Saturday, January 21, 2012

THE DREAM~ Coming Soon


Heyluu short,tall,small,chubby,pretty,handsome,brilliant,kind, arrogant etc people !,
Hari nim aku nak merepek pasal apa eh? eurmm eurmm eurmm....still thinkin' :B Okeyhh I got it!

Ia sebuah hikayat atau dalam bahasa penjajah bermaksud 'stories'. Yeah, ketika cuti kemerdekaan PMR bersambung pula dengan cuti akhir tahun yang sesangat singkat, aku telah mengarang sebuah cerita cinta...hurmm aku tahu korang semua suka love story. Tak payah nak nafikan! :ppp. Nak kata novel tu tak boleh lagi sebab belum sampai 3.4 juta perkataan. Bila aku bosan, stress, berserabut dan geram aku akan luahkan segalanya melalui penulisan. *Tak pun ambil tukul besi lepas tu pukul keyboard sampai puas! :)

Disebabkan mama aku seorang yang begitu obses dengan novel jadi mana tak tumpah kuah kalau bukan ke nasi, join sama le...:B Tapi sejak kebelakangan ini...cehh macam Karam Singh Tenggelam pulokkk kebanyakkan novel yang diborong semuanya membengangkan aku. 

Heroin yang begitu perfect! cantik macam Megan Fox, brilliant seperti Albert Einstein,pandai memasak macam Gordon Ramsy,pandai taekwondo macam aku....erkkkk? pehal pulak, sopan santun memang kalah Gadis Melayu Terakhir,menjadi kegilaan lelaki dari seluruh pelosok dunia, wthell? , kuat beragama, memang sesuai masuk Ustazah Pilihan memang komferem menang! Dan yang xboleh blahh bila heroin tu kata dia boleh melihat makhluk halus-kasar-kesat-rapuh-empuk, Sixsense le...hurmmm apa lagi? 

Itulah di antara ciri-ciri heroin dalam novel yang aku tak habis baca. Yelah baru sampai mukasurat 3 aku dah mengigau. So, aku pun cubalah mereka sebuah cerita yng bertajuk THE DREAM .
Tak payah tanya markah Bahasa Melayu Penulisan aku berapa cukup-cukup makan jah, :) maaf sekiranya gaya bahasa yg kadang2 agak ketamilan a.k.a Tamil :B#Saya budak maseh belajar.  Sinopsis pendek.

THE DREAM


Mereka berbeza,seorang pemalas seorang lagi pembersih. Ketidak serasian di antara mereka menjadikan kehidupan yang selama ini tenang bertukar menjadi kacau bilau. Seorang anti putih yang lagi seorang anti perempuan malas!.

 Que Queira Qusyairi, gadis belasan tahun yang terpaksa menggalas gelaran 'isteri' kepada Darrius Dizley Dazhar (Mr 3D) tanpa kerelaannya  . Dia seperti gadis-gadis lain jika dilihat dari luaran normal. Walaupun dirinya sering dipersendakan disebabkan kelemahan yang diciptakan oleh Tuhan Yang Maha Esa untuknya. Perangai buruknya yang tak senonoh semakin lama menjadikan Izley bengang dengan keletah perempuan yang entah dari ceruk mana itu, kadang-kadang terlintas juga dibenaknya adakah Que Queira...

'Lelaki yang bertopengkan  wanita?'-Darrius Dizley

Terdesak! itulah jawapan yang paling sesuai untuk menggambarkan situasi yang menghimpit Darrius Dizley. Pengantin perempuan yang melarikan diri bersama kekasih lama sebelum 5 hari majlis di ijabkabul membuatkan Darrius Dizley pasrah menerima Que Queira Qusyiri sebagai isterinya yang SAH. 

Walaupun di mata masyarakat mereka suami isteri yang sah, namun mereka hanya teman tapi mesra.Pentengkaran sudah menjadi aktiviti utama mereka pada mas lapang. Masing-masing akan menjadi blurr apabila soal cinta dipersoalkan. Akhirnya, bermulalah satu permainan di antara mereka, Who first fall in love. Pelbagai strategi bersih dan kotor yang digunakan oleh mereka untuk menjatuhkan lawan masing-masing.Permainan yang bakal menyelongkar beribu rahsia diantara mereka berdua