dengan wajah bingung. Grandma Sirra sudah tak keruan, rahsia yang dipegang harus diikat mati didalam hatinya, dia masih belum bersedia,detik Grandma Sierra.

“Si..apa bu..nuh ibu?”

“Grandma tak tahu” balasnya sebelum memeluk tubuh anak gadis yang kian meningkat remaja.


AKU memeluk tubuh gempal Grandma Sierra. Mummy disebelah sudah berderai airmata sewaktu aku tersenyum kearahnya. Aku kena kuatkan diri sendiri untuk berdepan dengan halangan dan pesan Grandma Sierra jangan percaya kepada sesiapa pun. Aku tak tahu kenapa nenek berpesan begitu.

“Doakan Kyla ye mummy, bila semua dah selesai Kyla akan balik” Bisikku sewaktu mummy memelukku. Hairin cuba tahan daripada menangis. Aku menarik beanie dikepalanya macam gaya ala-ala menyekeh manja.

“Don’t cry baby boo, you look like mustard Harry” Gurau Kyla. Cuba untuk ceriakan suasana.

“Take care of yourself, don’t forget to call me at least twice a week”

“I will. Okay I’ve to go now. Bye see ya” Aku melambaikan tangan dan tangan kiri mennghayunkan bagasi beroda tanpa menoleh kebelakang. Ya Allah aku tak mampu melihat wajah mereka, mungkin aku akan pulang kembali atau mungkin tidak. Hanya Allah yang tahu kesudahanya.

Aku mengambil tempat dudukku disebelah tingkap pesawat dan aku cuma berharap tiada siapa yang mengambil tempat disebelahku. Mataku fokus memandang setiap baris ayat The Murder As A Fine Art yang baru separuh dibaca. Namun semuanya tidak dapat dihadam oleh otak seolah-olah ada perkara yang lebih menarik selain karya penulisan David Morre itu.

Surat guaman didalam poket letterman jacket dibawa keluar. 

'16 September'. 

Bisikku sebelum menjeling kearah jam tanganku. 31 Ogos. Aku ada masa enam belas hari untuk merungkai misteri hidupku sebelum pembacaan wasiat dilakukan di pejabat peguam keluarga Tuan Gibran, Mr Bernard Wang. 

Tapi apa yang bermain dimindaku sekarang kenapa ia tidak dibacakan di Rumah Agam Gibran?.

“Hey, do you want some nuts? Oh my name is Arian” Sampuk lelaki disebelahku sambil menghulurkan 
sepaket Sweet Chilli Peanut. Cuba untuk meulakan perbualan.

Aku seolah-olah tersentak.Entah bila kerusi disebelahku diisi olehnya. Dari sekali tekaan aku dia mungkin berumur dalam lingkungan 20 an. Tapi dari sekilas pandanganku agak susah untuk aku meneka dia berasal dari mana. Rambut coklat pekat stail Danial Henney ditambah dengan t-shirt berkolar polo.

“Er..no thanks”. Aku cepat-cepat memalingkan wajah ke arah tingkap pesawat, malas untuk memanjangkan lagi perbualan. ‘Lantak aa nak fikir aku sombong ke apa’

“So, you’re on vacation or what?”. Aku menghela nafas perlahan. Baseball cap dikepala dilurut sedikit ke bawah, seolah-olah tidak mahu bertentang mata dengan orang disebelahnya.

“Jangan jaga tepi kain orang” Balasku dengan nada yang dingin.Aku yakin dia memang langsung tak faham bahasa melayu memandangkan dia seperti tercengang mendengar setiap patah perkataan yang laju keluar dari mulutku.

“Oh, okay I takkan jaga tepi kain you, but where’s the ‘kain’?” Balas Arian selamba sambil matanya melirik kearah skinny jeans aku. 

Ek eleh minah ni, baru jejak kaki kat luar negara dah nak berlagak, balik Malaysia. Kejutan budaya la tu. Arian menarik earpiece ke telinga kirinya sambil menyilangkan kaki. Mata ditutup rapat. Tangan kanannya masih rancak melontarkan sweet chilli peanut satu persatu kedalam mulut.

‘Heiya, you and your’s peanut are totally driving me nuts!’

Kuranghajaq. Aku menggigit bibir bawah. Tak kuasa aku nak layan. 12 jam seterusnya diisi dengan hal masing-masing.






 Bab 2

Sebaik sahaja keluar daripada pintu imegresen, dia terpaku apabila melihat salah seorang memegang cardboard yang tertulis namanya.

“Cik ni Nur Khalis bt Khairi?” Tegur gadis kecil molek berbaju kurung moden yang bernama Naira. Cantik. Patutla Jackson sanggup convert masuk Islam, desis Kyla

“Hurmm, ye” Balas Kyla.

“Ni kunci loker 5632, semua yang cik mintak semua dah disediakan oleh Encik Jackson.” Naira menghulurkan kunci perak, cepat-cepat diambil lalu dimasukkan kedalam poket belakang.

“Send my regards to him, and please tell Mr Jackson, do not tell anyone about me.” Naira mengangguk.

Bagasi diheret kearah deretan loker di KLIA. Matanya meliar mencari loker bernombor 5632, lalu tangannya pantas memasukkan anak kunci kedalamnya. Sebuah buku nota sebesar separuh kertas A4 diambil dan dimasukkan kedalam messanger bag yang menyilang dibahunya.

Baru saja dia berpaling kebelakang tiga orang lelaki berpakaian lengkap mengerumuninya.

“Cik Khalisa, tolong ikut kami sekarang.” Kedua belah tangan di pegang erat oleh kedua-dua pembantunya.

“Hei lepas lah, siapa yang hantar kau semua hah?”

“Kami hanya dapat arahan untuk mengiringi Cik Khalis ke tempat penginapan. Shall we?"

“Hei kau ingat aku tak tahu ke yang korang semua anjing dia? Tolong! Tolong mereka nak cabul saya” Pekik Kyla, cuba untuk menarik perhatian orang ramai. Secara refleks salah seorang dari mereka menutup mulutku. 

“Boss, macam mana ni? Perempuan ni buat hal” Aku cuba meronta-ronta. Tiba-tiba satu tumbukan hinggap pada pipi lelaki berkot hitam disebelah kiri aku.

“Mamat kacang tanah?”

“Eh, Hai?” Satu lagi tumbukan dituju ke perut lelaki disebelah kananku dan dengan sekali hayung flying kick tersadai ketiga-tiga. Arian menarik tanganku yang masih kebingungan. Drama apakah?

“Tunggu apa lagi, kejar mereka bodoh” Pekik salah seorang dari mereka, aku rasa dialah ketua dalam misi menangkapku.

“Tuan, Cik Khalisa terlepas. Tuan Muda Arian tiba-tiba menyerang kami” Ucap lelaki itu ketika panggilan disambungkan kepada kliennya.

Aku hanya mengikut langkah Arian tapi dalam kepala senak memikirkan cara untuk aku terlepas darinya. Kegilaan apakah ini, kalau ingat nak jadi hero dalam cerita aku boleh angkat kaki sebab aku takde masa nak fikir semua tu, desis diriku.

Sebaik sahaja sampai di pintu utama KLIA, Arian menahan sebuah teksi dan aku mengambil kesempatan untuk menolaknya. Lantas aku meloloskan diri kedalam perut teksi dan meninggalkannya. Dari jauh aku lihat air mukanya yang tercengang untuk kali kedua.

Aku melepaskan keluhan lega. Baru saja menjejakkan kaki di tanah melayu dah berlari keliling KLIA melarikan diri. Betullah kata nenek aku tak boleh percayakan sesiapa pun buat masa ni. Tentu mereka semua merancang untuk membunuhku sebelum pembacaan wasiat dilakukan
.
Deheman pemandu teksi menyedarkan aku. Dia bertanya kemana aku nak pergi, tiba-tiba aku teringat alamat yang tertera didalam mesej yang dihantar oleh Jackson sebelum dia terbang ke Shanghai 2 hari lepas.

“Pakcik tahu tak alamat ni?” Aku menayangkan skrin telefon pintar kearah pemandu teksi. Reaksi terkejut diraut wajahnya cuba untuk disorokkan.

“Ehem, alamat ni agak jauh dari sini lagipun kawasan tu dilereng bukit” Jawab pemandu teksi dengan teragak-agak.

“Saya sanggup bayar berapa sahaja”. Aku mengeluarkan 6 keping not seratus  lalu dihulurkan kepadanya.

“Tak cukup ke?”

Nampaknya pakcik tersebut setuju seusai sahaja dia mengambil kepingan-kepingan not tersebut. Aku mengeluarkan buku nota yang diberikan oleh Jackson dari messenger bag dan baru aku perasan yang aku tertinggal bagasiku ketika menolak mamat kacang tanah tadi. Nasib baik semua dokumen peribadi termasuk passport masih ada bersama.

Helaian pertama diselak, aku cuba untuk memahami tulisan Jackson.
.
Tiba-tiba mataku terasa berat, aku mengambil peluang untuk merehatkan mataku memandangkan jauh lagi perjalanan.

-To be continue.( Kalo rajin laa) 

Hakuna Matata,
Yaya Doe